Tuesday, January 25, 2011

Rakaman Four Four Two

Selasa 18 Jan 2011

Pagi ni Jay Menon call Adi ajak Adi untuk muncul dalam rancangan kendaliannya di Astro Supersport iaitu "FourFourTwo", secara tiba tiba la pulak...sebab dia memang dah ajak banyak kali...tapi selalu tak dapat buat...so hari ni agak free, so buat la juagk!!...Ingatkan Adi seorang jer, rupanya ada tetamu yg lain...hahahaha... memang gamatla sebab menampilkan celebriti yang menyokong pasukan bola masing masing...antara yang terlibat pada hari ini ialah Faizal Tahir(penyokong Liverpool), Jamal Jamaluddin (MU) dan Adi sebagai penyokong tegar Arsenal....Faizal Tahir siap nyanyi lagu Liverpool lagi...You Always Walk Alone.....ehhh...silap lak...You Never Walk Alone....ehh...yer ker ?..betul ker tajuk nya?..:P....kalau korang tertengok...jgn komplen yer...hahahaha....Chill!!




Petikan Mstar Online berkenaan HERO MALAYA


PETALING JAYA: Pengacara Aznil Nawawi bersama lebih 20 selebriti tanah air yang menggelar diri sebagai Hero Malaya akan mengadakan aktiviti amal pertama mereka pada Jumaat ini di pasar raya Carrefour Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut Aznil, aktiviti amal tersebut bertujuan membuat kutipan derma yang akan disalurkan ke sebuah badan kebajikan yang dipilih.

“Aktiviti ini yang pertama kami lakukan selepas kumpulan Hero Malaya ini ditubuhkan. Pada asalnya ia sekadar mahu berkongsi pandangan dan pendapat sehinggalah timbul idea membuat kutipan amal ini.

“Selepas saya usulkan ia disambut baik oleh semua ahli yang ada sehinggalah menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh masa yang singkat ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kumpulan yang ditubuhkan pada awal Januari lalu melalui laman sembang maya, Blackberry Massenger (BBM) ini akan bekerja sebagai petugas pasar raya Carrefour dan hasil pendapatan mereka nanti akan diserahkan terus ke badan kebajikan tersebut.

“Mulai pukul 3 petang pada Jumaat ini, 20 Hero Malaya akan bekerja melayan pelanggan Carrefour. Kami bekerja secara berkumpulan di beberapa bahagian pasar raya, termasuk bahagian kaunter pembayaran.

“Manakala orang ramai yang datang untuk memberi sokongan boleh menyumbang dengan membeli barangan yang kami sediakan,” ujarnya yang mendapat tajaan penuh dari Carrefour.

Tambah Aznil, misi utama Hero Malaya yang ditubuhkan ini adalah sebagai kumpulan selebriti yang aktif untuk kegiatan kebajikan.

Malah menurutnya jika ia mendapat lebih banyak sokongan ia mungkin didaftarkan sebagai sebuah persatuan atau badan bukan kerajaan.

“Saya memang berazam untuk banyak buat kebajikan tahun ini, namun jika untuk melakukannya seorang diri mungkin sukar. Alhamdulillah ia mendapat sambutan dari selebriti lain.

“Saya mendapat maklum balas yang agak memberangsangkan sehinggakan ada peminat yang turut ingin sertai kami, kalau sokongan berterusan kami akan berusaha untuk mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan kebajikan atau Badan Bukan Kerajaan,” katanya.

Pic: Poskad yang anda boleh miliki.

Antara selebriti yang terlibat ialah Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adi Fashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.


P/s : Kawan kawan dijemput datang untuk memeriahkan majlis ok!! Pada 28 Jan 2011 mulai jam 3ptg sampai 8mlm. :)







Thursday, January 20, 2011

Jalan jalan Hari Cuti!! Bermalas malasan!!

Khamis 20 Jan 2011

Yahooo..hari ni cuti umum! Adi memang jarang cuti bila cuti umum ni, apa lagi kesempatan yang ada ni , kita gunakan dengan sebaiknya la....iaitu...merayap la apa lagi. Hehehe... Takde la kemana mana, cuma manjakan diri kat MidValley la,

Pic: Tengah menahan geli!

Mula mula tengok wayang cerita "Season of The Witch" lakonan Nicolas Cage! Ok ok jer la citer ni...nasib baik tak bosan. Tengok wayang sampai pukul 2ptg! Pastu pergi makan la, perut dah bergendang dari dalam cinema tadi...dung dang..dung dang!!Haha..

Lepas makan kat Little Penang , Adi jalan jalan cuci mata la...sekali ternampak ada offer yang agak menarik kat Kenko (Pusat Spa Ikan), macam menarik lak sebab dia tawarkan RM67 utk 30minit Spa Ikan, 30minit Reflexology dan juga 10minit urut bahu! Haaaa..apa lagi Adi pun cuba la , sebab tak pernah cuba spa ikan ni, teringin nak rasa la...

Adi daftar kat Kenko ni dan terus disuruh basuh kaki dengan cecair khas dan air.. sebelum masukkan kaki ke dalam kolam ikan tu...agaknya kalau kaki tu tak di basuh , ikan pun akan timbul nanti...hahhaa...koma..!! Semasa Adi masuk ada seorang budak perempuan sedang lepak menikmati spa ikan....wahh dia layan ikan yang besar besar la...Adi tak berani la..so cuba dalam kolam yang ada ikan kecil jer..Ikan tu dinamakan "Garra Rufa" !!

Pic: Sedapnya kaki ni - Garra Rufa

Celup jer kaki dalam kolam, terus kena serbu dengan ikan ikan Garra Rufa ni...geli dowhhh!!!
Terus Adi angkat kaki naik ke atas balik, memang geli!! Malah Adi ketawa agak kuat , sampai org lain pun tengok kat Adi, sebab memang geli giler....selama 5 minit berlalu , Adi masih gelak dan juga cuba menahan geli...hahhaa...akhirnya berjaya juga! hahaha.....ikan ikan itu terus mengerumuni kaki Adi....sedap agaknya?...hahaha..makin lama makin ramai pulak pelanggan yang menyertai Adi, mungkin diarang seronok tengok kaki Adi kena kerumun ikan ikan ni. Hahaha

Lepas fish spa, Adi terus buat foot reflexology, uniknya kat Kenko ni, dia tak pakai minyak, tapi diarang menggunakan serbuk seperti bedak ketika membuat urutan reflexology...memang terbaik la....lega rasanya bila kaki ni diurut!! Tukang urut dia memang teliti bila memicit tapak kaki Adi...lega!

Selepas habis sesi di Kenko, Adi jalan jalan lagi, tengok tengok barang yang menarik hati di MV ni...haha..sempena tahun baru Cina ni ada la pameran dan jualan yang diadakan di ruang legar tengan MidValley, pastu Adi nampak seorang chef tengah membuat demo membuat makanan ni..memang ramai yang sedang tengok...Adi pun beli la makanan tersebut..macam menarik! Nama makanan ini ialah...."Gula gula janggut naga"...hahaha...rasanya....macam biskut kacang la....but then yang ini dalam bentuk gula gula lembut! Sedap weii.. 6 ketul = RM10! berbaloi beli ! Sedap!!! Nanti nak makan lagi la!! Hehehe

Pic: Ambil seketul dan terus ngap!! Tak boleh gigit sikit sikit, nanti isinya berterabur!


Pic: Sedap weiii!!!

Dah penat berjalan jalan, masa nak balik ke kereta, ternampak la pulak restoren baru kat bawah MidValley ni, iaitu Ireland's Potato. macam best jer...so Adi cubalah , Ada banyak set, tapi Adi cuba satu set yang mengandungi sotong goreng , air minuman (teh hijau) dan juga kentang goreng dengan mayonis = RM15! Mahal lasikit, tapi memang sedap!!! Jadi kalau korang suka makan kentang, mungkin boleh cuba la kat Ireland's Potato ni...yum yum!! Itulah citer jalan jalan Adi di hari cuti umum!! Makan jer kerjanya!! Hahaha...

Pic: Ohhh so nice!! Potato + Mayonis = awesome!!!






Monday, January 10, 2011

Sesi bertemu Pemain bolasepak Skuad Harimau Malaya



Sabtu 9 Jan 2011

Selepas pergi ke rumah salah seorang pendengar ERA iaitu Kak Lela yang masak mee jawa power!! sempena hari jadi anaknya di Klang!

Pic: Ramai dah menanti , Ultras malaya

Terus Adi bergerak ke One Utama untuk bertemu dengan Skuad Harimau Malaya! Setelah hampir seminggu mereka menjuarai Piala AFF , akhirnya Nike Malaysia membawakan pasukan kebangsaan ini untuk bertemu dengan peminat peminat secara ekslusif! Acara berlangsung di The Padang, bumbung One Utama.

Para peminat terutama Ultras Malaya telah menanti sejak pukul 2ptg lagi , mereka bernyanyi sambil menari sambil menantikan pasukan Malaysia tiba.

Pic: Adi dan Fadd dengan jersi Malaysia (Home and Away)

Sempat juga Adi berjumpa dengan kawan Adi iaitu Fadd yang menggegarkan Gelora Bung Karno kerana dia seorang saja penyokong yang sangup mengibarkan Jalur Gemilang! Tapi dikalangan penyokong penyokong Malaysia dia di kenali sebagai Rambo...hahaha..ko dah tukar nama jadi Rambo lak yer Fadd!! Rambo pun Rambo la..janji layan bola!!

Pic: Beratur lurus lurus yer!! Diarang dah datang!! Jangan tackle lak..


Pic: Sorak lagi!!!

Bila pasukan Malaysia hampir tiba, para Ultras telah beratur untuk mengalu alukan kehadiran pemain pemain Malaysia. Semua excited menantikan kehadiran mereka sambil terus bernyanyi !!

Pic: Safee Sali keluar dari Alphad

Pic: Fahmi dan Safee

Pasukan Harimau Malaya tiba dengan menggunakan 7 buah MPV Alphad yang disewa khas oleh pihak Nike! Ketibaan yang stylo!! Safee Sali tiba dengan Khairul Fahmi dan diikuti oleh rakan rakan pasukan yang lain!

Pic: Sambutan yang meriah!

Pic: Dalam OU pun diarang nyanyi jugak! Gamat jadinya!

Kemudian pasukan Harimau Malaya telah diarak di dalam One Utama untuk pergi ke bumbung One Utama utk upacara bertemu peminat!

Pic: Skuad harimau Malaya berehat sebentar sebelum menemui peminat!

Lebih kurang 200 orang peminat dapat bertemu secara eklusif dengan pasukan Harimau Malaya. Malah kapten Safik, Amri Yahya dan Safee Sali baru jer sampai dari Perth Australia menjalani latinan Pra musim Selangor kat sana...

Adi: Bila sampai? bukan hari ni last kat Perth ke?

Safee Sali: Baru jer sampai pukul 9pagi tadi! Ngantuk giler ni!! Hahaha

Adi: Okla tu! Kat sana menang tak?

Safee Sali: Menang sekali, seri sekali, kalah sekali...

Adi: Complete!!

Safee Sali: Hahahaha...

Pic: Org kampung - Me with Amri Yahya

Pastu Adi tegur orang kampung Adi la..siapa lagi kalau bukan Amri Yahya!! Hehehe...kitarang apa lagi ngomong jowo la....hahaha...korang tak paham punyer...

Adi: Kepiye kang?

Amri Yahya : Khesel ki lo!!

Hahaha...kan korang tak paham...hahaha...dia kata dia kepenatan! Adi berpeluang beramah dengan pasukan Harimau Malaya agak lama jugak la, malah Adi seronok kerana mereka juga mengenali Adi ! Hahaha...(rasa poyo jap) !! Yer la Adi bukan sapa sapa dalam dunia sukan ni! Cuma peminat sukan biasa saja macam korang jugak!! macam peminat meminati artis, sama macam Adi meminati sukan! Hehehe..


Pic: Bergambar bersama Skuad HM dan juga Joe Too Phat


Pic: Sama penjaring terbanyak Piala AFF 2010!


Pic: Jurulatih paling cool iaitu Mr Rajagopal!!!


Pic: Pasukan pilihan Nike bersalaman dengan idola mereka!!


Pic: Cuba cari..di mana Adi?!! :P


Pic: Adi bersama Piala AFF!! Fuhh berat ooo...bila nak pegang World Cup lak ni?!


Pic: Sama Fahmi dan Amirul!!


Selepas itu, pasukan Harimau Malaya menyarungkan jersi untuk acara perlawanan futsal pertunjukan menampilkan Pilihan Nike menentang Skuad Harimau Malaya. Perlawanan ini juga menampilkan Jurulatih pasukan HM iaitu K.Rajagopal beraksi bersama sama. cukup sporting! Hahaha...Alangkah seronoknya kalau Adi dapat turut serta..tapi memang tak dapat la, sebab kaki Adi pun masih lagi sakit!! :(

Pic: Bergambar sebelum perlawanan.


Pic: Coach pun nak join jugak! Hahaha


Pic: Sesi sidang akhbar

Selepas perlawanan pertunjukkan itu, telah diadakan sidang akhbar dan mendengar cerita cerita daripada pemain Malaysia . Yang menarik nya pengacara pada petang ini telah menjemput Fadd a.k.a Rambo untuk menceritakan kepada hadirin tentang pengalamannya ketika berkunjung ke Gelora Bung Karno tempoh hari!

Pic: Fadd sedang ditemuramah!!

Pic: Hafizal (RTM) sedang menemuramah Safee Sali



Pic: Antara peminat yang terawal beratur utk mendapatkan tandatangan pemain!










Begitulah hebatnya smbutan penyokong penyokong Malaysia untuk Skuad Harimau Malaya kita, semoga sokongan ini akan berterusan sampai bila bila, bukan setakat dikala menang...tapi dikala apa apa sekali pun! InsyaAllah kita boleh mengejar status seperti Jepun dan Korea Selatan yang suatu masa dulu setaraf dengan kita!!!









Sedapnya mee jawa Kak Lela ni!!! World Class...huhu

Ahad 9 Jan 2011

Tengah hari ni Adi pergi jemputan majlis hari jadi salah seorang pendengar setia Era kat Klang iaitu rumah Kak Lela, Kak Lela selalu datang ke acara yang di anjurkan oleh Era FM.

Pic: Tersipu sipu tambah kali ke-2!! Hehehe..:P


Dah lama gak Adi kenal Kak Lela, terutama sekali terkenal dengan mee jawanya yang memang "world class"....hahaha...tak tahu nak cakap macam mana sedapnya..memang best la...apa apa pun terima kasih Kak Lela...siap tapow kan mee jawa utk Adi lagi!! Hehehehe...:) Kenyang la aku!!!!

Pic: Dengan Kak Lela Mee Jawa!! Hehehe...

Lebih kurang sejam juga Adi berada di rumah kak Lela, sempat juga berkenalan dengan kawan Kak Lela yang juga isteri kepada pemain bolasepak Kelantan iaitu Khalid Jamlus. Selepas itu Adi bergegas ke One Utama Damansara untuk bertemu dengan Skuad Harimau Malaya!!!

Kaki sakit....

Isnin 10 Jan 2011

Menjelang tahun baru lalu , kaki sebelah kiri Adi agak sakit. Sebabnya sebelah malam Adi main badminton terlalu banyak sangat , sampai rumah tak rasa sakit sangat, tapi bila bangun pagi jer..alamak...rasa macam tak boleh berdiri pulak...terlalu sakit kat tapak kaki....Adi biarkan jer pada mulanya...pergi kerja pun terdengkot dengkot!!...hari demi hari tapi makin lama makin sakit pulak. Mahu tak mahu terpaksalah pergi klinik..Tapi bukan Klinik biasa, sebaliknya Adi telah pergi ke Klinik Sukan di Setapak. Actually klinik ini lebih kepada urutan untuk kecederaan disebabkan oleh bersukan , kemalangan dan lain lain la.. Adi terperasan klinik sebab ada ternampak hari tu dan juga ada kawan yang mencadangkan untuk mendapatkan rawatan kat sini.

1st time Adi pergi, petugas klinik tu cuma urut kaki Adi dalam 5 minit sahaja dan meletakkan ubat herba pada kaki Adi dan dibalut dengan pembalut kaki. Adi terus memakai ubat herba ini selama 12 jam sebelum boleh di buka. Baunya memang agak kuat , tapi cukup mujarab ! Bila ADi bangun pagi keesokkan paginya, kesakitan kaki Adi hampir hilang keseluruhannya...wahhh!!! Setelah 2 hari berlalu, malam ni ADi berkunjung ke Klinik Sukan ni semula, dan malam ni pun kaki Adi di balut semula, sebab ada urat yang masih tak lembut lagi...hahaha....apa pun hopefully lepas ni kaki Adi ok balik la.....dan sekarang ni terpaksalah berpuasa dari futsal dan badminton dalam sebulan ni......aisyehhhh!! Nak buat cam mana?!! Sabor jer la!!