Friday, July 16, 2010

Payung Terjun...ada berani?!!!....




12 Jun 2010 SABTU

Hari ni Adi dan Reza pergi ke Slim River perak untuk menyaksikan acara terjunan yang akan di lakukan oleh Boss Tune Talk iaitu Jason Loo yang turut akandi sertai oleh Reza juga. Adi tak dapat buat terjunan di sebabkan ketika mereka buat latihan , Adi terpaksa bertugas di studio. Tapi sebetulnya bila sampai kat Slim River ni , memang teringin sangat nak buat terjunan ni...



Pic: Kapal terbang milik peribadi yang join event hari ni...


Acara ini berlangsung di Bernam River Airfield!! BRA adalah lapangan terbang persendirian yang pertama di Malaysia. Tempat ni memang terletak kat dalam kawasan estet kelapa sawit dan agak jauh masuk ke dalam dari pekan Slim River. Tapi tempat ni memang cantik...

Pic:Helikopter PDRM sedang membuat demo...cool giler!!!

Bila Adi sampai jer...kelihatan deretan kapal kapal terbang milik peribadi berada di sini...memang happening la...suasana cukup santai, seolah olah berkelah jer...Kat sini para pemilik pemilik kapal terbang peribadi bertemu. Bukan sahaja dari Malaysia , tapi ada juga yang datang dari New Zealand pun ada juga semata mata untuk event hari ini...perghhhh

Pic :Tshirt yang di pakai oleh Jason Loo

Actually Jason Loo meramalkan Africa Selatan akan menang 3-0 dalam perlawanan pembukaan, tetapi ramalan dia salah..maka dia kena terjun la...pengalaman pertama utk dia juga.



Pic: Bersama mereka yang turut serta utk terjunan hari ini..(Chif Zabidi 2 dari kiri)


Pic: Jason Loo cuak sebelum membuat terjunan!! Hahaha...

Terjunan ini di ketuai oleh Chif Zabidi daripada Menara Kuala Lumpur, bekas army ....sebelum buat terjunan banyak juga tip-tip yang di berikan kepada kitarang. Chif Zabidi kata , seseorang boleh terjun walaupun hanya menjalani latihan teori sahaj...cuma keberaniaan yang di perlukan, Tapi seelok eloknya buat la latihan dulu...betul tak?...

Pic:Salah satu helikopter yang ada sedang ingin berlepas...

Terjunan perlu di lakukan dari ketinggian paling minimum iaitu 4000 kaki...walaupun rasanya macam tak tinggi.,..tapi actually memang tinggi ooooo.....lompatan pertama akan dilakukan oleh jason Loo dan juga rakannya ...dan lompatan kedua pula akan dilakukan oleh Reza dan Cif Zabidi...

Pic: Inilah helikopter yang kitarang gunakan utk membuat loncatan!!!


Untuk membuat lompatan ini sekali lagi Chif Zabidi menunjukkan cara cara bangaimana nak membuat terjunan dari helikopter....terjunan dari helikopter agak berbeza dengan terjunan dengan menggunakan kapal terbang ...


Pic: Jason Loo di udara!!!

Ketika Jason Loo membuat terjunan, cuaca memang baik sekali, jason pada mulanya agak kecut juga..tetapi dia tekad juga untuk melakukan acara ini...YeahhH!!!
Jason merupakan peserta yang pertama yang akan terjun pada hari ini.Setelah semuan telah siap sedia, maka helikopter pun berlepas untuk Jason Loo membuat terjunannya yang pertama..




Pic: Jason Loo baru nak mendarat!! Laju ooooo....


Setelah sampai ke tahap 4000 kaki, maka Jason Loo pun terjun, sukses!!!...payungnya mengembang dengan baik sekali. Oh yer....untuk terjunan ini....payung terjun akan terbuka secara automatik selepas meninggalkan helikopter...so tak yah nak tarik apa apa.....diarang kena kira dalam 5 saat...sekiranya dalam 5 saat payung tak terbuka atau tak mengembang ...maka mereka terpaksa menggunakan payung kecemasan!!! Yup...itu lah risiko yang perlu dihadapi oleh penerjun penerjun baru ini.....

Jason Loo mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk sampai ke darat kembali....ketika beliau menghampiri tempat mendarat...barulah nampak, memang laju ketika proses turun...40km/jam...nampak menakutkan....menurut Chif Zabidi....proses mendarat adalah proses yang paling berisiko sekali!!! Yup!!! Bila dah tengok sendiri dengan mata kepala sendiri , barulah kita tahu.....boleh mendatangkan cedera...!!


Pic: Dah selamat!!!!Congrate!!!


Jason Loo berjaya mendarat dengan selamat...dan yang menarik sekali dia berjaya mendarat dengan baik sekali ...walaupun agak tersasar beberapa meter daripada "tanda" tempat mendarat!!! Bravoo Jason!!!!.....

Kitarang berlari mendapatkan Jason Loo, dan ketika Adi samapai dan nak ucapkan tahniah kat dia...dia sedang mencium tanah sambil airmatanya mengalir....

"OMG!!! Im still alive!!!.....

Dia di sambut dengan isteri dan anak anaknya sambil dia seolah olah terharu....

Adi: "are u ok bro"???

Jason: "the most lonely moment in my life!!!! Just me n god"!!!

Hahaha.....

Selepas itu giliran Reza dan Chif Zabidi pula untuk membuat terjunan, untuk melakukan terjunan mereka terpaksa melipat dulu payung terjun yang telah digunakan buat terjunan yang pertama tadi...

Pic: Adi jadi co-pilot!!! huhuhuhu...best!!

Oleh itu mereka mengambil masa yang agak lama utk melipat payung terjun itu..hampir 2 jam mereka gunakan untuk melipat kembali 3 payung terjun tadi...bikan satu kerja yang mudah. Di Malaysia ini cuma ada beberapa orang sahaja yang pakar utk melipat payung terjun ini.

Pic: Panel kawalan....simple jer...


Ketika melipat payung terjun, tiba tiba suasana di langit berubah..kalau tadi waktu tengah hari cuaca memang cerah dan panas, tetapi tiba tiba cuaca berubah menjadi mendung. Langit memang hitam pekat dengan mendung yg berat...Tak lama lepas tu hujan pun turun....tiba tiba harapan untuk Reza membuat terjunan sulung ...menjadi gelap...segelap mendung hitam di langit!!

Ketika hujan semakin reda, pilot helikopter bertanyakan kepada kitarang....


Pilot: nak teruskan atau tidak?...saya tak kisah...

Chif Zabidi: Kita teruskan....!!!!





Tanpa berlengah lagi kitarang terus menaiki helikopter yang disediakan...masa nak mula nak terbang tu...pilot berbelah bagi 50-50...samaada nak teruskan atau tidak....memandangkan gerimis masih turun...dan setelah meminta kebenaran menara kawalan....maka pilot bercadang utk mencuba dan mula mengarahkan helikopter menuju ke arah langit!!!

Ketika sampai sahaja 1000 kaki ...tetiba pilot bersuara...

Pilot: Tak boleh ni .....hujan sedang menuju arah kita ni.....saya tak boleh bawak tinggi lagi ni sebab kita pun dah sampai ke awan mendung ni...

Pic: Permandangan dari atas...

Gulpppp!!!! Memang betul pun kata pilot...sebab Adi pun boleh nampak hujan lebat sedang menuju ke arah kitarang ...alamak!!! Chif Zabidi cuma berkata ....terpulang pada pilot untuk menentukan situasi....





Kata pilot lagi...kalau diarang nak terjun juga...silap silap mereka boleh mendarat di tempat lain di sebabkan oleh angin dan juga hujan...amat merbahaya......Si Reza....pulak..cuma terkebil kebil jer....sebab dia nak lompat sangat dah...malah dia nak jadi penerjun yang pertama untuk sesi kedua ni.....hmmmmm...sabor jer la Reza....next time la...




Dengan cepatnya ...pilot terus mengarahkan helikopter utk turun memandangkan hujan lebat semakin hampir...dah helikopter kitarang telah di buka pintunya...kalau hujan masuk...habis la rosak segala peralatan dalam helikopter....


Maka dengan harapan yang makin pudar..kitarang pun selamat mendarat ....selepas itu kitarang duduk jer la...sementara menunggu hujan reda...kot kot mana tahu dapat fly balik....tetapi setelah sejam hujan turun dan tidak reda reda...kitarang membatalkan lompatan kali ini....mungkin ada hikmahnya ....tapi ok juga la....Adi dapat juga sedikit ilmu untuk melakukan terjunan walaupun tidak dapat melakukan buat kali ini!!! Untuk Jason Loo...syabas di ucapkan kerana anda memang berani!!!!! Yeahhhh!!!!

Dalam pukul 6ptg..Adi bergegas pulang ke KL dengan hujan yang agak lebat!!!

P/s: Sesiapa nak buat sukan ni, boleh contact Adi...nanti bagi contact Chif Zabidi.. ...yup!!!

5 comments:

ashe said...

wah..tahniah kat jason lo..hehe..hebat gak dia..
len kali abg adifashla n abg reza plak..xde rezki kot tu..

Ned Gumbilai Tumunda said...

hehehe... gayat.. hahaha

Ned Gumbilai Tumunda said...
This comment has been removed by the author.
edzlin007 said...

fuhhh baca pun dah bayangkan mcm best je. satu hari nanti saya pun nak buat terjunan juga :)

abg adi dan abg reza, next time kamu berdua terjunlah ya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.