Friday, August 20, 2010

Revkan Dunia bola!!!!

SABTU 7 OGOS 2010

Hari ni berlangsungnya acara "Revkan Dunia Bolasepak Anda" bersama Pepsi kat Bukit Kiara Equestrian Arena. Acarani melibatkan penyampai penyampai terpilih dari semua radio di bawah AMP .

Pic: Goodie Bags untuk pengunjung!

Adi bersama Burn mewakili Era berpeluang utk menjayakan permainan bolasepak yang unik ..iaitu 53 pemain lawan 53 pemain. Sempena dengan 53 tahun negara kita merdeka!

Pic: Para pemain berlatih fussball sebelum acara utama bermula!!


Permainan bola sepak kali ini agak berlainan, selain jumlah pemain yang mencecah 106 orang dalam satu pada..para pemain juga telah di ikat dengan tali yang diikat di antara dinding arena ni...dan juga ada 4 biji bola yang perlu di sepak dan perlu di masukkan ke dalam gol pihak lawan....memang unik dan menarik permainan ini.Lebih kurang macam permainan fussball la...tapi ini yang BESARRR punya!!!

Pic: Burn sedang beraksi!!! Nyanyi lagu "Ibu" lagi! hahaha...

Selain daripada tu ada juga konsert yang menampilkan Ferhad, Burn, Amy Mastura, Pop Shuvit dan ramai lagi!

Pic: Penyampai Radio AMP - Me, Anand (THR Raga) , RAM (THR Raga) Burn, dan Adam C (Hitz)

Selain kitarang, ada juga tokoh bola sepak yang datang utk turut serta dan memberikan sokongan , antaranya Dollah Salleh, Santok Singh, dan ramai lagi!!


Pic: Me with Dollah Salleh!!


Pic: Me and Amy Mastura satu team la!!! Huarghhh!!!


Perlawanan bermula jam 530ptg!! Mengambil masa 30minit untuk menyusun pemain dan mengikat mereka pada tali yang tersedia!! Pasukan Pepsi memakai jersey biru, manakala Pasukan Revive memakai jersey putih!! Amy Mastura pun main sekali dan dia sama team dengan Adi...hehehe...kelakar lah Amy ni...

Pic: Menyusun pemain-pemain!!

4 bola digunakan dalam perlawanan hari ini. separuh masa pertama berlangsung dalam jangka masa 20 minit! Rasa mcm sekejap jer...tapi bila main...perghh rasa lama gak la...terutama nak tunggu bola sampai kat kita...suasana memang gamat la....sebab semua memanggil bola...hahaha...Adi duduk bahagian tengah ..so tak boleh la nak shoot!! passing bola jer la...

Pic: Dah kena ikat!!!Cuma boleh bergerak sepanjang tali tu jer la...



Separuh masa pertama , Team Adi telah mendahului team Burn, dengan jumlah mata
PEPSI 23 - 19 REVIVE....lepas tu kitarang lepak jap dalam 10 minit....pastu kitarang sambung balik ...sampai lah team Adi memenangi perlawanan ini dengan mata .....


Dengan kemenangan team Adi ini, wang sebanyak RM10 000 telah diserahkan kepada Persatuan Kanser Malaysia. Kitarang pun dapat pingat!!!

Pic: Amy Mastura n me..kitarang tayang pingat yang kitarang menangi!!! Emas tu!!! hahaha

3 comments:

armouris said...

info tentang bola sepak di SIHAT SELALU - Kecederaan di Padang Bola Sepak

edzlin007 said...

Tahniah!!! menarik gak game ni. patut buat selalu

terapi said...

Orang jenius, Orang pintar, orang hebat dan seterusnya tanpa di dasari dengan taqwa pada Alloh ya percuma Bos ... !!!