Monday, October 17, 2011

Cute Sangat!!!

Hahaha...so cute budak 2 orang ni bersama Nicki Minaj.......layan lah..hehehe






Sunday, October 16, 2011

Jom Ke PETRONAS Motorsports Carnival 2011!!

Seminggu ni memang agak teruja dengan motorsikal...maklumlah dah nak dekat MotoGP kan....setiap pagi Adi akan berlatih permainan "Augmented Reality Bike game" ni..sampai dah ketagih..sebab Adi akan berlawan dengan pengunjung yang akan datang pada hari Selasa (18Okt ni ) kat Suria KLCC...jumpa kat sana ok!!

Wednesday, October 12, 2011

PETRONAS Motorsports Carnival 2011


Nak jemput semua pembaca blog Adi untuk datang memeriahkan PETRONAS Motorsports Carnival ini yang akan berlangsung mulai 15-23 Okt di KLCC ( dekat kawasan air pancut).

Adi akan menyertai perlumbaan motorsikal maya (Augmented Bike Reality Game) yang akan berlangsung pada hari Selasa 18 Okt ini mulai jam 11 pagi hingga 2 ptg .Adi akan berada di sana manakala Ean dari Hitz.FM akan berada di sana pada 17 Okt.

Banyak acara acara lain yang menarik menanti anda....seperti pertunjukan lagak ngeri atau stunt motor, trivia dan persembahan dari artis artis terpilih setiap hari...:)

Juga korang berpeluang untuk bertemu dan 2 orang pelumba bagi pasukan MotoGP Yamaha PETRONAS iaitu Jorge Lorenzo dan juga Ben Spies !!! Yawwww!!! Mereka akan datang ke karnival ini pada Hari Rabu 19 Okt jam 6 ptg!!

Korang tengoklah video kat bawah ni bagaimana Adi berlatih untuk mencabar korang nanti kat KLCC yer...enjoy!!!





Friday, October 7, 2011

Majlis Perkahwinan my bro, Kamal dan Wani...




AHAD 18 SEPT 2011

Hari ni perkahwinan adik Adi iaitu Mohd Kamal, Malam tadi para tetamu dah berduyun duyun datang, dan pagi ini majlis bersambung dengan meriah sekali.Saudara mara berkunjung dan tolong rewang jugak la kan.


Pic: Penat rewang , main buaian dulu yer...heheh

Ramai jugalah dapat bertemu kawan kawan dan saudara mara yang tak sempat jumpa masa raya hari tu...lagi pun ni masih bulan syawal kan...


Pic; Adam!

Pic: Aulia makan Dodol Kerisik..

Suasana meriah , malah malam tadi pun ada persembahan bunga api...hahhaa..tak tahu la mana my bro dapat bunga api gempak cam tu..adala contactnya tu..hehehe..Adi lak cuma melayan tetamu yang datang. nasib baik hari ni cuaca baik sekali walaupun 2-3 hari sebelum ni hujan turun dengan agak lebat sekali.....pagi ni cuaca agak redup sikit...awan banyak...:)


Pic: Kawan kawan pengantin.


Pengantin datang dalam pukul 1230tgh hari...awal la jugakkan, sambil diiringi pemain pemain kompang ..dan tema warna pakaian pengantin adalah merah jambu...hahaha.... sebab kalau kat Tg Karang ni...pukul 2ptg tu, orang dah balik dah....tapi majlis still berlangsung jugak....sampailah pukul 7 mlm pun still ada yang datang...hehehe


Pic: Menu majlis kahwin..


Pic: Ayam Goreng Macho.

Majlis kali ini , Abah import ayam goreng macho.....hahaha....sedap lor ayam goreng dia....khabarnya abah import dari Kapar, Klang ayam goreng macho ni...yup...sebab takde tempat, maka diarang memasang di kawasan rumah jiran..:)

Pic: Masih rewang lagi..


Pic: Pengantin tiba..

Tahniah kat my bro dan isteri...semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...dan bergembira selalu. :) Lepas majlis berakhir barulah hujan turun dengan selebat lebatnya...memang sesuai untuk kitarang yang kepenatan ni...


Pic: Gambar famili..


Pic: Gambar kenangan Adi dan pengantin...:)

Wednesday, October 5, 2011

Vblog Adifashla : Majlis Cukur Jambul Akil dan Malam Rewang

Video ni diambil pada hari Sabtu 17 Sept di rumah kediaman keluarga Adi kat Tg karang selangor.


Tuesday, October 4, 2011

Malam Rewang 2011



Sabtu 17 Sept 2011

Lepas habis Karnival Suara Kami kat Stadium Merdeka, Adi terus balik ke Tg Karang sebab akan berlangsungnya majlis perkahwinan adik Adi. Sampai rumah dalam pukul 6ptg. Ramai yang tercari cari Adi rupanya..maklumlah minggu lepas tak dapat menghadiri majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan la.


Lepas maghrib terus bersiap untuk rewang dan menyambut tetamu yang datang. Sejak beberapa tahun ni di Tg karang dah jadi kebiasaan malam sebelum majlis persandingan, para tetamu sudah datang untuk meraikan majlis ni. Mungkin sebab terlalu banyak jemputan lain yang diterima ataupun sebab malam lebih sejuk maka terpaksalah kami menyediakan makanan yang secukupnya untuk tetamu yang datang pada mlm ni.

Pic:Bahagian basuh cawan

Pic: Bahagian basuh pinggan

Macam biasalah, kat kampung ni amalan REWANG iaitu gotong royong di majlis perkahwinan masih diamalkan, walaupun takde la semeriah dulu, namun masih ok lagi...kalau ikutkan dulu memang takde konsep katering mcm sekarang ni...dulu..semua hidangan akan di susun kat belakang dan di hantar bila ada tetamu yg datang..now semuanya selfservice....kalau dulu memang penat habislah kalau rewang tu....terutama yang bahagian angkat angkat hidangan tu. Penat macam mana sekali pun ianya memang seronok la...:)


Pic: Bahagian kupas bawang.

Sebelah malam ni, orang kampung rewang untuk menyediakan makanan untuk majlis esok. Ada yang potong bawang, masak lauk pauk dan macam macam lagi la...


Pic: Bahagian masak


Pic: Pelamin pink la...

Malam ni jugak diadakan majlis cukur jambul anak buah Adi iaitu Akil ...jadi ada persembahan marhaban daripada kaum kaum ibu dari Kg Sungai Tengi Kanan Darat. Sambil para tetamu terus mengunjungi kediaman kami .

Pic: marhaban kaum ibu.

Pic: Baby Akil kena cukur jambul..

Majlis terus berlangsung sampailah pukul 12 tgh malam, barulah tetamu pulang . Dapatlah jugak bertemu dengan saudara mara dan juga kawan kawan yang tak sempat jumpa masa hari raya ni.


Pic: Abah and the gang!!



Pic: makcik makcik Adi ni...sayang korang!


Pic: Ni pakcik pakcik dan sepupu



Lepas pukul 12, kitarang pun berkaraoke...Pakcik Adi ni memang buat sound system..dia memang buat bisness ni...perghh banyak giler lagu lagu dia..sebut jer nak lagu apa?..semua ada...hahaha...actually Adi minat muzik ni pun sebab dulu tinggal satu rumah ngan pakcik..so hari hari dia akan pasang Hi Finya kuat kuat....perghhhh ...well zaman dulu kalau ada Hi Fi dah kira dasyat lor...hahaha...satu kampung boleh dengar....so kalau sesiapa nak sewa sound system boleh contact Adi..( wah promote bisness..)

Pic: Embah kesayangan Adi dan makcik( Bokde Du)

Pic: Pakcik (Pak Tuk) dan saudara

Kitarang karaoke sampai pukul 2pg....itu pun makin lama makin ramai orang yang datang kat rumah, budak budak muda kalau dengar karaoke memang laju lah ..memang meriahlah...Adi pun lepas jugaklah 2-3 lagu melalak pagi pagi buta ni....sebab dah penat, maka kul 2pagi tutup kedai la...esok mahu kenduri maaa.....dah la badan penat giler ni....tido tido....esok sambung yer!!

Pic: Dengan Ustaz Juan, kawan badminton kat Tg Karang..:)

Tuesday, September 27, 2011

Akustik Raya 2011 - Suasana Di Hari Raya

Aisheh..tak sempat tengok kat TV masa raya hari tu, nasib baik ada kat Youtube...so layanlah video lagu raya ini yang telah kami rakamkan jam 2 PAGI kat Mines Downtown di Seri Kembangan.....:D

Sunday, September 25, 2011

Karnival Suara Kami 2011

SABTU 17 SEPT 2011

Hujung minggu ni Adi tak dapat join Riuh Raya Erathon.....Adi kena membuat penampilan dalam Karnival Suara Kami yang berlangsung di perkarangan Stadium Merdeka hari ini. Cuaca memang panas banget!! Agak ramai juga para remaja yang melepak sambil join acara acara yang disediakan....

Pic: Pintu masuk ke Karnival Suara kami


Pic: Teringin nak main skateboard ..tapi x reti...

Memandangkan Adi takut tersangkut dalam jam, maka Adi memilih utk naik LRT jer dari Bukit Jalil...rasa seronok lak naik LRT lately...hahaha...sampai sampai kena menapak jugak la dalam 1km menuju ke lokasi karnival dari LRT Hang Tuah.

Ramai juga artis artis yang membuat persembahan di Karnival ini , kebanyakkannya adalah artis artis underground....dan bekas bintang bintang AF pun ada juga seperti Hazama, Toi, dan ramai lagi la...

Pic: Tempat conteng dinding...


Pic: Mini stage..

Tugas Adi senang saja, naik atas pentas, perkenalkan artis dan main 2 games ..pastu habis la....hahaha...seronok main game belon dengan pengunjung...

Pic: Me with Dili (Mix FM) and Anantha (THR Raaga)

Pic: Hazama, Afiq dan Toi bekas AF stars pun ada...diarang bikin band la..

Adi tak boleh lama lama sangat kat sini, dalam pukul 3ptg tu, Adi dah cabut sebab nak balik kampung, Adik nak kawin maaa....balik terus ke Tg Karang...



So malam ni memang tak dapat tengok Nelly la masa konsert nanti...takpelah....my bro punya wedding jauh lebih best kot...hehehe...


Pic: En Ayam...

Persiapan untuk mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia.

Pic: Honda Oddesey

Khamis 8 September 2011


Dalam 5 hari ni sejak hari Isnin lepas Krew Era bersama team (Malaysian Endurance Chapter) dan dibantu oleh Polis Di Raja Malaysia telah membuat persiapan bagi menjayakan misi untuk mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records) - "ROMBONGAN PALING JAUH OLEH SEBUAH STESYEN RADIO DALAM MASA 48 JAM"





Pic: Menyiapkan motorsikal sebelum jelajah bermula


Pic: Tampal stiker

Dijangkakan ada 6 buah motorsikal berkuasa besar akan mengiringi kami termasuklah 2 buah motorsikal Polis Trafik dan juga dari MEC. Kesemua motor motor berkuasa besar ini adalah dari jenama Honda jugak.  Selain itu, rombongan kami turut di iringi oleh PDRM yang menggunakan Honda Oddesey.
Di harapkan usaha kami ini akan jadi kenyataan dengan jayanya.....terima kasih kepada team MEC dan PDRM yang bertungkus lumus untuk menjayakan Riuh Raya Erathon ini...:)



Pic: Goldwing dengan DN-01








Anak buah baru ler...:)


JUMAAT 16 SEPT 2011

Selamat menyambut Hari malaysia hari ini, tambah menarik hari ni Adi telah mendapat anak buah yang baru ...:) Kali ni baby girl pulak selepas bulan puasa lepas Adi mendapat anak buat baby boy.....Alhamdulillah segalanya selamat. Namanya Nurul Afiqah..

Pic: Nama saya Nurul Afiqah.

Memandangkan ibu dan bapa Adi sibuk kat kampung untuk menguruskan perkahwinan adik lelaki Adi . Maka Adi cuma menemani adik Adi ni dan suaminya .
Pic: Afiqah dgn ibunya...

Afiqah lahir dalam jam 12th hari...kalau tak silap Adi...



Putih melepak sangat anak buah Adi seorang ni..hahaha...


Pic: Tido ...tido...tido...

So sekarang ni Adi dah ada 6 org anak buah...:) Termasuk lah arwah Haziq...abang kepada AAfiqah ni....Semoga Afiqah akan jadi anak yang soleh, cergas , sihat selalu dan juga genius nanti...amin..


Pic: Si comel Afiqah...