Friday, December 30, 2011

Konsert Jelajah Desa DigiLive Di Tanjung Karang.



Pic: Me with Zizan

SABTU 10 DEC 2011


Kali twerakhir Adi berdiri dan menyanyi di Dewan Dato Hormat , Tg Karang ini ialah pada tahun 1984! Ketika itu Adi dlm pra sekolah ataupun Tabika Tg Karang..dan Adi membuat persembahan dengan menyanyikan lagu "Kain Pelikat " dengan memakai pakaian bomba untuk pertandingan pakaian beragam...Actually itulah saatnya pertama kali Adi buat persembahan solo.....err....siap lupa lirik pulak tu.....hahaha.....kenangan la!!



Pic: Me with Lisa Surihani..

2011...Adi dapat peluang untuk beraksi sekali lagi di pentas Dewan Dato Hormat Tg Karang ini...bukan menyanyi...tapi jadi hos Konsert Jelajah Desa Digi....yeahhh






Pic: Me with Amir Jahari

Memang ramai sekali artis artis ternama turun untuk bertemu dengan peminat di Tg Karang.  Ada Zizan Raja Lawak, Dina Nadzir, Liza Surihani , adik Mia Sara, Zain Ruffedge, Altimet , Aizat Amdan, Amir Jahari dan juga 6ixth Sense.


Macam biasa konsert bermula jam 9mlm ...kalau ikutkan apa yang Adi dah agak..lokasi di Tg Karang agak kurang jumlah penonton berbanding dengan lokasi yang lain, namun kami tetap memberikan yang terbaik untuk penonton.




Pic: Me with Lisa, Zain Ruffedge, and Dina

Satu pengalaman baru yang Adi dapat di sini bila mengendalikan satu segment bersama dengan Adik Mia Sara dan juga Lisa Surihani....kitarang buat segmen bagi orang nangis....Adik Mia  Sara memang betul betul mennagis..cukup profesional...perghhh bukan senang nak buat adegan nangis wei....lepas tu beberapa peserta dari Tg Karang pun berjaya juga menangis sampai terpaksa di tenteramkan oleh Lisa Surihani...hehehe...nasib baik pompuan...hehehe


Pic: Me with Alan Thoo and Aizat...

Selepas habis konsert kitarang pun bergambar sakan..kalau ikutkan ini adalah yang terakhir untuk Jelajah Desa DIGI ni....InsyaAllah kalau ada rezeki..kita boleh buat lagi...huhuhu...lepas konsert, kitarang menikmati mee udang banjir kat Kuala Selangor...sampai kat rumah dekat pukul 3 pg..la lal ala laaaa..

Ira ERA Kahwin..

 


AHAD 11 DEC 2011


Adi kena jadi pengacara untuk majlis perkahwinan kawan kerja Adi yang juga penyampai radio ERA iaitu Ira Mohd Amin . Majlis berlangsung di sebuah dewan di Ulu Kelang. Ira berkahwin dengan Shazril ..dan mereka berkenalan sejak zaman sekolah lagi...malah dia pernah clash dengan Shazril selama 2-3 tahun....mungkin sebab jodoh....akhirnya mereka bersatu juga di jinjang pelamin....sweet bunyinya kan...korang layanlah video pasal diarang kat bawah ni...video ni memang cute la...




Pic: Me with Fara Fauzana..

Adi berpasangan dengan Farah Fauzana menjadi emcee majlis perkahwinan ini dan kami sepakat memakai baju serba putih. Actually Fara dah buat rehearsal semalam...tapi memandangkan Adi ada konsert Jelajah Desa Digi kat Tg Karang, so tak dapatlah datang rehearsal..Nasib baik Faraa baik hati tolong bgtahu apa yang perlu dilakukan ketika majlis sedang berlangsung...such a pro!! Tq Fafau!! :)



Majlis ni boleh dikatakan simple tapi cute!! yeah ! Yang bestnya ayahanda Ira telah menyediakan banyak pantun dan skrip yang tersedia..memudahkan kerja Adi dan Farah...hehhee...tq Uncle!!  Ramai yang memuji majlis perkahwinan Ira ni  (kembang hidung dia kalau dia baca blog ni) hehehe....Sayangnya cuma Adi seorang jer penyampai Era yang hadir untuk majlis resepsi hari ni..penyampai yang lain berada di luar KL sebab ada komitmen yang telah dipersetujui lebih awal...



Tapi kawan kawan sekerja yang lain memang ramai yang datang...hehehe..best!! Apa apa pun tahniah kat Ira dan Shazril...semoga kekal ke akhir hayat korang ok!! Cute couple!!!




Pic: Bergambar beramai ramai dengan kengkawan rapat!







P/s: aku?........hmmmm

Monday, December 26, 2011

Meraikan kerjayaan Skuad Harimau Muda

Pic dr kiri:  Asraruddin, Gurusamy, Baddrol, me, Fakri, Muslim dan Irfan


SELASA 6 DEC 2011


Adi telah di jemput oelh pihak NIKE Malaysia untuk jadi pengacara di majlis beramah mesra bersama pemain pemain bolasepak Harimau Muda yang telah memenangi pingat emas Sukan SEA yang lalu. 




Oic: Fakri , Irfan dengan Muslim melepak belakang pentas selepas majlis habis..Muslim sempat shopping lagi. haha

Antara yang hadir pada petang ini adalah  K.Gurusamy, Asrarruddin Omar, Irfan Fazail, Muslim Ahmad, Fakri Saarani, Nazmi Faiz adanjuga kapetn Harimau Muda iaitu Baddrol Bakhtiar . 




Acara ni berlangsung kat kedai sukan Al- Ikhsan di Festival Mall  di Setapak KL . Acara bermula jam 12 tgh hari dengan ketibaan para pemain pemain tersebut. 




Banyak soalan yang Adi tanyakan berkenaan dengan pengalaman mereka di Sukan Sea Jakarta, bagaimana mereka terpaksa menghadapi provokasi penyokong Indonesia dan juga perlawanan yang mereka hadapi di sana dan juga disebalik tabir yang berlaku.


Pic: Pingat emas yang dimenangi....hmmm mcm mainan pulak..hehehe

Antara yang menarik ialah Baddrol menceritakan bahawa dia sememangnya agak takut melihat provokasi penyokong penyokong Indonesia, samapai bas yang mereka naiki di goyang goyangkan oleh penyokong Indonesia... dan juga pengalaman menaiki Barracuda (Kereta Perisai) . Gurusamy pulak dia ada tabiat yang pelik, sebelum masuk padang dia akan dengar lagu dan menari...hehehe...Muslim Ahmad pulak suka makan spageti sebelum perlawanan....yeahh....


Antara yang menjadi tumpuan hari ni ialah pemain muda berusia 17thn , Nazmi Faiz. Orang nya pemalu tetapi Adi gelarkan dia sebagai "Samir Nasri Malaysia"..hehehe....gaya permainan dia hampir sama...:) Ada potensi pemain muda ni..


Pic: Pakaian milik Gurusamy 


Selepas sesi soal jawab , turut diadakan sesi tandatangan bersama peminat yang hadir pada hari ini...mereka yang datang ini adalah hasil jemputan pihak NIKE Malaysia sendiri. 


Pic: Kit kit milik Baddrol Bakhtiar yang dipakaidi Final Bolasepak Sukan Sea

Turut dipamerkan di majlis hari ini ialah kit kit yang digunakan oleh Gurusamy, Muslim Ahmad dan juga Baddrol Bakhtiar. Ini adaah pakaian pakaian yang mereka pakai semasa Sukan SEA berlangsung.





Pic: Kasut bola dan bola yang disepak ketika penalti terakhir yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar yg membolehkan Malaysia menang pingat emas Sukan SEA.

Monday, December 19, 2011

Abah dan mak Balik Haji......


Pic: Abah dan mak gembira dapat jumpa cucu dan anak anak :)

ISNIN 28 NOV 2011


Jam 1:30 pagi


Akhirnya setelah berada di Tanah Suci selama 48 hari, Mak dan Abah selamat kembali ke tanah air. Kapal terbang mendarat jam 12:45pagi ...Walaupun penerbangan terlambat 1 jam ...tapi ianya berbaloi bila dapat tengok mak dan abah berjalan keluar dari bilik ketibaan.....


Pic: Aulia terlalu rindu dengan embah edoknya sampai tak nak berenggang..hehehe

Aulia yang duduk kat pagar yang ada terus menjerit "embahhh edoookkk" (panggilan untuk neneknya) bila ternampak neneknya...hahaha..terus dia melompat dan mendakapneneknya. Abah pulak sempat menyambar Adam..hahaha..Abid, Akil dah Fiqah semuanya dah tidur dah...hahaha..seronok nampaknya mereka bila dapat jumpa cucu cucu kesayangan...hahaha



mak nampak sihat, cuma abah yang nampak kurus sikit dan batuk .Tapi tetap tersenyum dan seronok bertemu kembali dengan keluarga...Aulia memang tak nak berenggang dengan neneknya..hahhaa...Abah kata dia lapar..so kitarang pergi makan dulu kat KFC kat KLIA  walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul 2 pagi  ..So kitarang anak beranak makan lagi la , walaupun masih kekenyangan makan seafood sebelum ni tadi..hahhaa

Pic: mak menjenguk cucu cucu yang sedang tidur...:)



Dalam hampir pukul 3 pagi kami pun bertolak dari KLIA menuju Tg Karang.. nasib baik Adi tak ngantuk sangat sebab semalam dah tidur puas puas...Aulia memang tak berenggang dengan neneknya....dia pun nak duduk sama kereta dengan neneknya jugak..hahaha...dalam perjalanan balik ke Tg Karang dia asyik berborak dengan embah edoknya ...membebel...hahaha....sampai kat Kuala Selangor baru dia terlelap...hahaha...rindu nenek punya pasal...




Pic: Bergambar kenangan..keluarga Pak Juraimi :)





Alhamdulillah sampai ke rumah dalam pukul 4 lebih , sampai kat rumah nenek dan makcik Adi sedia menanti ...diarang tidur kat rumah Adi....tapi kitarang tak tidur lagi ...berborak sampailah lepas subuh baru Adi tidur.....mak dan abah terus berjaga...katanya sebab masih biasa dengan timing Arab Saudi...hehehe....welcome back mak dan abah!!! Alhamdulillah semuanya selamat :)


Pic: Tgh tunggu foods

Ahad 27 Nov 2011


Sebelum ke KLIA untuk mengambil mak dan abah yang nak balik dari Tanah Suci...Adi dah plan dengan adik beradik Adi yang lain untuk makan seafoods kat Pelabuhan Klang. Sudah bertahun tahun lamanya dok plan nak pergi ke restoren Seafoods kegemaran Adi kat sini....baru hari ni dapat datang ...:)


Pic: Foods dah sampai..serannnggg!!

Hujan memang turun dengan lebat sekali petang ni,namun tak membantutkan misi kitarang untuk makan bersama hari ni.  Adik adik bertolak dari Tg Karang , manakala Adi lak bertolak dari rumah kat KL dengan Adik Adi yang duduk kat Kajang....sempat juga singgah kat Jusco Bukit Tinggi Klang ..shopping untuk anak buah Adi yang terbaru..Afiqah..huhuhu..





Lepas maghrib adik adik Adi yang lain dah sampai dulu dah...jadi Adi suruh diarang orderkan dulu...yang wajib semestinya ketam lah! hahaha. Menu lain ialah ikan siakap 3 rasa , kerapu masak cili, sotong goreng, udang lipan masak cili kering dan udang goreng, tumis kailan, meehon lala....perghhh alhamdulillah memang meriah 


Pic: Ketam ni lah yang paling menggoda...:)

Memang seronok bila dapat makan beramai ramai dengan keluarga sendiri. Kalau ada mak dan abah lagi best! hahah terutama abah yang suka dengan ikan 3 rasa...perghhh...next time bawak mak dan abah sekali la..:)


actually restoren ni dulu kawan Adi yang perkenalkan...dekat 10 tahun juga jadi pelanggan restoren ni..:)


Kitarang habis makan dalam hampir pukul 10malam ...memang sesuai untuk berkonvoi ke KLIA untuk mengambil abah dan mak yang ikut jadualnya akan sampai jam 11 malam. Bertolak dengan perut yang penuh dan kenyang..alhamdulillah..:)