Thursday, November 15, 2007

Cuti -cuti di Penang

Pic: Tilam Yang Besar di G Hotel..sedapnya tidur..

Jumaat 9 Nov 2007

Hari ni Adi pegi ke Penang sempena dengan Freakshow TourConcert Pop Shuvit and Friends yang di adakan di kelab SS di Georgetown. Kali ni Adi hanya memandu ke sana sebab bercadang nak stay 2 malam kat Penang dan rest la.

Pagi ni pergi dengan Dina Xfresh dan sampai ke Penang dalam jam 3 ptg, Hari ni duduk kat Hotel Bayview. Ok - ok jer la hotel ni..dan lepas jer konsert malam tu Adi tidur kat Bayview dan keesokkan harinya Adi pindah hotel kat G Hotel, Beyoncet yang suggest hotel ni kat Adi.lagi pun hotel baru..dan paling best ianya bersebelahan dengan Gurney Plaza, so kalau nak apa-apa senang.

Bilik dia memang besar..katilnya pun besar jugak la..tapi yang kurangnya takde jakuzi atau bathtub macam kat Gurney Hotel .

Pic: Susun atur yang lain dari yang lain..Katil jadi "pulau" di dalam bilik.

Sambungan internet kat dalam bilik di kenakan bayaran xtra iaitu RM20 sehari..hmm agak mahal utk mendapatkan sambungan internet, sepatutnya sambungan internet hendaklah percuma di zaman IT cam sekarang ni..Tapi entahla..so 2 hari Adi kat sini kenalah bayar RM40 hanya untuk sambungan internet. Adi cadangkan kepada sesiapa yang nak menginap di hotel ini bawalah internet wireless modem korang kalau ada..senang nak buat kerja.

Pic: Belakang katil ada meja buat kerja..cuti cuti gak, kerja pun kena buat gak! hehehe..

Other than that semuanya ok pasal hotel ni. Pasal sarapan lak , Adi takleh nak citer sebab kedua-duanya Adi miss sebab tertidur.haha..Tapi a bit mahal juga la untuk sarapan..rugi gak la kalau tak pergi..baik ambik pekej yang tak perlu bayar untuk sarapan. Kolam renang dan gym dia memang best , so kalau sesiapa nak cuti di Penang, cubalah stay kat Hotel G ni..lengkap semuanya dan bersebelahan dengan Gurney Plaza..nak makan pun senang..hahahaha..makan tidur, makan tidur, berenang ..makan tidur...!!




Wednesday, November 14, 2007

Hujan oh hujan..kenapa engkau hujan..


Khamis 8 Nov 2007

Hujan oh hujan..kenapa engkau hujan...hmm sejak 2 minggu ni hujan turun setiap hari kat lembah kelang..memang lah sejuk ..tapi yang tak tahannya kereta koto la tak ingat. Kepada yang duduk kat rumah bawah..(Landhouse)..takde hal la..tapi yang duduk kat umah atas macam Adi ni..nak basuh kereta memang susah la..kenalah hantar basuh kereta..tapi bila baru basuh jer..hujan turun lagi..hahahah...adus tu lah saat-saat yang menyakitkan hati..

Berapa kali nak basuh kereta dalam seminggu tu , terpulang kepada berapa kotor kereta Adi dalam seminggu tu..biasanya seminggu sekali la hantar basuh tak pun 2 kali seminggu...Macam kita jugak..kereta pun perlu mandi maaaa...

Rumah Terbuka Raya Azwan Ali

Pic: Bersama Mama Norlia Ghani dan juga Azwan Ali

Selasa 6 Nov 2007

Wahh masih lagi raya rupanya..hahha..dapat jemputan dari Azwan Ali untuk rumah terbukanya di Ulu Kelang. Apa lagi masa rumah terbuka ni memang tgh kecoh pasal Azwan tak puas hati dengan beberapa wartawan hiburan yang katanya merosakkan industri seni hiburan Malaysia..Kalau ada sesiapa yang tengok Melodi kat TV3 , hujung minggu lepas memang berapi -api marahnya si Azwan Ali ni. Amboi , amboui , amboi..kenapa lah marah sangat tu Azwan Ali..Adi pun tak tahu hujung pangkalnya..malas nak tanya pasal benda ni..takut nanti dia terasa lak..tapi kalau ikut pemahaman Adi , Azwan Ali ni tak puas hati kepada wartawan yang banyak tulis tak elok pasal dia..mengamukla dia..siap cabar wartawan tu buat kenyataan balas lagi..haduss..panas ni..

So apa pandangan korang dalam ha ni?.Kalau Adi pun kalau ada orang tulis tak elok..mahu juga Adi bengang..hahaha...tapi so far Alhamdulillah..semuanya baik belaka..dan harap begitulah seterusnya..

Tuesday, November 13, 2007

KARAOKE bersama pendengar - pendengar XFRESH FM


Ahad 4 Nov 2007

Semalam dari PD setelah menhadiri majlis Hari Jadi boss Adi (Jakeman)..terus balik ke kampung sebab nak makan malam dengan parent kat kampung yang sambut hari jadi gak..hehehe..sampai sampai kat Tg Karang dalam pukul 830..memang chnatek la..diarang pun baru tgh makan malam..langkah kanan la..

So tgh hari ni Ahad, Adi dah balik ke KL..sebab ada majlis karaoke bersama pendengar Xfresh yang dah merancang lama majlis ni..Burn ada,..dan semestinya kawan2 Xfresh la..huhuhu


Pic: Gambar ni macam satu keluarga kucing la..hahaha



Pic: Ni yang malas nak ajak Burn ni..bergambar pun masih nak pegang mic..aduss..


Majlis karaoke ni di buat di Red Box Sogo! hahaha..thanks la kat korang yang buat majlis ni..Tapi Adi takleh la nyanyi sangat sebab ptg karang kena buat Fulus Mania..so simpan suara sikit maa..Adi sampai dalam pukul 4 ptg dan sesi karaoke tamat jam 5 ptg..terus Adi bergegas balik ke ASTRO. Terima kasih daun keladi..lain kali kita karaoke lagi!!!!

Ganti Yasmin Hani di Muzik@Ria...

Pic: Sorry Hani! Ku rampas studio mu! Hahaha

Ahad 28 Okt 2007

pagi ni Adi kat kampung, sebab takde benda sangat weekend ni, pastu sebelah petang Adi balik Kl dan terus kerja untuk Fulus Mania..Tgh nak mekap sekali producer utk Muzik@Ria..minta Adi standby juga untuk Muzik @Ria, sebabnya katanya mata Hani kena ketumbit..yup kesian dia..katanya 1st time baru kena..samalah ngan Adi beberapa bulan yg lepas kena gak ketumbit ni..hehhee..

So 1st buat Muzik@Ria memang sesuatu yang Adi tunggu, bukan sebab apa..cuma nak cari pengalaman jer. Lagi pun last sekali Adi datang ke Muzik@Ria ni..adalah pada tahun 2003! masa Adi lepas keluar dari AF...hahaha..lama giler kan..dan 2007 ni baru lah muncul..tapi bukan as an artist ..tapai sebagai pengacara...hahaha..Hijack studio Yasmina Hani..

Kalau kat Fulus Mania Adi boleh rilek sikit..maklum lah dah beratus ratus episod buat..tapi utk Muzik@Ria ni memang lain sikit lah cara kerja nya..sebab menggunakan 3 kamera dan juga ada floor manager..cuma yang mungkin agak susah ialah Adi sebenarnya dah lama tak tengok Muzik@ Ria..jadi agak macam blur sikit la dengn flow M@R..dan kalau nak tahu sebelum ni belum ada pengacara lelaki yang mengendalikan Muzik@Ria.

Lepas jer tamat Fulus Mania jam 830mlm, ADi pergi ke Kafe dulu sebab kelaparan..yer la bercakap pun kena pakai energy tau..lepas tu salin baju untuk M@Ria lak..heheh..kenalah tukar baju..takkan nak pakai baju yg sama ngan FM lakkk ..mana sesuai..lepas tu terus keudara utk M@Ria


M@Ria keudara setiap Ahad mulai jam 10mlm selama sejam secara langsung di Astro Ria.

Hahaha..kalut jugak di buatnya pada awal-awal..memang Adi akui ada beberapa kelemahan berlaku, 1st time..

Tapi nasib baiklah ada Anuar Zain sebagai tetamu undangan..haha..relaks sikit sebab Adi pun dah biasa kerja ngan Anuar masa interview kat Xfresh FM..sebelum ini.



Pics: Muka Adi kepenatan bercakap selama 2 jam LIVE di Astro Ria..Anuar Zain maintain la..huhuhu

Tapi apa-apa pun thanks kat tenaga produksi M@Ria yang memberi peluang kepada Adi untuk mengacarakan M@R temoh hari...satu pengalaman yang cukup manis bagi Adi. Thanks!

Kena Ganti Yasmin Hani kat Muzik @Ria

Jumaat 26 Okt 2007

Ya ampun lama giler tak update blog kat sini..sorry la busy sangat . Hari ni masa masuk dalam kereta sekali nampak lak angka yang menarik dlm Edometer kereta ADi.. 017777..hahhaa..dan jauh gak Adi berjalan rupanya dalam 9 bulan ngan kereta Adi ni.
saja jer ambik gambar ni..walau pun tgh drive time ni..jgn tiru aksi merbahaya ini yer..