Tuesday, March 1, 2011

Sebalik Tabir rakaman Ewah Ewah Lagi

Pic: Mekap time!!

Sabtu 26 Feb 2011

Harini Adi , Reza dan Ira dari Era bersama sama dengan Ched, Deen dan juga Moon daripada Hot FM telah menjayakan rakaman musim baru Ewah Ewah Lagi. Ini kali kedua Adi terlibat dalam Ewah Ewah. Kalau dulu hostnya adalah Nabil dan juga Kak Engku..

Pic: Rumah merah vs rumah biru!!

Tapi kali ni nama rancangannya telah diubah sikit..ditambah perkataan "lagi" kat belakangnya. Pengacaranya juga diganti , iaitu Kak Engku telah digantikan oleh Wahid Senario dan mengekalkan Nabil. Rekording berlangsung dalam pukul 3ptg di studio di NTV7 di Glanmerie .

Pic: Ira tengah buat rambut...

Actually pihak TV3 yg call Adi, lepas t Adi telah mengajak Ira dan juga Reza utk turut serta. Ini adalah sesi untuk penyampai radio . Sebelum ni rancangan Ewah Ewah telah mengajak Era, Hot dan juga Suria untuk turut serta. Tapi kali ni untuk Ewah _Ewah Lagi hanya Era dan juga penyampai penyami Hot FM jer yang terlibat!.


Pic: Sebelum manjadi "musuh" dalam Ewah Ewah Lagi..

Rancangan ini melibatkan 3 pusingan yang menarik. Pusingan pertama kami ditugaskan untuk menulis kembali nama nama pelakon yang telah di sebut oleh artis undangan iaitu Aizat. Aizat menyanyikan lagunya tapi liriknya diubah dengan menyebut nama nama pelakon.

Pic: Siapa yang akan menang?!! Biru?...Merah?..atau Kuning?...

Pusingan kedua pula ialah "menyiang ikan kembung" barulah Adi tahu macam mana nak menyiang ikan kembung dengan mudah sekali. Terima kasih kepada Moon!!!Kelakar dowh bila kitarang yang lelaki ni menyiang ikan..hehehe...macam bedah siasat lak ikan tu..

Pic: Adi bersama Moon, Deen dan Ched daripada HOT FM

Oh yer dalm episod kali ini Adi berpasangan dengan Moon(pembaca berita trafik ) Hot FM . Reza berpasangan dengan Ched, manakala Ira pula berpasangan dengan Deen. Kiranya hari ni Era dan Hot bergabunglah!! :)


Pic: Kembung FM ( Me and Moon)

Nama group Adi dan Moon ialah Kembung FM- "Kini hanya memainkan Muzik Hit Yang Lebih Hangat daripada biasa" Hahaha..siap ada gabunga tagline lagi...hehehe..

Pic: Bersama penyokong dan penonton dari Kolej Masterskill

Dalam pusingan terakhir pula, kami diberikan gambar tempat kemudian kami beritahu nama dan lokasi utk gambar tersebut..hahaha....menguji pengetahuan Geografi la ni...

Kalau nak tahu siapa yang menang kenalah tengok Ewah Ewah Lagi ni ok. So Adi tak dapat dedahkan dulu siapa yang menang sehinggalah hari tayangannya nanti ok!! InsyaAllah akan keluar dalam bulan April nanti kot. Apa apa pun nak ucap terima kasih kepada Kak Kelly (Penerbit Ewah Ewah Lagi) yang menjemput Adi sekali lagi utk memeriahkan Ewah Ewah Lagi ini...


P/S : Teringin nak jadi host rancangan kanak kanak lagi!!! Best!!!






7 comments:

~Si Gha-This Akmar~ said...

tagline yg best!!
wlaupun pesaing tp profesional dlam bab2 keje.. gud jOb guys!

AiDa AzRyN said...

adi,xde lagu baru ke?lama xdengar adi nyanyi.. XD

1N2D said...

harap berkesempatan tgk ewah-ewah episode ini. abg adi tahu x pukul brp akan disiarkan? seperti tahun lepas ke? kena tgk kat laman web tv3 kalau macm itu....

edzlin007 said...

Wah! Pasti tgk ni...krg ni kalau ada join mmg happening!

ADIFASHLA said...

HHi Akmar...Adi dgn Moon memang dah kawan lama..malah kitarang selalu main badminton kat Bukit Damansara selalu..

ADIFASHLA said...

Aida - ada lagi ker org nak dengar Adi nyanyi?..hahaha...kadangkala kalau ada event Adi akan nyanyi la...:)

ADIFASHLA said...

1N2D - Adi kurang pasti pulak bila tarikh keluarnya...kena pergi laman web TV3 la kot!! ...kalau awak tahu jgn lupa bagitahu yer...:) hehehe