Wednesday, October 10, 2007

Anugerah TV Asia 2007




Sabtu 29 Sept 2007

Hari ni Adi membawa keluarga membeli belah bagi persiapan raya , kitarang berkunjung ke beberapa pusat membeli belah di KL dan juga Shah Alam, ketika sedang membeli belah Adi mendapat panggilan dari Red.com bahawa rancangan kanak-kanak yang Adi kendalikan dulu Rafidah (3R) iaitu BREEZE PADANG PINTAR yang pernah ke udara di TV3 pada bulan Jun 2007 lalu telah tercalon untuk ANUGERAH TV ASIA yang ke -12.

Wahh! Adi memang rasa seronok sangat dengan pencapaian ini, memandangkan ketika melakukan rakaman BPP dulu memang memeritkan di sebabkan Adi sedang demam kuat ketika itu, tetapi Alhamdulillah Adi berjaya juga menyelesaikan tugas yang di berikan dan kini ianya sepetri berbaloi apabila di calonkan untuk kategori RANCANGAN KANAK-KANAK TERBAIK.

Dianugerah ini jugalah MACAM-MACAM AZNIL telah memenangi anugerah BEST TALK SHOW pada 2005 yang lalu . Pak Nil pun dah tahu pasal perkara ini dan telah mengucapkan tahniah kepada Adi..dan dia mengucapkan good luck nanti di ATA2007. Terima kasih Pak Nil!!!!
Apa- apa pun tercalon di ATA2007 dan berada BEST TOP5 adalah sesuatu yg di idamkan oleh semua lebih -lebih lagi di peringkat Asia.

Majlis Anugerah TV Asia 2007 ini akan berlangsung di Suntec Convention Hall di Singapura pada 29 November 2007 ini, dan InsayaAllah Adi dan Rafidah turut akan menyampaikan salah satu Anugerah yang di pertandingkan pada malam itu.

Antara yang tercalon dalam ketegori yang sama ialah :


Best Children’s Programme (PR030)Asian Television Awards 2007
Todsagun Kid Game Workpoint Entertainment Public Company Limited Thailand
Hi-5 Southern Star International Australia
Breeze Padang Pintar Red Communications Shd Bhd Malaysia
Raggs Southern Star International Australia
Fight for Mom….Backpack Workpoint Entertainment Public Company Limited Thailand
Mortified – Ep 6 Australian Children’s TV Foundation Australia



Untuk lebih maklumat pencalonan layari laman web ATA2007

http://www.asiantvawards.com/ATA2007nominees.htm

Kalau tengok pencalonan yang ada , memang amat hebat ..Apa-apa pun doakanlah kejayaan Adi dan krew BREEZE PADANG PINTAR ok..!!

3 comments:

SaLLY said...

TAHNIAH kapten adi :).kami doakan kejayaan adi..semoga berjaya..!!!!

ADIFASHLA said...

Terima Kasih Sally..hahahhaa

efa said...

tahniah..untk selamanya haha bkn mudah mencpai bntang yg ??