Monday, March 3, 2008

Selepas era Xfresh kini era ERA...

Rabu 13 FEB 2008

Hari ini secara rasminya Adi telah menyertai keluarga ERA FM. Perasaan time ni ..entahlah ..cam takde rasa apa apa pun ...stress ada la. Yer la sebab menyertai stesyen radio no 1 Malaysia ni..berikan sedikit tekanan juga la, sebab cara kerja diarang mungkin agak lain sikit compare dengan Xfresh yang more "street"

Cabaran utama yang menanti Adi ialah untuk bangun pagi seawal 4:45 pagi bersiap untuk pergi ke studio (ASTRO). Memang susah oo nak bangun sebelum subuh ni. Tapi Adi kena bangun awal sebab nak pastikan suara kena "bangun" ketika keudara.


Cabaran seterusnya ialah menyesuaikan diri dengan suasana kerja kat ERA ni. Dulu masa kat Xfresh , boleh la buat sesuka hati, sebab Adi on air just sensorang jer..Tapi kat ERA ni Adi di letakkan di Slot Pagi@ERA bersama KIran dan juga Nana. 2 nama yang agak senior kat ERA. So kiranya Adi ni "budak baru" la. So kenalah ikut rentak diarang. So Far , masih dalam tahap menyesuaikan diri.Maklumlah on air 3 orang tu..kalau silap percaturan nanti bunyinya macam pasar la pulak.hehehehe


So harap warga dan pendengar ERA dapat menerima Adi , dan berikan masa untuk Adi menyesuaikan diri dalam suasana yang baru dan team yang baru. Jangan risau lah Xfresh tetap di hati.


Jangan lupa dengarkan Adi , Kiran dan Nana di Pagi@ERA setiap hari Isnin hingga Jumaat 6-10 pagi..Hanya di ERA ..Rentak Muzik Terkini.

3 comments:

tinkerbell said...

all d best!

http://tinkerbell.dre.am

pinbrox said...

gud luck r...

efa said...

thank u!!