Tuesday, July 24, 2012

Perasmian Anugerah Hijau 2012



Khamis 5 April 2012


Hari ni Adi drive daripada Kuala Lumpur menuju ke Institut Biodiversiti Perhilitan  (IBD), di  Lanchang, Pahang. Dekat 2 jam juga drive dari KL untuk ke sana. Adi ke sana adalah untuk menjadi emcee bagi majlis perlancaran ANUGERAH HIJAU 2012 .



Anugerah Hijau 2012 ini terbuka kepada remaja antara umur 14 tahun hingga 29 tahun. Penyertaan adalah secara individu ataupun berkumpulan (maksimum 3 orang).

Terdapat TIGA kategori iaitu Pembikinan Video Bertema Alam Sekitar (Green Film), Rekabentuk Fesyen Lestari dan Mesra Alam (Green Fashion) dan Seni Bina Lestari  (Green Space) bagi merebut hadiah wang  tunai bernilai RM8000 . 






Majlis ini juga di meriahkan dengan kehadiran Ktua Pengarah Perhilitan iaitu Dato Abd Rasid Samsudin. Selain daripada itu wakil wakil daripada ngo dan juga pelajar pelajar sekolah berhampiran Lanchang dan Kuala Gandah serta  wakil wakil media berkunjung ke sini. 




Pic: Bergambar kenangan dengan tetamu VIP dan juga pelajar sekolah




Selepas makan tengah hari, dengan dihidangkan dengan makanan kampung orang Pahang dan ikan patin masak tempoyak...perghhh ..terus balik ke KL.....memang mencabarlah nak balik KL dengan perut yang kenyang...alhamdulillah..hehehe....pukul 130ptg  Adi  bertolak balik ke KL sebab kena on air pukul 4 ptg di ERA.fm ..hehehe...Terima kasih kepada PERHILITAN yang menjemput Adi memeriahkan majlis hari ni..:D. Nak tahu lagi pasal Anugerah Hijau 2012 ni boleh lah layari  :www.anugerahhijau.my




Pic: Sajer bergambar ala ala majalah sekolah ...fun!! hehe


P/s : Sejak join Perhilitan ni baru kenal "ikan patin masak tempoyak"...yum yum!!

1 comment:

Unknown said...

suka tgk gambar yang last tu....teringat zaman sekolah dulu...