Tuesday, March 23, 2010

Konsert Amal!!


Hai kawan kawan...


Satu konsert amal iaitu Konsert “Kau Di Hatiku” yang membariskan artis-artis terkenal tanahair yang akan memperdengarkan genre masing-masing.

Mereka adalah: Zainal Abidin, dengan genre afro-asianya

Atilia, penyanyi jazz Malaysia

Aizat, penyanyi dan komposer yang berbakat besar

Amy Mastura, ikon pop terkenal

dan Adibah Noor, penghibur

Di samping itu, barisan Artis Jemputan juga akan membuat persembahan spontan atau “jamming” dengan barisan artis utama sepanjang konsert berlangsung.

Mereka yang telah bersetuju adalah: Salamiah Hassan

Bob AF

Betty Banafe

Nurul

Dead Mushroom band

Nizam (artis baru)

Sabhi Saddi (artis baru)

Fazo (komposer/pemuzik baru)

Wiwie Daunah (artis baru)

Adzrin (artis baru)

Idham (artis baru)

Konsert “Kau Di Hatiku” akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 9th & 10th April 2010 (Jumaat dan Sabtu)

Waktu: 7.30malam (pendaftaran), 8.00malam (konsert bermula)

Tempat: Manhattan Ballroom

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Berikut adalah harga tiket dan meja serta pilihan penajaan:

9 April 2010 – Konsert Amal

Tempat duduk ala teater, tiada jamuan makan,

tempat duduk bebas RM50 setiap satu

Snek dan minuman akan dijual oleh pihak hotel di luar dewan.

10 April 2010 – Konsert Malam Gala

Malam Gala berkonsepkan Majlis Makan Malam dengan hidangan ala barat. Setiap meja menempatkan lapan (8) penonton untuk keselesaan menjamu selera serta tontonan.

Baris ke-3 RM300 setiap tempat duduk atau RM2,000 setiap meja

Baris ke-2 RM400 setiap tempat duduk atau RM3,000 setiap meja

Baris Pertama RM500 setiap tempat duduk atau RM4,000 setiap meja

Penajaan tahap Perak RM5,000 setiap meja

(10 meja disediakan)

Penajaan Tahap Emas RM10,000 setiap meja

(5 meja disediakan)

Penajaan Tahap Platinum RM15,000 setiap meja

(2 meja disediakan)

Di antara penerima sumbangan yang telah dikenalpasti adalah mereka yang terlibat dalam bidang seni, termasuk pekerja produksi, wartawan dan golongan yang memerlukan.

Mereka adalah: Pelakon, M Rajoli

Penyanyi, Zaiton Sameon

Pengurus Busana, Shahrom

Pelakon, Ida Nerina

Pelakon, Azean Irdawati

Penulis/Komposer, Seri Bayu

Wartawan, Karim Sulaiman

Penyanyi/Komposer Veteran, Tan Sri SM Salim

Pelakon Veteran, Neng Yatimah

Pelakon Veteran, S Shamsuddin

Pelawak Veteran, Yahya Sulong

Tabung Bersamamu TV3

Kami akan mengenalpasti lebih ramai lagi penerima sumbangan dengan kerjasama Persatuan Seniman.

Kami juga berhasrat untuk membawa Konsert ini menjelajah ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Sabah dan Singapura.


Yang berminat untuk menyaksikan konsert ini boleh hubungi...


603 4295 6888, 6016 221 0369, 6012 2016977, 6013 523 0369

Fax: 603 4280 6977, 603 4295 6222

Email: adibah_noor@yahoo.com Website: www.adibah-noor.com


6 comments:

Fazo said...

thanks Adi for the add!
datang eh nanti..ajak kengkawan semua...mekasih :D

ADIFASHLA said...

Sama sama, InsyaAllah saya pergi nanti ...:)

Fazo said...

mekasih bro..
p/s : wong kampong waeh :D

Edzlin said...

abang adi pergi?

ADIFASHLA said...

Saya mungkin akan pergi yang 9hb lepas On Air..sebab 10hb saya akan berada di Penang untuk Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang , ingin bersama sama penyu di sana...:)

Fazo said...

Adi...jumpa di saaanaaaaa3x!