Tuesday, February 5, 2008

Selamat Pengantin Baru Ning Baizura


Sabtu 2 Feb 2007

Selamat Pengantin baru kepada Ning Baizura dan suaminya Omar Dalton yang telah berlangsung di MATRADE, KL. kebetulan pulak hari ni hujan ..so memang agak dingin la..hujan turun agak lebat juga sebelah petangnya...Thanks kat Ning yang menjemput Adi.



Majlis kahwin ni konsepnya adalah "Majlis Perkahwinan di dalam Desa"..so memang macam dalam kampung lak..dengan di sediakan para-para untuk diduduki oleh para tetamu..dan duduk bersila. Dekosarsi dalam majlis ni juga berlatarkan suasana kampung..hingga zink-zink berkarat pun boleh di jadi kan prop..hahhaa. So kiranya majlis perkahwinan ni bertema la..so tetamu kenalah berpakaian macam orang kampung..hahahaha..ada gak yang pakai baju nak pergi ofis..huhuhuhuu

Adi just pakai baju Melayu jer..simple..dengan sampai...tapi baju kat luar la..so stail kampung sikit la kan..hahahah. kalau ikutkan stail kampung memang sempoi giler la..hahahaha

Seronoknya dalam majlis-majlis macam ni ialah dapat bertemu kawan kawan lama..cthnya kak Nita ni yang kerja kat Tayangan Unggul..kak Anne lak aadalah Fan AF yang setia ,..terutama AF1..huuhuhu...sampailah sekarang ni...

Pasal makanan , yes memang stail kampung habis..baik dari lauknya, makanan sampingannya hinggalah ke pinggan mangkuknya, semuanya stail kampungla...ada sambal belacan, kerabu, masak emak, ayam goreng, sotong merah , dim sum pun ada serata ulam...sedapp!! ohhh ikan masin ada juga...sedapnyaaa.....hehehhe


Adi tertarik dengan ais krim soda ni..manala si Ning ni jumpa Aoskrim soda zaman 50an ni..?hahah,..rasanya macam air gula campur soda sedikit...tak la kuat sangat rasa sodanya tu..hahaha..Adi belek belek...rupanya buatan Kajang la..tapi tak tahu la kalau Ning just print pelekat yang baru...hahahaha..tapi tak kot..sebab siap denagn tudungnya sekali..takkan Ning nak print tudung nya sekali?..hahaha

Pencuci mulutnya lak..memang klasik..gula-gula duit, sagu , kuaci dan kacang tumbuk...kuaci tu pun memang klasik..tu zaman kecik kecik Adi adala..sekarang ni mana ada lagi...hahaha..tapi kuaci yang ni memang keras...huhuhu...kreatif tak diarang..

Dalam Dewan Matrade ni juga mereka bina pelantar yang tinggi utk rakaman foto atau video..selain itu ada juga bangsal di bina..pakai daun nipah lagi tu atapnya..manakala dinding kayu lama(entah ambik dari rumah sapa latu?..hahaha) di jadikan hiasan untuk membangkitkan suasana kampung..sampai zink berkarat pun boleh di buat hiasan..hahaha..tak caya?..tengok kat belakang kumpulan Marhaban tu!!!!


Semasa pengantin baru sampai, persembahan Marhaban telah di laungkan oleh kaum kaum ibu dari Cheras..Adi perhatikan diarang ni agak Xcited...mungkin terkenang kembali masa zaman mereka muda - muda dulu....yer la sekarang ni kalau kat KL mana nak tengok majlis kawin cam ni...siap ada Marhaban, silat pengantin dan banyak lagi..


Malam ni Ning bersanding dengan 3 persalinan, Tradisional, Jawa, dan juga Moden( potong kek)..Semasa Ning bertukar baju ...para hadirin sudah mula menikmati hidangan dan juga muzik irama asli di nyanyikan secara LIVE ..apa lagi..mula la ada yang dah start berjoget lambak...hahaha..yang di mulakan oleh Azwan Ali dan Chef Wan..huhuhu

Selain itu artis2 juga ada yang menyampaikan lagu..antaranya..Farhan, Farawahida, Nas Adilla, Haziq, Syafinaz (nyanyi soprano lagi...power gilerr) dan juga Ifa Raziah...dangdut, jgn tak dangdut!!

Adi sempat mengambil gambar untuk majlis potong kek secara dekat la..sebab ramai giler jurugambar yang bertugas..korang tengok la sendiri..so..jadi kita tengok jurugambar la, bukan tengok Ning sanding..hahaha...yer la sebab jurugambar asyik keroyok Ning jer..hadusss...

EH! macam kenal jer minah ni?..hahaa..inilah Julia my X-Partner kat Xfresh dulu..tapi sekarang dia dah berhijrah ke Suria FM..jadi penerbit kat sana..lama gak la tak jumpa..haha..so kitarang pun happy happy la sekali..sambil berjoget lammmbaakkkkk....memang melambak la org berjoget!!


Dalam pukul 1130 mlm tu barulah Adi dan kawan kawan yang lain pun mulai berangsur-angsur pulang.. tapi memang menarrik majlis ni..hahaha..Syabas kepada Ning kerana berjaya merialisasikan majlis kahwin yang unik ni..hahaha...Apa-apa pun Selamat Pengantin Baru kat Ning dan moga cepat dapat baby!!..


Adi maksudkan babbbyy...bukan kambennn..hahaha...Selain ayam kampung...ada 8 ekor kamben di gunakan untuk hiasan di dalam dewan Matrade ini..fuhhh memang suasana kampung la...mahal ni nak jemput kamben ni....kena bayar duit penampilan..hahhaa..enjoy!!!

2 comments:

SaLLY said...

makk aii..meriahnyeee..
adi tu cam dah tak lamaa je..hehhehee

eh...kamben dollah cantek tu pn datang gak?? huhuhuu

ADIFASHLA said...

Hel eleh..cakap orang ..lepas ni Adi akan jadi lebih busy la..yesssss!!! Tahun 2008 yang best!!