
Pernah tak korang duduk dan merenung awan?...hmm...kekadang rasa macam seronok lak berkhayal...."kalau lah aku boleh terbang ke awan itu...."....hahaha..
Kekadang bila tengok awan ni menggambarkan macam perasaan kita jugak...ada kalanya ceria, sedih malah pelbagai rasa lagi...
Sejak dua menjak ni, setiap kali balik kampung, Adi akan jenjalan dengan naik motor EX5 adik, pusing pusing kat kampung dan sawah bendang...
Biasanya time time nak maghrib tu memang cantik suasana dia...redup dan nyaman jer..hahaha
Tak tergambar dengan kata kata untuk menceritakan keindahan ciptaan yang Maha Esa ini...Subhanallah!!!!

