JUMAAT 11 MEI 2012
Hari ni join company trip ke Chiang Mai Thailand. Adi memang suka ke sini sebab kat sini bolehlah Adi melawat beberapa tempat pemeliharaan haiwan utk harimau , buaya, gajah dan juga yang paling istimewa sekali ialah beruang Panda. Satu satunya Panda yang ada di Asia Tenggara sehingga setakat ini. (Malaysia bakal menerima panda drpd kerajaan China pada 2013)
Adi sampai ke Chiang Mai dalam pukul 10 pagi dan terus menuju ke Tiger Kingdom untuk bersarapan dan juga melihat harimau harimau yang ada di sana. Pertama kali sampai dan Adi bersarapan betul betul bersebelahan dengan kandang harimau....yes!!
Tapi sebetulnya Adi tak lalu nak sarapan pun sebab teruja nak masuk ke kandang harimau tu dan mendekati haiwak yang eksotik itu. Orang lain sibuk bersarapan, Adi dah mula masuk ke dalam kandang harimau itu dengan pemantauan daripada jurulatihnya. Alangkah seronoknya bila pertama kali dapat memgang harimau yang comel ini.
Nak bermain dengan harimau ni bukan redah sebarangan. Tak boleh mendekati harimau ni dari depan, lepas tu, jangan buat harimau tu terkejut, itu pesan penjaga kandang harimau.
|
Baring atas harimau...macam karpet...hehehe |
Alhamdulillah hampir setengah jam dalam kandang,memang seronok bila melayan anak anak harimau yang manja dan comel comel ni. Ada harimau dewasa yang boleh dilawati, tapi penjaga harimau tu cuma benarkan Adi masuk satu kandang sahaja....alaa sedihnya.Ingat nak juga bermanja dengan harimau dewasa..waaaa.....oh yer harimau ni suka diusap dibahagian perutnya...pastu ia akan terlentong...sama macam kita usap kucing la...:)
|
Ini harimau yang agak liar, tak boleh masuk kandang dia....melainkan anda masuk sebagai "makanan"..hahaha.. |
InsyaAllah next time Adi nak datang sini balik dan bermain dengan harimau dewasa pula. Sebelum balik sempat beli tshirt dan juga cenderahati kenang kenangan.
|
Anak buaya yang di ikat mulutnya...so boleh pegang la. |
Lepas ke Tiger Kingdom, kami ke ladang buaya yang berhampiran untuk menyaksikan persembahan buaya. Wahh buaya juga antara haiwan yang belum pernah Adi dekati. Tiba tiba petugas memberitahu, kepada sesiapa yang berani untuk tampil bagi mendekati buaya besar dalam kolam persembahan. Terdetik jugak nak memegang. Adi ambil masa yang lama juga untuk membuat keputusan...tapi disebabkan nak mendekati buaya tu, maka Adi memberanikan diri.
|
Main dengan buaya pulak. |
Basically, buaya yang Adi dekati ini adalah buaya yang agak tua dan tak berapa agresif sangat. Tapi Adi masih agu ragu sbb kita tak boleh nak agak ragam sang buaya ni....perasaan takut tu lebih sikit berbanding bersama harimau tadi... Leganya rasa bila dapat menyentuh buaya yang masih hidup dan berada dalam kolam mereka...hahaha..tapi dalam hati . berdegup degup!! Satu pengalaman yang bermakna bagi Adi. yeahh!!
|
Takut ooo.. |
Lepas bermain buaya , kami di hantar ke hotel dulu untuk berehat sebelupergi makan malam nanti di sebuah restoren yang happening di tepi sungai di Chiang Mai ini.
Dalam pukul 7mlm kami pun berangkat menuju untuk makan malam, tapi sebelum tu , kami di bawa ke sebuah tempat untuk melepaskan tanglung yang boleh terbang beratus ratus kaki ke udara. Menurut budaya Thai, mereka akan berhajat sesuatu sebelum melepaskan tanglung ini.
|
Melepaskan tanglung... |
|
Terbang... |
|
Sayup tinggi di angkasa. |
Banyak juga tanglung yang kami lepas kan....sampai sayup sayup mata memandang bila dilihat di langit.
Lepas bermain tanglung ini barulah kami bergerak semula menuju ke tempat makan malam. Menunya ialah tomyam yang amat pedas dan juga yang menjadi kegemaran ramai ialah pulut mangga . Adi berjaya makan 5 pinggan pulut mangga tu...tapi sebenanrnya Adi makan mangga nya sahaja...pulutnya tak sentuh pun. hehehe...ok esok nak jalan jalan lagi...tak sabar ni!!
|
Me, Mark Anderson dan Nickholas.... |
|
Dinner dengan kawan kawan :) |