Petang ni lepas jer pulang dari Masjid Putrajaya sebab tengok Khai dan Rosma kahwin terus Adi pulang ke rumah salin baju dan ambik beg terus bergegas ke KLIA..member Adi tolong hantar ker Stesyen ERL Putrajaya..pastu naik ERL pergi ke KLIA.

Pic: Tengah tunggu flight yang delay..huhuhu.
Ramai yang tanya , pergi nagan siapa?..hahaha..Adi pergi sana seorang diri la, saja nak try jenjalan sensorang. Selalu kalau nak pergi trave ni ajak la si Olie ( X-Xfresh's DJ), tapi Olie now sibuk kat Terengganu , so pergi sendiri la...Last kopek dulu pergi ngan Bandung pun , bila sampai sana memasing bawa diri sendiri..hahhaa..baik pergi sendiri.Lagi pun trip ni Adi dah plan sejak bulan 1 lalu. Kenapa pilih Singapura?...hmmm sebab Adi rasa selamat sikit kat sana la..huhuhu..jenjalan sensorang takde hal la kot..harap-harap la..
Flight bertolak dari KLIA dalam pukul 430ptg patutnya..tapi bila sampai kat boarding room..kapal pun tarak lagi..laaa..kena tunggu lagi la nampak gayanya. Kali ni Adi naik Jetstar Airways..Syarikat penerbangan dari Australia. Oklah..murah gak harga tiketnya masa Adi beli dulu..RM1.80..hahaha...betul !!! RM1.80 sen jer...Sampai kat Singapore dalam pukul 6 ptg la cam tu..terus carik teksi dan ke Hotel Orchard yang terletak di Orchard Road. Belum belum lagi dah kena ketuk dah sampai $28..mak aihhh ...giler mahal..hahaha..biasanya selalu kena $16 jer..hmmmm....

Lepas maghrib, baru Adi keluar turun jenjalan ke Orchard Road, saja nak survey la..huhuhu..rindu lak ngan tempat ni..kalau nak tahu , Orchard Road ni kira cam Bukit Bintang kat KL la..
Berjalan dalam 5 minit , Adi dah sampai kat Wisma Atria...tempat ni memang happening la..kebetulan lak malam ni ada perlawanan antara MU vs Chelsea ...diarang tengok kat skrin besar la..perghhh...bising jugak la..tapi yang Adi perasan kat sini ramai la pulak penyokong Chelsea...MU nyer penyokong lak kurang la pulak...hahahha....

Adi takleh la tengok dekat dekat game tu..sebab Adi pakai jersey Arsenal la..hahaha..tu pun ada 2-3 orang dok daring kat Adi, sebab agaknya dia fikir.."apa kejadahnya mamat Arsenal ni ada kat sini"...hahahahahaha..

Penat berjalan , tekak dahaga lak..Adi layan aiskrim ngan coke tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang..hahaha..macam kutu tembok lak..hehehhee..seronok gak ooo....lepas tu sambung masuk ke Lucky Plaza..tengok la beli apa apa yang berkenan..Lucky Plaza ni terkenal dengan barangan elektrik dan juga handphone..haaa..kalau nak beli ipod ker atau kamera ker..kat sini semuanya ada..murah sikit la beli kat sini compare KL...Adi beli handphone baru kat sini dulu..tapi satu jer kekurangan..beli sini..warranty pun sini punyer la..huhuhu..rosak sendiri tanggung la..huhuu...

Dah penat berjalan , makan la pulak..kalau gi Singapura ADi akan cari berger special ni..iaitu restoren BERGER MOS..hehehe..berger ni dari jepun ,dulu ada restorennya kat KL..tapi dah tutup la...lama dulu.... menariknya kalau selalu kita makan berger dengan roti kan?..tapi kat Berger Mos ni rotinya boleh di ganti ngan nasi dan berger-bergernya memang sedap tak terkata....kalau tak caya cuba korang tengok dan tenunglama-lama berger ikan kat bawah ni...tengok....tenung.....tengookk...tenung...perghh ..alamak Adi lak yang lapar balik...hehehhe

AHAD 27 April 2008
Pagi - pagi dah bnagun , sebab dah terbiasa set jam 5pg..lupa lak nak mati alarm...tapi lepas tu sambung tido balik..tup-tup bangun kul 9pg lak..alamak,...dah lewat terus bersiap..dan ambik teksi pergi ke Vivo City. Jauh jugak la nak pergi Vivo City ni..dalam setengah jam jugak la..Vivo City ni adalah shopping complex baru yang besar kat Singapura ni...kira cam One Utama atau Midvalley la..sebab nak ambil kereta kabel dari Vivo City ni...sebetulnya boleh ambik teksi terus atau ambil train khas masuk ke Pulau Sentosa..tapi Adi nak naik kereta kabel..barulah trill..hehehe.
Pagi ni pun sarapan dengan berger..sebab nak rasa berger ni ..rasanya cam takde jer kat Malaysia..sedap gak ..gabungan sosej dan juga telur..huarghhhh..boleh tahan sedap la..makan cepat -cepat terus pergi kebangunan sebelah Vivo City untuk menaiki kereta kabel untuk ke Pulau Sentosa. Beli tiket untuk masuk ke Pulau Sentosa, pakej yang Adi ambil ialah $45...untuk kereta kabel, yuran kemasukkan, dan menaiiki beberapa tarikan /masuk semasa dalam Pulau Sentosa nanti...Nak naik kabel kenalah naik bangunan setinggi 15 tingkat ni ..mak aihhh tinggi giler...


Sebab Aky Tower ni ada dalam pakej yang Adi beli..so tak perlu la bayar lagi kat sini..naik jer terus..Sky Tower ni boleh naik dan turun ..serta boleh berpusing 360 darjah..so boleh la tengok sekeliling Pulau Sentosa...Tinggi la jugak...
Lepas jer turun dari Sky Tower terus Adi naik bas pengankutan ke Underwater World. Tengok ikan la..hehehe..Actually Underwater World kat sini tak la sehebat yang ada kat KLCC. Takde la besar sangat pun..rasanya sama besar dengan yang ada kat Langkawi tu.

Isnin 28 April 2008
Alahai sedapnya tidur dan tak yah bangun awal nak pegi kerja..hehehe..Tapi kul 8pg ni ADi dah bangun dah sebab hari ni lak nak pergi ke National Zoo Singapore...memang dah lama nak pergi ke sini. ..Katanya sangat cantik zoo ini. Nak pergi ke Zoo ni agak jauh..maka terpaksalahnaik teksi .Hmm sebetulnya boleh naik MRT dan lepas tu naik bas..Tapi leceh la..so baik ambik teksi jer la.Zoo ini terletak berhampiran dengan Kem Tentera Udara Singapura...walaupun cantik tetapi bunyi kapal terbang dan juga helikopter agak mengganggu sedikit suasana zoo ni.











Ramai orang nak kan tanduk badak sumbu ini....kononnya tanduk badak sumbu ini boleh memulihkan penyakit la..tapi hakikatnya tanduk badak sumbu ini adalah terdiri daripada bahan yang sama yang membentuk kuku dan rambut kita...so kalau sakit..jumpalah doktor..bukan cari tanduk badak sumbu.

Inilah bas yang membawa Adi mengembara keseluruhan Zoo ini...tengoklah betapa bersih dan menariknya suasana dalam Zoo ini. redup dan nyaman..



Nampak tak apa yang ada dalam air di gambar atas ini..haaa..macam takde apa apa pun kan..tapi sebenarnya dalam tu ada manatees..ataupun lembu laut! Comel giler lembu laut ni dan sangat lemah lembut..Adi dapat pergi dekat dengan lembu laut ini yang kebetulan penjaganya sedang memberi makan. Jadi Adi pun datang dekat dan berpeluang untuk memberi makan kepada lembu laut ini..kalau nak tengok video Adi memberi makan lembu laut ini ...layari...http://adi.blog.era.fm..ok! Best giler masa time ni.

Salah satu tarikan yang menarik juga yang ada di Zoo Singapore ni ialah Harimau Putih...harimau ini bukan harimau albino..tapi memang harimau putih yang terdapat di negara bersalji..ada 3 ekor Harimau Putih dalam sangkar ini...hehehe..takut jugak kalau salah satu nya boleh lompat dan melepasi pagar atau tembok yang ada...perghhh tapi pengalaman yang menarik dapat tengok Harimau Putih ini makan...ada sesiapa berani masuk ke dalam sangkar ini?...i dont think so....



Ada juga hidupan marin yang di pamerkan seperti ikan toman ini..ikan toman ni boleh di dapati di kawasan paya , parit atau bekas lombong dan ianya amat ganas..tapi ramai pemancing suka dengan ikan ni..boleh layan tarik la..hehehe...Mat Salleh panggil ikan ini dengan nama Snake Head ( Ikan Kepala Ular)



Itulah pengalaman yang menarik Adi lalui semasa berada di Zoo Kebangsaan Singapura..memang berbaloi dan menarik sekali kunjungan ini...Sayang nya ada beberapa haiwan lagi yang Adi tak sempat kunjungi sebab dah lewat petang..tapi tak pela...Mungkin Adi akan datang lagi kalau ada kesempatan sebab Adi memang suka tengok haiwan ini...so kalau korang datang Singapore boleh la datang ke Zoo ini yer....sekurang kurang nya Adi anggap ini adalah sumbangan yang kecil untuk haiwan haiwan ini yang kebanyakkannnya di ambang kepupusan..bersama lah kita sayangi bumi ini!!! Peace!!
SELASA 29 April 2008
Hari ni hari terakhir Adi di Singapura..semalam dah seharian berada di Zoo..maka hari ni sebelah pagi Adi cuma shopping last minute kat Orchard Road. Lepas tu terus balik ke hotel dan chek out untuk ke Airport dan balik ke KL.Flight kul 3ptg...Wahh oklah semua orang tahukan bahawa Airport Changi telah di besarkan dengan pembinaan Terminal 3 mereka....ya ampun..memang besar giler...tak caya tengok la gambar-gambar ini...







Haaa, itulah sedikit coretan Adi ketika mengunjungi Singapore. Kalau nak tengok video video yang Adi ambil boleh la pergi ke http://adi.blog.era.fm. InsyaAllah lepas ni Adi akan mengembara lagi kalau di murahkan rezeki..yeahh!! Really enjoyed it!!
5 comments:
yes..singa kn kat ngn jbee.dptla jmpa ngn abng adi..tp 2 dah lame..
kalau nak melawat kat bukittinggi - Sumatera Barat - indonesia, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp./ Fax : + 62 752 32999
email / YM : muhibbahbkt@yahoo.com
Kat Bukittinggi : boleh melawat kat : Lubang Jepun, Sianok Canyon, Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Aur Kuning ( Pusat Borong telekung,songkok,tudung dengan harga murah )
la....
nk ikut gak adi...
u like travelkan...
huhuhu
Owh! Makaseh Adi leh pinjam pengalaman tu, kami nk pegi Singapura gak ni next week... mmg tak penah pegi. Kena pakai map ke ek?
Singapura mmg best. HAHAs.'
Saya berasal dari Singapura.
Post a Comment