Wednesday, April 30, 2008

Selamat Pengantin Baru Khai dan Rosma

SABTU 26 April 2008

SELAMAT PENGANTI BARU kepada Khai dan Rosma..setelah 5 tahun bercinta bagai nak rak, akhirnya mereka bersatu juga..Alhamdulillah, majlis bersanding akan di lakukan pada Ahad di Dewan Putra Jaya. Adi tak dapat nak menyaksikan majlis persandingan , jadi Adi pun datang la kat Masjid Putrajaya untuk upacara nikah..Katanya upacara bermula jam 10..tapi masa Adi sampai rupanya rombongan pengantin belum sampai lagi..Wallaweiii...so kenalah tunggu mereka..ada la dalam 1/2 jam..huhuhuhu


Sambil - sambil tu duduk la melayan perasaan dulu..hahaha..bukan apa, sebab Adi akan ke Singapura petang nanti..so takleh la datang majlis kahwin diarang.Rombongan pengantin Khai dan Rosma datang bersama..cellemek...dengan hantaran kedua-dua pihak, coz Khai dan Rosma nak buat bertunang dan terus berkahwin..

Pic: Hantaran dari pihak Rosma kepada Khai

Tema warna mereka ialah biru..yup..hantaran dari Khai dan Rosma serta Khai semuanya berdasarkan warna biru...

Pic: Hantaran Khai kepada Rosma

Mas kahwinnya RM100 dan hantarannya RM16161.16..huhuu..huhuhu,..banyak giler..huhuhu

Rosma pun nampak cantik sangat hari ni..nampak la seri pengantinnya tu..huhuhu...dia terkejut gak masa Adi dtg ke majlis nikah ni..hahaha...Diarang berdua bertunang dalam jangka masa 1 jam 10 minit jer..huhuhuhu....ala tunang tu bukan ada dalam hukum pun...


Hehehe...err ini bukan pengantin yer...pengantin yang sorang tu..huhuhu..saja ambil gambar sebelum Rosma jadi "isteri orang!"..hehehe

Khai lak happy dan tersenyum jer sepanjang majlis berlangsung..tapi kenapa warna baju tak sedondon?..Khai punyer baju warna kuning cair...Rosma lak putih..atau Adi yang salah tengok?..huuhuhu

Amacam?..sama cantik sama padan la yer?..haha..so lepas ni kitarang tak yah lagi la nak cover-cover pasal korang (Khai Rosma) lagi dah...penat la ..hehehe...5 tahun tu cinta..giler ahh!!

Rosma tersenyum lebar bila dia selamat di tunangkan dan tengah menunjukkan cincin tunang nyer...perghhh!! Dalam hati nyer dia berkata" yeah Yea..nak kawin kejap lagi...yea..yea..!!!" ....hehehehe.....agaknya la..huhuhuhu

Pic: Khai bersiap sedia untuk bernikah!

Oklah , apa apa pun nak ucap kat Khai dan Rosma, selamat pengantin baru, moga di murahkan rezeki dan kekal selamanya hingga ke akhir hayat. Lepas jer habis upacara akad nikah , terus Adi bergegas keluar dan gi airport..aduss dah terlambat ni....Singapore here i come!! Selamat Pengantin Baru Khai dan Rosma!!!

1 comment:

syizmal said...

abg adi bila lg nk jd mcm khai dan rosma