Tuesday, July 24, 2012

Interview Maher Zain



 Sabtu 7 April 2012


Jarang kena datang studio masa weekend untuk interview artis, tapi kali ni kena la buat interview dengan Maher Zain . Maher Zain datang ke Malaysia mempromosikan album terbaru dia MAHER ZAIN : Forgive Me. Dia datang kat Astro dalam pukul 11 pagi. Masa jemput dia kat kafe Astro tu , dia tgh check email dia dan FB dia .






Orangnya ramah dan sangat bersopan santun. Setiap soalan yang ditanya , sebaik baiknya dia akan fikir dulu , sebab katanya dia takut memberikan jawapan yang salah dan akan menyebabkan peminatnya keliru. Kalau dia rasa soalan tu agak kurang selesa , dia akan menanyakan kepada pengurusnya samada solan itu boleh di jawap atau tidak..


Maher Zain memang takkan jawab soalan soalan kontroversi atau pun gosip gosip berkenaan dirinya.Malah dia tak suka bila orang bertanyakan hukum hakam agama..... Yup! Maklumlah dia kan kira mcm artis nasyid jugak la...so dia lebih suka cerita pasal mesej mesej yang nak di sampaikan menerusi album terbarunya ini. 


Maher Zain tak suka bolasepak katanya, sebab dia kaki bangku. Sukan yang dia terlibat sebelum ini hanyalah taekwando...seronok jugak interview MZ ni...tergelak gelak jugak di buatnya..




BTW, terima kasih pada Maher Zain yang sudi datang untuk di temubual dalam keadaan santai...:) dan terima kasih atas pemberian album terbaru beliau..:D



2 comments:

Aety Hassan said...

bestnya dapat jumpa international artist ^_^

ADIFASHLA said...

:)