
SABTU 12 Mac 2011
Hari ni merupakan hari untuk konsert Hore Hore Aznil yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa (TTT) . Konsert di jangka bermula pada jam 845mlm. Tapi jam 4 ptg Adi dah sampai kat TTT ni untuk membuat siaran luar untuk ERA FM!
Pak Nil lak telah muncul dalam jam 430ptg untuk sesi soundcheck kali terakhir sebelum konsert bermula. Hujan baru jer habis turun menyebabkan keadaan basah sedikit. Takde lah teruk mana...
Inilah kali pertama Pak Nil melakukan konsertnya sendiri...mana pernah seorang pengacara membuat konsert untuk diri sendiri dan juga menyanyi sekali. Satu tugas yang berat dan memerlukan latihan yang banyak, sebab kalau buat konsert, kita perlukan energy yang banyak...!!!
Pukul 6 ptg barulah peminat peminat Pak Nil datang berduyun duyun , kebanyakkannya adalah keluarga yang bersama sama anak anak mereka..memang ramai giler bila diarang dah beratur untuk masuk ke kawasan konsert!
Oh yer dalam kawasan sekitar konsert, ada juga gerai gerai yang menjual pelbagai barangan. Ada juga khidmat mengurut disediakan. Adi dan Dina sempat juga mengurut kepala dan bahu kitarang bila kitarang jalan jalan kat sekitar gerai yang ada di sini.Lega sikit bila diurut oleh tukang urut buta dari KL ni.
Lepas berurut, Adi dan Dina mencuba pula untuk bermain paintball...hehehe..1st time menembak dengan paintball gun ni..syok pulak rasanya! No wonder la budak budak Skuad Era kebanyakkanya bermain sukan ni.
Pukul 7 mlm Pak Nil sudah memberikan penerangan terakhir sebelum konsert berlangsung. Penerangan ini akan mengingatkan kembali utk krew krew apa yang perlu di lakukan sepanjang konsert nanti. Adi pulak cuma akan naik ke atas pentas untuk menyampaikan cek untuk projek HERO MALAYA.
Seperti yang dijadualkan , konsert bermula jam 845malam dengan paknil muncul dengan lagu "Hore Hore"!! Peminat memang dah ramai, masing masing dah duduk kat tempat yang disediakan.

Pak Nil muncul dengan baju hitam dan seluar hitam serta stoking kilat kilat ala ala Micheal jackson...hehehe..selepas itu Pak Nil juga turut berduet dengan artis artis undangan seperti...
Azlan and The Typewriter...di mana Pak Nil telah berduet dengan Azlan dengan lagu "Bapa Ku Pulang Dari Kota" versi Rock!! Hahaha... Pastu Lan telah mendendangkan lagu "Jeritan Batinku"...sayangnya persembahan dia tidak diiringi oleh live band...walau macam mana pun suara Azlan memang hebat!!!
Pic: Azlan dengan lagu Jeritan Batin ku...Selain Azlan, Pak Nil juga menjemput Ana Rafali, Altimet dan juga Saiful Apek untuk memeriahkan lagi konsert Hore Hore ini sebagai artis undangan...
Antara segmen yang menarik ialah di mana Pak Nil telah menjemput beberapa wanita utk tampil ke atas pentas dan menari mengikut lagu yang di nyanyikan...dan wanita yang bertuah dapat bersanding dengan pak Nil di atas pentas dan mendapat "hantaran" bernilai RM50 000!! Berupa barangan kemas daripada Habib Jewels....OMG!! Adi ingatkan Pak Nil main main jer...rupanya memang betul hadiah tersebut di serahkan kepada pemenang cabaran tersebut iaitu seorang gadis yang bernama Siti....wow!! menari lebih kurang jer dapat habuan RM50 000 itulah namanya rezeki!!!
Lepas tu pulak Pak Nil panggil lagi 2 orang ibu untuk naik ke atas pentas untuk menari bersama beliau, dan salah seorangnya telah mendapat pekej mengerjakan umrah...pergghhh...menitik air mata kakak tu bila dapat hadiah daripada Pak Nil tu...Alhamdulillah rezeki...Ada juga pengunjung yang dapat hadiah hadiah lain daripada Pak Nil...memang mewah giler lah hadiah daripada Pak Nil ni....fuhhh!!!
Selepas itu, Pak Nil telah menjemput HERO MALAYA untuk naik ke atas pentas, di mana Pak Nil telah menyerahkan cek bernilai RM30 000 hasil sumbangan pak Nil untuk di serahkan kepada adik Nazeef yg ada masalah dengan jantung nya...so sumbangan ini adalah untuk membantu pembedahan baby Nazeef tak lama lagi..kami mendapat tahu pasal baby Nazeef ini apabila membacanya di ruangan akhbar dimana ibu bapanya meminta bantuan segera untuk pembedahan anaknya...Tahniah Pak Nil..di atas kemurahan hati Pak Nil.... tapi yang menariknya pak Nil telah menyahut cabaran juga untuk memegang ular sawa yang diadakan untuk membuat kejutan kepada beliau...hahaha..Pak Nil memang takutkan ular...korang tengok jer la gelagat pak Nil masa keluar konsert ni kat tv nanti yer...hehehe
Selain itu yang menarik perhatian dalam konsert ini juga ialah bila seorang peminat Pak Nil dari Kuala Selangor ini telah mendapat hadiah berupa kereta Perodua Myvi!!WOW!! Tahniahhh....datang konsert..balik rumah bawak kereta baru...wallaweiii!!! rezeki anak anak tu kak yer!! Alhamdulillah...
Pak Nil juga telah memperkenalkan keluarga besarnya buat pertama kali kepaa umum pada malam ini..mungkin kalau anda tak pernah tengok anak anak Pak Nil..maka malam ni Pak Nil memperkenalkan semua anak anaknya dan juga keluarga besarnya!!!Wow!!
Dan di akhir konsert ..sempat juga kami dari keluarga AMP Radio menghadiahkan poster besar Pak Nil yang siap di tandatangani oleh penyampai penyampai naungan AMP Radio....tahniah pada Pak Nil!!! Konsert tamat dalam pukul 11mlm...jadi yg terlepas..nantikan konsert ini nanti di Astro ok....Terima kasih pada Pak Nil yang jemput Adi ke konsert Hore Hore ini!!!
p/s: teringin lak nak berkonsert balik...bila la tu?!! hmmm





























































