Monday, December 10, 2007

My Chemical Romance Live In Kuala Lumpur

Pic: Media Pass milikku..hahaha.

AHAD 9 Dec 2007

Hari ni berlangsungnya konsert Live My Chemical Romance di Stadium Merdeka. Adi mendapat pas media untuk menyaksikannya. Memang minat giler ngan lagu "I Dont Love You" dari mereka. Kalau nak tahu kumpulan ni terdiri daripada :

Gerard Way - Vokal
Ray Toro - Gitar, vokal
Frank Lero - Gitar , vokal
Mikey Way - Bass
Bob Bryar

Kumpulan ni di tubuhkan pada tahun 2001 ..seminggu selepas kejadian 9/11 di New York dan kejadian 9/11 tersebut telah di saksikan sendiri oleh Gerard Way...dan terus la dia jadi Emo bersama MCR..hehehe..

Sayangnya hari ni juga Adi kena buat Fulus Mania. Semalam Adi balik ke kampung sebab keluarga buat kenduri doa selamat untuk my sis yang tgh mengandung 7 bulan. Dari kampung terus ke Astro buat Fulus Mania dulu..Walaupun dalam hati memang nak terus ke Stadium Merdeka .

Habis jer Fulus jam 830pm..terus Adi bertolak ke Stadium Merdeka dan sampai ke sana dalam pukul 9mlm.

Pic: Pentas simple sahaja.

dari pagi sampai ke malam hujan turun tak henti henti, hujan rahmat ..masa sampai kat parking tu dah dengar lagu.."I Dont Love You"...arghhhhh dah terlambat!! Terlepas lagu kegemaran Adi..terus menjerit dalam kereta sorang sorang..tension gak la..dengar dari jauh sedap gak diarang bawa LIVE...

Pic: Vokal Gerard Way memang best!

Lepas tu menapak la juga meredah kesejukan malam yang di limpahi dengan air hujan sambil mulut tak habis habis meluahkan.."cis..ciss..lambat giler"..kiranya Adi Emo gak la..hahhaa..
Sampai sampai dalam stadium diarang dah nyanyikan 5 lagu yang terakhir..hallamak.."Black Parade" pun diarang dah belasah awal-awal dah...cis..cis..terlepas...

Pic: Emo..emo..emo..

Sorry la gambar tak clear sangat sebab ambil dengan camera phone jer..hahaha..walaupun sound system tak berapa nak dengar vokal Gerard Way..tapi kali ni persembahan diarang better la dari persembahan masa diarang buat kat MTV Japan Award beberapa bulan lepas..hahaha..time tu Gerard takde suara...tapi malam ni memang dia emo habis-habisan ..di tambah lak dengan hujan renyai renyai malam ni..memang vokalnya menarik lah...

Pic: Senarai rundown milik MCR yang siap di tandatangani oleh anggota MCR sendiri

Konsert tamat dalam pukul 1045..masih awal..dan bagusnya pasal mereka ialah ketepatan masa.Start konsert 830mlm dan habis kul 1030mlm. Tapi satu jer rasa cam poyo ..bila Gerard kata diarang adalah band yang paling hebat di dunia sekarang..hmmmm..fakta tu kurang tepat kot..hehehe...apa - apa pun Balik rumah lunyai basah kena hujan..tengok konsert tak sampai 30 minutes..tapi stuck dalam jam sampai 1 jam!! Arghhhhhh..."I Dont Love Yoouuuuuuuuu!!!!! Like I Did ..Yesterday!!!"

1 comment:

SaLLY said...

alalalaa...sabor je la abang adi oii...hik hik :)