Thursday, November 15, 2007

Cuti -cuti di Penang

Pic: Tilam Yang Besar di G Hotel..sedapnya tidur..

Jumaat 9 Nov 2007

Hari ni Adi pegi ke Penang sempena dengan Freakshow TourConcert Pop Shuvit and Friends yang di adakan di kelab SS di Georgetown. Kali ni Adi hanya memandu ke sana sebab bercadang nak stay 2 malam kat Penang dan rest la.

Pagi ni pergi dengan Dina Xfresh dan sampai ke Penang dalam jam 3 ptg, Hari ni duduk kat Hotel Bayview. Ok - ok jer la hotel ni..dan lepas jer konsert malam tu Adi tidur kat Bayview dan keesokkan harinya Adi pindah hotel kat G Hotel, Beyoncet yang suggest hotel ni kat Adi.lagi pun hotel baru..dan paling best ianya bersebelahan dengan Gurney Plaza, so kalau nak apa-apa senang.

Bilik dia memang besar..katilnya pun besar jugak la..tapi yang kurangnya takde jakuzi atau bathtub macam kat Gurney Hotel .

Pic: Susun atur yang lain dari yang lain..Katil jadi "pulau" di dalam bilik.

Sambungan internet kat dalam bilik di kenakan bayaran xtra iaitu RM20 sehari..hmm agak mahal utk mendapatkan sambungan internet, sepatutnya sambungan internet hendaklah percuma di zaman IT cam sekarang ni..Tapi entahla..so 2 hari Adi kat sini kenalah bayar RM40 hanya untuk sambungan internet. Adi cadangkan kepada sesiapa yang nak menginap di hotel ini bawalah internet wireless modem korang kalau ada..senang nak buat kerja.

Pic: Belakang katil ada meja buat kerja..cuti cuti gak, kerja pun kena buat gak! hehehe..

Other than that semuanya ok pasal hotel ni. Pasal sarapan lak , Adi takleh nak citer sebab kedua-duanya Adi miss sebab tertidur.haha..Tapi a bit mahal juga la untuk sarapan..rugi gak la kalau tak pergi..baik ambik pekej yang tak perlu bayar untuk sarapan. Kolam renang dan gym dia memang best , so kalau sesiapa nak cuti di Penang, cubalah stay kat Hotel G ni..lengkap semuanya dan bersebelahan dengan Gurney Plaza..nak makan pun senang..hahahaha..makan tidur, makan tidur, berenang ..makan tidur...!!




2 comments:

SaLLY said...

ehemm..sakan holiday nampak..ehehe..
psst!!dgn sapa?? ahaksss...

deena said...

how much per nite kat G hotel tu adi??