Wednesday, August 15, 2012

Shell Event kat JB


 SABTU 21 April 2012

Hari ni ambik flight ke JB untuk menyertai acara yang dianjurkan oleh SHELL Helix di Danga City Mall, JB. Ini adalah untuk Promosi Global Shell Helix 'Get Your Heart Racing' . 

Sampai jer kat JB hujan turun agak lebat jugak, dan memandangkan masih awal, Adi mengajak JarJar (SkuadERA) untuk pergi bersarapan. Dia telah membawa Adi pergi menikmati "Kacang Pool" katMedan Selera Larkin,  JB. 



Ini adalah pertama kali Adi makan "Kacang Pool" di mana ianya di makan dengan roti bakar dan kacang tanah yang bercampur dengn kuah khas , bawang , lada hijau dan juga telur mata kerbau.

Nak makan kena gaul kesemua bahan bahan taadi sampai jadi macam kuah pekat, lepas tu makan dengan roti bakar tadi...cicahkan saja dalam kuah "Kacang Pool" tadi. Sedap jugak, sesuatu yang berlainan daripada sarapan yang pernah Adi makan sebelum ini.


Pic: Kacang Pool yang famous kat JB!

 Promosi Global Shell Helix 'Get Your Heart Racing' ini berlangsung daripada jam 12 tgh hari hingga 2 ptg. Jadi Adi sempat bermain permainan khas yang di sediakan di acara ini dan memberikan hadiah hadiah kepada para pengunjung dengan dibantu oleh ahli Skuad ERA JB. Lepas lunch pukul 3ptg ...terus pergi airport utk balik ke KL. Terima kasih pada Shell yang menjemput Adi untuk memeriahkan  Promosi Global Shell Helix 'Get Your Heart Racing' . 



Pic: Adi dengan Skuad ERA JB 

2 comments:

Cinta Misteri said...

1st time ke adi makan kacang pool? Ada 1 lg tmpt kacang pool, actualy same owner. Yg ni paling lama operasi dr zaman sy sekolah rendah, kat bomba larkin, kena plak ngan abc special..perghh..

Sy menang tmpt ke2 baling bola kat danga city mall time ni. Ingat lg tk? Hehe

ADIFASHLA said...

yup 1st time....makan time hujan hujan lak tu...sedap la masuk perut..hehehe