Sunday, January 17, 2010

Tengok Greenday kat Singapore!!! Yeaaahhhooo

Khamis 14 Jan 2010

Hari ni Adi berpeluang untuk menyaksikan konsert Greenday di Singapura bersama pemenang peraduan 21st Century Breakdowns yang di taja oleh Warner Music Malaysia...Thanks to Melvin , Ailing dan krew Warner Music Malaysia yang mengajak Adi...hehehe...

Siapa yang tak nak tengok
Billie Joe Armstrong (vocals, guitar), Mike Dirnt (bass guitar, vocals) and the Tre Cool (drums, percussion).Greenday adalah salah satu band kegemaran Adi...malah dulu masa kat kolej..selalu jam dengan lagu lagu Greenday ..yeah..sebab senang nak main...3-4 kord dah boleh main lagi diarang...hehehe.

Pic: Sebelum konsert bermula.

Adi bertolak dari KL dengan dari LCCT dan sampai kat Singapura dalam jam 11 pagi..banyak masa untuk konsert yang bermula jam 9 malam....so jalan jalan dulu la lepas hantar barang kat hotel...memula Adi jenjalan dengan kawan kawan yang lain..pastu rasa mcm bosan lak..so jenjalan la sensorang bawak diri..tengok tengok apa yang berkenan...hahaha..balik hotel semula dalam pukul 5ptg..rehat jap..membuta ...pastu pukul 745 dah tunggu kat lobby la...

Pic*: Billie Joe


Pic: Konsert bermula..

Konsert bermula dalam jam 9malam selepas persembahan pembukaan oleh sebuah band dari USA gak la..

Lampu di matikan ..dan penonton bersorak..kelihatan Mike Dirnt , Tre Cool dan di ikuti oleh Billie Joe ...berlari menaiki pentas yang agak simple jer....dan terus saja rockin!! ..Yeah!!

Pic*: When i come around!!!!


Pic*: Sing it loudly!!!


Lebih kurang 20 lagu telah di persembahkan untuk Konsert Greenday ini..memang respek giler kat Billie Joe yang memang bertenaga..dari mula sampai akhir konsert...Adi tak berapa hafal lagu dari Album American Idiot dan 21st Century Breakdown. Tapi bila dah sampai pertengahan konsert di mana Greenday memulakan seleksi dengan lagu lagu dari album Dookie!!!! Yeahh!!! Satu album hafal loooo...maklumlah time time zaman belajar dulu pernah berangan nak jadi Greenday...hehehe

Pic*: Billi Joey memang gempak la!!



Antara yang menarik ialah Billie Joe telah menjemput beberapa peminat diarang naik nyanyi sama sama mereka..hahaha...yang paling cute bila Billie Joe menarik seorang budak kecil yang berisi dan dia hafal lagu Greenday dan Billie Joe telah menyuruh budak kecik tu untuk Stage dive....hahaha...comel giler...Adi agak pelik gak..macam mana budak bawah 18 tahun boleh masuk tengok konsert....Tapi keseluruh konsert memang best..takde la diarang ni nak mencarut marut ker...ok jer..malah diarang cukup sporting...dan mesra melayan peminat mereka yang datang ke konsert...

Pic*: Mike Dirnt relax dan sempoi jer..(bass guitar, vocals)

Pic*: Aksi dari Tre Cool (drums, percussion).

Greenday juga memang cukup prehatin dengan peminat mereka..di awal konsert sedang mereka nyanyi..tetiba mereka berhenti secara tiba tiba, ingatkan kehilangan kuasa elektrik ker...rupanya penonton bertolak tolak di depan pentas...menyebabkan peminat ada yang terhimpit...utk mengelakkan dari kejadian lebih teruk mereka terus berhenti sampailah penonton bertenang...wahhh..memang respek la kat diarang!!

Pic: Billie Joe tengah tunjuk skill

Persembahan terakhir dari Greenday adalah lagu..Wake Me Up When September End!! secara akustik oleh Billie Joe. Nah im really happy , dapat juga tengok Greenday akhirnya..sayangnya mereka tidak mahu datang ke KL...actually rasanya kalau kat KL ..lagi ramai dan lagi happening konsert tu nanti..hmmm entah la...Maybe satu hari nanti kot..bila diarang semua dah tua..dah nostalgik....baru la nak datang KL...hehehe

Pic: Bersama kawan kawan Nath ( Hitz FM), Henry Golding (ESPN & 8TV), Pak Tam, Adli (XFM)


Pic: Muka happy bila dapat tengok....

Masa nak balik ke KL ....terjumpa pulak dengan Mike Dirnt dan juga Billie Joe yang nak ke pesawat mereka utk konsert kat Manila pulak...tak sempat nak bergambar sebab kamera dalam beg dah...just say "Hi" jer la...hmmm giler penak muka si Billie Joe...hmmm Bayangkanlah dalam 3 hari kena buat 2 konsert..ataupun selalng sehari ...penat ooo jadi rock star......

Apa - apa pun nak ucapkan terima kasih kepada Warner Music Malaysia yang bawak Adi ...mungkin lain kali boleh ajak lagi...yeah!!!



P/S : * Gambar ihsan dari Warner Music Malaysia...

Terngiang ngiang lagu "Nobody" dari Wonder Girl masa trip kali ni...giloss...hahaha

Sunday, January 3, 2010

Trip ke Kuala Gandah!

SABTU 19 Dec 2009

Akhirnya setelah hampir 2 minggu merancang, Adi dapat juga berkunjung ke Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah , Pahang. Tak jauh dari KL..Perjalanan lebih kurang satu jam ke satu jam setengah dari KL....masuk lebuh raya Pantai Timur dan exit kat Lanchang...lepas tol Lanchang belok ke Kanan dan terus sahaja sejauh 14 KM...

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974. Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia

Pic: Jalan masuk ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah

Sampai di sana , kena parking kereta kat luar , lepas tu jalan kaki masuk ke Pusat Konservasi Gajah ini dan boleh masuk ke kaunter pendaftaran. Tiada tiket di kenakan tetapi kena bayar permit masuk hutan jer...


Pic: Tengkorak Gajah

Masa masuk ke pejabat ni kita boleh tengok tengkorak gajah dan juga info info yang berkaitan dengan gajah..so boleh korang baca kat bawah ni......





Pic: Jadual aktiviti yang diatur di Pusat Konservasi Gajah untuk kunjungan awam.


Pic: Komen komen dari pengunjung!

Bila Adi selak selak buku pengunjung dapat lah tengok beberapa komen yang menarik terutama dari kanak kanak yang berkunjung..hahaha....

Memandangkan Adi sampai agak awal kat sini ...so kami di bawa untuk mandi air terjun dulu kat Institut Biodiversiti Perhilitan dekat Bukit Rengit. Jadi kami keluar balik dari Pusat Konservasi Gajah dan jaraknya ke air terjun tu cuma 5km saja.


Sampai kat sini Adi salain baju dulu...lepas tu bergerak turun bukit lebih kurang 400 meter melalui denai hutan . Agak senang nak pergi ..

Pic: Bersama x student UPM dan Pegawai UPM -Ijat!

Trip ni di sertai oleh pemenang peraduan Fotografi masa Hari Perhilitan kat Zoo Melaka bulan 10 dulu..dan kebetulan kesemuanya adalah bekas student UPM...dan di iringi oleh Pegawai Perhilitan, Suzie...

Pic:Air Terjun Bukit Rengit.

Air terjun ni tidak di buka untuk orang awam, memandangkan ia berada dalam kawasan kawalan daripada Perhilitan.Memang seronok dapat menikmati kedinginan air terjun dan boleh berenang di kolam semulajadi yang ada di air terjun ini....

Pic: Bersama Suzie tengah di'urut" dengan air terjun yang turun


Lepas mandi dalam satu jam, kami pun bergerak kembali ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah untuk makan tengah hai dan menyaksikan aktiviti gajah pada pukul 2 ptg nanti...biasala bila mandi air terjun mesti perut cepat rasa lapar...hahaha...sejuk punya pasal.

Pic: Dalam perjalanan akan melalui perkampungan Orang Asli



Sampai di Pusat Konservasi Gajah dalam pukul 130ptg, hidangan telah di sediakan oleh kakitangan Perhilitan.Menu orang kampung la...awesome!!!!

Pic: Awesommmeeee!!!

Nah...bila dapat makan menu kampung macam ni..memang takde malu punya la..lebih lebih lagi time time kecut ni...hahaha....sedap oo walaupun pedas tak ingat......hahaha...makan punya makan tak sedar rupanya dah pukul 2ptg...tanpa berlengah lagi kitarang bergerak untuk bertemu dengan gajah gajah yang ada di sini...yeah!!

Pic: Ramai giler orang yang datang.


Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.

Pic: Pelancong luar negara pun ada juga.


Pic: Marilah..jangan takut...gajah ni jinak!!.


Pic: Pengunjung boleh memberi makan kepada gajah gajah yang ada...termasuklah kacang!

Pic: Ini "Selendang"..kaki dia terpaksa di potong sebab terkena perangkap.


Pic: Selendang terpaksa berjalan dengan 3 kaki sahaja.



Antara anak gajah yang ada di pusat ini adalah Selendang...iaitu anak gajah yang di jumpai terperangkap dalam perangkap di hutan dan kakinya terpaksa di potong untuk mengelakkan jangkitan kuman merebak.Bila tengok Selendang berdiri tetap memang macam gajah biasa...tapi bila tengok Selendang berjalan...baru lah rasa sdih sangat bila tengok ia berjalan dengan agak susah sedikit....sebab berjalan dengan hanya 3 kaki sahaja...ia terpaksa berjalan dengan melompat lompat .....:(

Pic: Acara menunggang gajah dari pelantar khas yang di sediakan.


Pic: Jumlah pengunjung yang di benarkan menaiki gajah gajah ini adalah seramai 150 shj dalam sehari.

Dalam pukul 3ptg hujan mulai turun, walau macam mana pun orang ramai seperti terpegun bila melihat gajah di depan mata dan tidak berganjak..malah ada yang merayu untuk menaiki gajah gajah itu walaupun koata untuk menaniki gajah utk hari tersebut sudah habis. Bukan apa..sebab di khuatiri gajah akan stress kalau banyak sangat orang yang nak menaiki gajah tersebut. HUjan memang turun dengan selebat lebatnya....apa lagi ..ambik kesempatan bermain hujan lah sekali..perghhh teringat zaman kecil kecil dulu..

Pic: Main hujan di atas pelantar menaiki gajah..hujan lebat giler oooo...

Lepas menaiki gajah, ada acara mandikan gajah pula.actually bukan mandikan sangat..tapi ini salah satu acara yang melibatkan gajah dan juga pengunjung di mana...pengunjung akan menaiki gajah dari pelantar yang ada di tepi sungai..kemuadian gajah akan bergerak ketengah sungai..dan kemudian gajah akan merebahkan diri di dalam air bersama sama pengunjung yang ada di atasnya. Aktiviti ini dikawal sepenuhnya oleh petugas petugas Perhilitan yang cekap. Acara ini bergantung dengan keadaan air sungai..sekiranya air terlalu deras atau terlalu dalam..maka acara ini di batalkan, tetapi nasib baik acara ini di teruskan walaupun hujan lebat turun..



Pic: Mandi dengan gajah....atau gajah memandikan kitarang?..

Pic: Gajah sedang makan petang!!

Itulah yang menarik tentang kunjungan Adi ke Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ini....puas?..nope....Adi akan datang lagi nanti ...nak bawak lebih ramai kawan - kawan dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenali haiwan yang besar ini , tetapi lemah lembut gerak gemalainya...

Anda di alu alukan untuk hadir ke pusat ini , tetapi sebelum mengunjungi pusat ini, anda digalakkan menelefon pihak Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah untuk memudahkan urusan lawatan dan mengetahui sama ada boleh menampung lawatan anda terutamanya jika anda disertai oleh rombongan yang besar.

Sila bawa pakaian persalinan jika anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti bersama gajah seperti berenang dan mandi bersama gajah di dalam sungai.

Kami amat mengalu-alukan kedatangan anda semua. Semoga anda semua ceria dan gembira di atas kunjungan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.
..

Jumpa lagi di trip yang lain!!!