Monday, March 29, 2010

Mari ke Taman Negara Pulau Pinang.


Salam, Pada 10-11 April ini Adi akan mengunjungi Taman Negara Pulau Pinang Mungkin ramai yang tak tahu sangat pasal Taman Negara paling muda di Malaysia..iaitu Taman Negara Pulau Pinang...sempena Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) bertempat di Dataran Taman Negara Pulau Pinang.

Yang kurang jelas..ini ada sedikit info berkenaan Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.
Info Pelawat :

Penginapan


Kemudahan penginapan tidak disediakan di dalam taman. Hanya peserta yang menyertai program pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan dibenarkan berkhemah. Disebabkan kedudukan taman adalah mendekati Bandar, maka pelawat boleh memilih penginapan yang lebih selesa di Georgetow, Batu Feringghi, dan Teluk Bahang. Ia termasuklah hotel pantai yang bertaraf lima bintang, dan hotel dan asrama yang ekonomi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Taman Negara Pulau Pinang

Jalan Hassan Abas,Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang
Pulau Pinang
Tel: (604) 881 3530/ 04-881 3500
Faks: (604) 881 2016

Antara yang menarik di sana nanti, Adi akan turut serta dalam acara melepaskan anak anak penyu ke dalam laut. Ini adalah acara yang Adi nantikan sangat sejak dari dulu...dan anda juga boleh turut serta...Jadi..kalau takde benda nak buat, jom sertai Adi dan kawan kawan PERHILITAN ke Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang pada 10 dan 11 Mei ini ok!!! Terutama yang ada berkeluarga ataupun pelajar pelajar sekolah yang berminat utk tahu lebih lanjut berkenaan Taman Negara Jumpa kat sana ok!!!!

Tuesday, March 23, 2010

Main Badminton dengan Nintendo Wii

Hari tu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek datang ke ERA!!! Jadi sebelum mereka datang, Pak Nil telah berlatih dengan Adi untuk menentang LCW. Namun di sebabkan faktor umur...hahaha...Adi tetap menang dengan bergaya..Hahaha...Video ni telah di ambil oleh Big Boss kitarang, Jake Abdullah!! Sorry Jake..i curi video ni...hahaha...enjoy!!


Konsert Amal!!


Hai kawan kawan...


Satu konsert amal iaitu Konsert “Kau Di Hatiku” yang membariskan artis-artis terkenal tanahair yang akan memperdengarkan genre masing-masing.

Mereka adalah: Zainal Abidin, dengan genre afro-asianya

Atilia, penyanyi jazz Malaysia

Aizat, penyanyi dan komposer yang berbakat besar

Amy Mastura, ikon pop terkenal

dan Adibah Noor, penghibur

Di samping itu, barisan Artis Jemputan juga akan membuat persembahan spontan atau “jamming” dengan barisan artis utama sepanjang konsert berlangsung.

Mereka yang telah bersetuju adalah: Salamiah Hassan

Bob AF

Betty Banafe

Nurul

Dead Mushroom band

Nizam (artis baru)

Sabhi Saddi (artis baru)

Fazo (komposer/pemuzik baru)

Wiwie Daunah (artis baru)

Adzrin (artis baru)

Idham (artis baru)

Konsert “Kau Di Hatiku” akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 9th & 10th April 2010 (Jumaat dan Sabtu)

Waktu: 7.30malam (pendaftaran), 8.00malam (konsert bermula)

Tempat: Manhattan Ballroom

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Berikut adalah harga tiket dan meja serta pilihan penajaan:

9 April 2010 – Konsert Amal

Tempat duduk ala teater, tiada jamuan makan,

tempat duduk bebas RM50 setiap satu

Snek dan minuman akan dijual oleh pihak hotel di luar dewan.

10 April 2010 – Konsert Malam Gala

Malam Gala berkonsepkan Majlis Makan Malam dengan hidangan ala barat. Setiap meja menempatkan lapan (8) penonton untuk keselesaan menjamu selera serta tontonan.

Baris ke-3 RM300 setiap tempat duduk atau RM2,000 setiap meja

Baris ke-2 RM400 setiap tempat duduk atau RM3,000 setiap meja

Baris Pertama RM500 setiap tempat duduk atau RM4,000 setiap meja

Penajaan tahap Perak RM5,000 setiap meja

(10 meja disediakan)

Penajaan Tahap Emas RM10,000 setiap meja

(5 meja disediakan)

Penajaan Tahap Platinum RM15,000 setiap meja

(2 meja disediakan)

Di antara penerima sumbangan yang telah dikenalpasti adalah mereka yang terlibat dalam bidang seni, termasuk pekerja produksi, wartawan dan golongan yang memerlukan.

Mereka adalah: Pelakon, M Rajoli

Penyanyi, Zaiton Sameon

Pengurus Busana, Shahrom

Pelakon, Ida Nerina

Pelakon, Azean Irdawati

Penulis/Komposer, Seri Bayu

Wartawan, Karim Sulaiman

Penyanyi/Komposer Veteran, Tan Sri SM Salim

Pelakon Veteran, Neng Yatimah

Pelakon Veteran, S Shamsuddin

Pelawak Veteran, Yahya Sulong

Tabung Bersamamu TV3

Kami akan mengenalpasti lebih ramai lagi penerima sumbangan dengan kerjasama Persatuan Seniman.

Kami juga berhasrat untuk membawa Konsert ini menjelajah ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Sabah dan Singapura.


Yang berminat untuk menyaksikan konsert ini boleh hubungi...


603 4295 6888, 6016 221 0369, 6012 2016977, 6013 523 0369

Fax: 603 4280 6977, 603 4295 6222

Email: adibah_noor@yahoo.com Website: www.adibah-noor.com


Monday, March 22, 2010

Badminton!

Pic: Kat Dewan Komuniti Bukit Damansara , tempat bermain badminton setiap minggu!

Haha...salah satu hobi atau sukan kegemaran Adi selain bolasepak dan futsal...Adi juga merupakan peminat badminton..:) Dulu masa sekolah memang paling rajin main badminton..sampai paksa kawan kawan untuk main badminton kalau takde "kaki"...

Pic: Bersama kawan kawan KBMM, Roslin Hashim, Farouk Hussein, me and Budhi.

Masa sekolah dulu Adi pernah mewakili Daerah Kuala Selangor ..kiranya pemain daerah la ni..haha...dan wakil Team Matrikulasi UPM pada tahun 1997 dulu...haha...


Pic: Kenangan manis jadi naib johan Badminton Radio Fest 2009 berpasangan dengan Linda Onn di Stadium Putra Bukit Jalil.

Mungkin darah badminton ni dapat dari abah Adi yang pernah main badminton dulu....dulu abah ada reket yang di sarung pakai kayu...selalu abah letak kat belakang almari untuk mengelakkan anak lelakinya ni ambil reket tu dan buat tangkap pepatung atau rama rama untuk di buat umpan pancing ...hahaha....mungkin disebabkan terlalu terer sangat menghayun pepatung...terus bertukar kepada menghayun bulu tangkis..hahaha...
Pic: Bersama Datuk Lee Chong Wei di satu majlis NIKE di KL

Masa belajar kat UPM pun Adi masih aktif bermain badminton ...walaupun tak menyertai apa-apa pertandingan ..tetapi aktif untuk bermain utk suka suka jer la..kat tengah tengah blok penginapan kat Kolej Zaaba UPM dulu...hahaha....best giler la...

Pic: My racket!!


Pic: Antara reket termahal Adi pernah tengok..bernilai RM2000!! Dushh!!

Pastu masa kat AF dulu , memang Adi berhenti main badminton..adala dalam 3-4 tahun la..sebab sibuk dan takde "kaki"....sejak akhir-akhir ni Adi memang agak aktif kembali bermain. Sanggup drive ke mana saja kalau ada sesiapa yang berhajat..bukan apa..masih lagi untuk kesihatan dan berhibur...yup...time macam ni jer la dapat jumpa kawan kawan dan bersosial....

Pic: Bersama Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek yang baru pulang dari All England 2010.


Pic: Bersama pingat All England 2010 yang di menangi oleh Lee Chong Wei


Pic: Pingat All England


Lepas 2003 , Adi cedera agak parah kat lutut menyebabkan Adi menamatkan karier main bolasepak ( itu citer pasal bola la pulak nanti)....kecederaan lutut yang teruk! Sampai sekarang Adi tak buat pembedahan lagi untuk baiki lutut Adi tu...Ada orang kata tak payah kacau la....takut lagi teruk ...so sekarang kalau main badminton kenalah ikat lutut tu dengan "knee guard"...kalau tak lari saja la...hahaha....sakit ooo..boleh buat nangis kalau lutut tu "meletup" sekali sekala kalau ganas sangat!!!

Pic: Kaki kena "ikat"

Kalau nak cerita pasal pemain badminton kegemaran, Adi ada banyak pemain pilihan , antaranya Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan, Cheah Soon Kit, Foo Kok Keong, Jalani - Razif, Zhao Jiang Hua, Icuk Sugiarto, Ardi Wiranata ( macam Rafael Nadal dia ni...) Park Joo Bong dan pemain yang mempunyai rambut paling stailo suatu masa dulu iaitu Misbun Sidek la...

Pic: Stadium Juara, Bukit Kiara tempat pemain Malaysia berlatih

Jadi kalau ada sesiapa nak ajak Adi main badminton..jangan segan segan..haha....mana tau kalau Adi ada kelapangan kita boleh berentap la....untuk kesihatan la...bukan utk pertandingan....hahaha..InsyaAllah!!...mari kita SMASH!!!

Monday, March 8, 2010

Anugerah Terburuk????

Baru baru ni berlangsungnya Anugerah Razzies 2010 ...sehari sebelum Anugerah Oscar berlangsung di Hollywood....Anugerah Razzies ini adalah untuk yang terburuk!!!! Actually diarang buat Anugerah ni utk suka suka jer....malah Sandra Bullock sanggup naik pentas untuk mengambil anugerah ini sebanyak 2 kali...dan dia juga menang Oscar baru baru ni...hahaha....so tengok la senarai kat bawah ni ok..dan enjoy...untuk suka suka jer....

Worst Picture of 2009:

Transformers: Revenge Of The Fallen

Worst Actress of 2009:

Sandra Bullock
All About Steve

Worst Actor(s) of 2009:

All Three Jonas Brothers
JONAS BROTHERS: THE 3-D CONCERT EXPERIENCE

Worst Screen Couple:

Sandra Bullock & Bradley Cooper
ALL ABOUT STEVE

Worst Supporting Actress:

Sienna Miller
G.I. JOE: THE RISE OF COBRA

Worst Supporting Actor:

Billy Ray Cyrus
HANNAH MONTANA: THE MOVIE

Worst Prequel, Remake, Rip-off or Sequel
(Combined Category for 2009):

Land of The Lost
(UNIVERSAL PICTURES)

Worst Director:

Michael Bay
TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN (AKA TRANNIES, TOO)

Worst Screenplay:

Transformers: Revenge Of The Fallen
WRITTEN BY EHREN KRUGER & ROBERTO ORCI & ALEX KURTZMAN,
BASED ON HASBRO’S TRANSFORMERS ACTION FIGURES
Special 30th RAZZIE®-versary Awardz

Worst Picture of the Decade:Battlefield Earth
NOMINATED FOR 10 RAZZIES® / “WINNER” OF 8
(INCLUDING WORST DRAMA OF OUR FIRST 25 YRS)

Worst Actor of the Decade:Eddie Murphy
Worst Actress of the Decade:Paris Hilton