Sunday, December 23, 2007

BANTUAN BANJIR AMP

Jumaat 21 Dec 2007

Adi telah terpilih bersama beberapa penyampai radio yang lain terlibat dalam menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Johor, Kelantan dan Pahang. Adi telah terpilih untuk menyampaikan bantuan di Kelantan. Hari ni ada 2 team akan bertolak. satu akan ke Kelantan dan satu lagi ke Johor. Team ke Johor di wakili oleh Honey Madu dari Hitz.fm dan juga Jack dari MY.FM..Manakala yang ke Kelantan pula di wakili oleh Adi(XfreshFM dan juga DJ Nasa ( THR)

Bertolak dari KLIA dengan flight pukul 8pg dan sampai di Kelantan sejam kemudian , kami terus di bawa menaiki 2 buah van ke Pasir Mas.


Pic: Sarapan dulu la, semasa on d way ke Pasir Mas.


Destinasi yang di tuju ialah Pusat Pemindahan Banjir di Sek.Men. Keb. Kedai Tanjung di Pasir Mas, 45 minit dari Kota Bharu.





Pic: Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Tanjung, Pasir Mas



Di pusat pemindahan ni ada lebih kurang 800 orang. tapi semasa Adi dan krew yg lain sampai..ada sebahagian dari mereka mengambil peuang untuk pulang ke rumah masing - masing untuk menaksirkan kerugian mereka..walau pun kalau ikutkan banjir masih lagi tinggi.



Pic: Bantuan yang di bawa dari KL. Yang paling masalah ialah membawa minuman, sebab sekarang sebarang cecair tidak di benarkan di bawa dalam pesawat.

Selain makanan dan minuman kami juga membawa pakaian yang di sedekahkan oleh warga ASTRO. sebetulnya pakaian pun penting memandangkan kebanyakkan dari mereka tak sempat nak bawa pakaian kerana banjir ini dan ada juga memberitahu apa yang mereka pakai ..itulah yg mereka dapat selamatkan..sedihkan..


Pic: Dengan kanak-kanak yang menetap sementara di Sek Men Keb Kedai Tanjung.

Manakala di Pusat pemindahan ini mangsa banjir terpaksa tidur dengan keadaan kurang selesa kerana tidak ada kelambu dan bekalan elektrik juga tiada di sebabkan bekalan terputus selama beberapa hari.

Pic: Para mangsa banjir berkumpul untuk mengambil bantuan yang di hantar.

Bantuan yang kami bawa terus di agih agihkan mengikut keluarga yang ada di pusat pemindahan ini. Malangnya kepada keluarga yang dah pulang ke rumah mereka tidak dapatlah bantuan ini.

Pic: Proses pengagihan bantuan banjir

Nama keluarga akan di panggil dan mereka akan mengambil bahan bantuan banjir yang telah di susun, bantuan di berikan sama rata kepada semua keluarga.


Pic: Salah satu rumah yang di landa banjir bersebelahan dengan pusat pemindahan banjir di Sek . Men .Keb.Kedai Tanjung, Pasir Mas


Tak perlu nak pergi jauh untuk melihat kesan banjir..kerana kawasan keliling pusat pemindahan memang masih lagi banjir. Adi dan krew AMP yang lain pergi meninjau kesan banjir dan mengalaminya sendiri.


Pic: Banjir yang masih berlaku di sebelah luar Pusat Pemindahan banjir Pasir Mas.


Oh yer sebetulnya banjir di tempat lain dah kering, tetapi di bahagian ini sebenarnya banjir di sebabkan sebuah empangan di Thailand telah pecah dan air masuk memenuhi Sg Golok, menyebabkan air terus melimpah hingga ke kawasan rendah di sini.


Pic: Bersama Jaja (Sinar FM) , DJ Nasa (THR) dan Adi (Xfresh)


Ada juga yang mengambil kesempatan "berkelah"di sini. hahaha..bahayanya sebab air yang mengalir ni ada yang agak deras...tambahan pula airnya bukanlah bersih sangat. hehhee.


Pic: Berkelah di pantai yang indah...errr bukan pantai..tapi atas jalan raya yang banjir..huhuhuhu


Paling kelakar ialah ada seorang bapa ni , memakasa anaknya belajar berenang..dengan baju melayu lagi budak tu pakai..tapi budak tu tak nak belajar berenang..so dia meraung la..Adi nak ambik gambar rasa tak sesuai lak..takut bapak budak tu nampak..hahaha..


Pic: Err takde ikan ke yang lalu sini..kalau dapat tangkap, best gak ni.


Pic: Kat Belakang Adi tu ialah penunjuk aras banjir...sekarang ni di paras kuning .

Apa pun lepas tu kami pulang ke KL hari yang sama dengan flight pukul 5ptg. Satu pengalaman yang baru kepada Adi dan kepada anda yang tidak di landa musibah banjir ni..cubalah cari peluang untuk membantu mereka...semoga banjir akan cepat surut dan kanak-kanak boleh ke sekolah kembali tak lama lagi..



5 comments:

SaLLY said...

cik abang oii..jangan main banjir..nanti mak marah....hikhikhik..syabas kt adi n sume sebab datang menolong org yg memerlukannya..

~mista [s.h.a.n.d.y.e]~ said...

gile ar..
gambar yg plg atas... yg memula skali tue...
gile 'bekeng'... (garang... in kelantanese dialect)
hehe...

zareena said...

wahhh.. bestnyer men banjir... hua hau hauaahauahauah...

byk tangkapan??

ADIFASHLA said...

Bekeng?..garang ker atau muka ngantuk sebetulnya..hahaha..ok gak la main banjir ni..bukan main la..just nak merasa jer..

Anonymous said...

ni kat kg aku..tu sklh rendah aku, tiap2 tahun banjir perkara biasa kat situ, plg truk tahun 2004 dgn 2008..kalau dtg ptg2 skit kat depan skolah 2 dah mcam pesta org dtang main air..