Thursday, December 18, 2008

SABTU 13 DEC 2008

Hari ni sebelah malam ada konsert Pirates Of The Carribean yang berlangsung di pintu masuk Sunway Piramid. Hahaha..memang best la..sebabnya menampilkan nama - nama besar dalam industri seni suara sekarang ni. Ada Adam, Mila , BunkFace, Hujan, Saidah, Saerah dan juga Dato Siti Nurhaliza. Pergh..Adi pun bersemangat sebab kehadiran penonton memang ramai..yer la..semangat la sebab Adi dan Nana kena jadi host konsert ini..yeah!!

Pic: Ramainya...yeah!!

Sebelum konsert bermula kami berkumpul sambil makan malam di sebuah restoren Thai di sini. makan ringan -ringan jer..lepas tu Adi dan penyampai Era yang lain di berikan taklimat ringkas berkenaan konsert ini..

Pic: Captain Jack Sparrow dan musuhnya - Captain Davy Jones

Konsert ni adalah konsert promosi untuk tayangan trilogi Pirates Of The Carribean yang di tayangkan di Star Movie , Astro pada 14, 21, 28 dan marathon pada 31 DEC ini. Jadi jgn lupa tengok yer..Adi memang minat giler dengan citer ni, actually Adi pun dah ada koleksi DVD filem ni yang asli..cuma episod ke 3 tu jer yang belum ada. ..ada sesiapa nak sedekah kat Adi?..huhuhu


Pic: Adi dan Captain Jack Sparrow (tak sangka dia pandai cakap melayu..hahaha!)

Konsert bermula jam 9 malam, tapi lepas maghrib dah ramai yang mula datang dan tunggu..
terima kasih yang datang. Memang ramai..tengok pun excited..dari nervous nak jadi host ..jadi seronok lak bersama penonton..hahaha..memang konsert ni sempoi jer..gelak sakan jugak la dengan gelagat penonton yang datang malam ni.


Pic: Bang Davy Jones, ambik gambak sat! ..Ko tau tak aku tgh panas ni...!! Jangan marah bang, nanti kena buat tumis sotong.....baik baik! senyumm!!!

selain artis yang membuat persembahan, juga ada watak -watak dalam filem Pirates Of The Carribean ini turut memeriahkan konsert, seperti watak Jack Sparrow, Davy Jons, William Tuner, Elizebeth Swan dan lanun - lanun Davy Jones..agaknya , manalah diarang ni dapat costume costume ni..

Pic: Watak watak (dari kiri) lanun Davy Jones, William Tuner, Elizebeth Swan, dan askar.


Pic: Ni masa sesi taklimat!

Konsert di mulakan oleh Saerah, kemudian di sambung oleh kakaknya Saidah, dan seterusnya di sambung oleh Dato Siti Nurhaliza dengan 3 buah lagu termasuklah lagu terbaru dia ..eksklusif di perdengarkan buat pertama kali malam itu..."Di Taman Teman" tajuk lagu barunya...album barunya akan muncul tak lama lagi.Lepas tu ketiga-tiga adik beradik ini beradu suara menyampaikan lagu bersama-sama..yeah!

Pic:Dato Siti yang makin slim..huhuhu


Persembahan seterusnya di kecohkan lagi dengan Adam bersama The Bad Boyz yang menanyi dan turut mengiringi tarian Adam, memang gempak! walaupun stage agak kecil..tapi Adam dan The Bad Boyz pandai menggunakan ruang yang agak terhad itu..dan terus menari agresif..giler ahh..
Pic: Bunkface

Selepas Adam, maka kini giliran Bunkface, band yang makin di kenali ramai ini, membuatkan peminat indie band pula bergoyang badan..hahaha...mendendangkan lagu mereka antaranya.."Silly Lilly" dan juga "Sitauasi"

Pic:Mila yang rockin !!

Mila tampil dengan simple, t-shirt , seluar jeans dan juga boot paras peha, mendendangkan lagu - lagu popularnya dan juga lagu "Ayat - ayat Cinta"...best!!

Pic: Hujan dengan line up baru lagi...

dan persembahan terakhir ialah ...HUJAN..time Hujan perform..penonton yang duduk kat depan stage..semua bangun dan sama-sama nyanyi dengan HUJAN..yeah..memang best giler time ni..haha..sampai la habis konsert..

Pic; Thanks kat korang yang datang konsert ni yer...terimalah lagu dari saya....ehh ..ehh.jgn balik dulu....ehh saya nak nyanyi ni...ehh....ehh...

Konsert habis dalam pukul 11 malam, masa nak balik on d way ke kereta Adi..tetiba ada orang tegur Adi dari belakang....

Budak misteri: Abang !!!...

Adi: Yer dik,..

Budak misteri: Abang , boleh tak tolong saya..

Adi: Naper dik?

Budak Misteri: Sya nak balik ke Klang tapi bus dah takde..nak naik teksi duit tak cukup..

dalam hati adi kesian dengan budak ni..patutla sepanjang konsert di cam nak usha Adi jer...

Adi: La..yer ker...nah gi ambik duit ni ..pergi ambil teksi sekarang..

Budak Misteri: Terima kasih Abang "RIZAL"....

Hahaha...dalam hati Adi gelak jer...Adi di panggilnya Rizal..silap orang ni..haha..terus budak lelaki misteri tu berlari ke hentian teksi..sian lak Adi tengok budak laki tu..takut tak sampai rumah nanti Adi tengok dari jauh je, just make sure dia dapat teksi. haa..itulah kisahnya di konsert POC di Sunway Piramid!!



Monday, December 8, 2008

Pic: Lembu dari Era yang cerah sikit tu..

ISNIN 8 DEC 2008

"Berkorban , apa saja...harta atau cuti raya....."..hehehe..lagu ni liriknya cam kena jer ngan Adi..yup..Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua pembaca blog Adi ni. Sebetulnya Adi dah balik ke kampung dari hari Jumaat lepas...seronok balik nak beraya...tup tup balik ke kampung demam la pulak..makan panadol dan tido ..makan...tido ..makan jer la..nasib baik hari Ahad reda sikit..cuma pening-pening la...

Pic: Cubaan untuk menjatuhkan lembu dari ERA

Hari ni Adi kena pergi ke Taman Seri Medan Jaya , Sijangkang ..1st time seumur hidup raya tidak bersama keluarga, nasib baikla raya Aisiladha jer..bukannya tak meriah kat kampung ..tetapi tahun ni kat kampung Adi pun takde ibadah korban dilakukan..tak tahu la..mungkin takde orang nak buat korban la kan...jadi Adi rasa ok jugak la..( memujuk hati...)

Pic: Lepas Adi ambik gamabar ni..terus Adi 'terkam' lembu ni cam Crocodile Hunter..hehehe

Bangun subuh terus berkemas dan sarapan dengan mak ngan abah..lepas tu mintak izin dari mak dan abah...bertolak la..tapi sebelum bertolak ke Sijangkang..Adi singgah dulu kat surau..menunaikan solat sunat AidilAdha..yup...sekurang kurangnya lepas solat sunat raya pun dah puas hati..huhuhu

Pic: Tanda di mana lembu dari Era berada..

Habis jer solat , Adi terus bergegas ke Sijangkang. pagi ni hujan memanjang dan agak lebat jugak. So drive kena hati hati la..sebab jalan basah...masa Adi bertolak dari Tg Karang jam dah pukul 850pg....hmmm ada masa sejam untuk sampai ke Sijangkang..yup..ok kot..sempat sampai sebab jalan pun lengang..cuma basah jer la...

Pic: Hujan dan lecak mewarnai majlis hari ni...

Alhamdulillah, Adi sampai ke Taman Seri Medan Jaya dalam pukul 10pagi...upacara baru jer nak bermula..Alhamdulillah Adi sempat sampai. Era menyedekahkan seekor lembu kepada penduduk taman ini yang mengundi di ERA.

Pic: Dengan kanak-kanak yang seronok menyaksikan upacara korban hari ini..

Walaupun hujan turun mencurah curah..tapi majlis tetap di jalankan dengan meriah sekali..sebab ramai penduduk kampung yang turun..

Lembu yang ERA sedekahkan di sembelih dahulu ...maka tugas pertama kami ialah untuk "menjatuhkan" lembu itu..lembunya tidak la besar sangat..tetapi lembu tu agak liar dan juga garang..tak boleh duduk diam...ambil masa juga nak jatuhkan lembu itu...bila satu ketika lembu tu terjatuh....dan tukang sembelih menjerit..pegang lembu tu..entah cam mana..Adi lak yang lompat atas lembu tu cam "Crocodile Hunter"..hahaha...semua orang dok sorak Adi pegang badan lembu tu sensorang..alahai...time ni rasa takut pun ada jugak ooo..sebab tali kat kaki lembu tu cam nak terlerai jer..alamak...nasib baik dah makin ramai yg himpap lembu tu dan juga ada org kemaskan balik ikatan kat kaki lembu tu, kalau tak...nyaya Adi kena penerajang kaki lembu tu...lepas semua kaki lembu tu dah terikat dan dah terbaring di posisinya..adi mengundurkan diri...dalam hati...cam tak caya lak ...boleh terbang himpap badan lembu tu sensorang tadi..hahaha..nasib baik la semuanya selamat..hahaha...

Pic: Selepas sembelih..kenalah lapah daging tu..cepat dan pantas mereka bekerja.


Lembu itu akan di sembelih oleh YB Dr Yunus B. Hj Hairi. Adi mewakili ERA telah menyerahkan lembu itu dengan akad kepada Yang Berhormat untuk di sembelih sendiri oleh beliau...respect la..YB sendirik yang sembelihkan lembu tu...

Pic: Kaum Ibu "rewang" untuk membuat sup tulang!

Alhamdulillah upacara sembelih lembu dari ERA tu berjalan lancar....1/2 jam lepas tu terus dagingnya di lapah. Actually kat taman ni ada 6 ekor lembu di sembelih..bayang kan betapa meriahnya upacara sembelih lembu raya ni kat sini..walaupun hujan..namun semuanya berjalan lancar..budak budak suka la..dapat main hujan...hehehe...

Terharu dengan kesudian mereka menerima Adi dan skuad Era yang datang pagi ni..sampaikan Adi membuat ucapan dalam bahasa jawa....hahaha..terkejut diarang...jowo totok sudah mari...hahaha...malah masa kami nak balik pun siapa ada pengumuman keberangkatan pulang..alahaiii...segan giler...

Terima kasih kepada YB Dr Yunus B. Hj Hairi...AJK surau Al Ansor , penduduk Taman Seri Medan Jaya yang menerima kunjungan kami dan juga melayan kami dengan penuh mesra dan meriah sekali..huhuhu.. ..dan juga kepada En Anuar yang mengundi taman nya untuk menerima upacara korban ini dari Era . Semoga dengan ini dapat mengeratkan pendengar Era dan pihak Era FM sendiri..AMIN!!!!!

Saturday, December 6, 2008

Selamat Pengantin Baru Adikk ku...

Pic:Pagi Sabtu...orang pergi rewang!!

SABTU 1 NOV 2008

Hari ni merupakan hari pernikahan adik no - 2 Adi -Suryani..yang bertemu jodoh dengan bakal suaminya Sahli. Actually Adi takde la nak ambik tahu sangat cam mana diarang boleh jumpa dan berkenalan..yang penting diarang suka sama suka dan saling sayang menyayangi. Hari juga orang kampung datang untuk membantu kami sekeluarga menyediakan majlis perkahwinan adik Adi tu..Orang kat sini panggil "rewang"..mesti korang pernah dengar perkataan tu.Seawal jam 730 pagi dah ada orang yang sampai nak rewang..so pagi pagi ni biasanya diarang buat sarapan dulu la..menunya simple jer..iaitu meehun dan juga kuih muih yang dah sedia di tempah.

Pic: Adi "Fabregas" and my bro....Kamal "Persie"...hahaha..

Pagi ni Adi kena hantar abah dan juga pengantin untuk ke masjid bagi upacara nikah. Masjid dan rumah Adi takde la jauh sangat...maklumlah kampung kan...ada lah beberapa orang lagi yang ikut hantar bakal pengantin ni termasukla adik lelaki Adi yang bongsu...bila kitarang sampai kat masjid baru perasan baju dan seluar kitarang sama..boria la..hahaha...jersey Arsenal dan seluar kodroi coklat..ahahaha....sempoi! Abah senyum jer la...hahaha..

Pic: Rewang memotong daging lembu

Sabil bakal pengantin bernikah jam 11pagi, kat rumah orang ramai terus rewang untuk memotong daging lembu yang telah di sembelih. Daging ni untuk di buat rendang dan ada jugak yang nak di buat sup tulang..ayooo terliur secara automatic bila teringatkan sup tulang dan rendang..huhuhu..but awas..kolesterol tinggi tu....hmmm..

Kat masjid lak masa pengantin lelaki nak bernikah..sekali IC dia tertinggal la pulak..rupanya adik pengantin lelaki yang pegang...agak kelam kabut sikit la..hahaha..agaknya excited nak kawin sampai IC tertinggal yer..alahai...hehehe..nasib baik tak lama lepas tu adik pengantin lelaki sampai dan membawa dompet...alhamdulillah dengan sekali lafaz sah dah jadi suami isteri...

Pic: Pakcik Adi sedang bertungkus lumus untuk memotong daging lembu

Lepas upacara nikah pengantin balik ke rumah untuk menjamah sedikit makanan . Manakala orang kampung terus rewang..ikut bahagian memasing la..ada yang jaga basuh pinggan, basuh cawan, masak lauk, masak nasik, tukang angkat hidang , jaga bansal(balai) dan buat air. Dulu masa Adi aktif rewang Adi sellau kena jaga bahagian angkat dulang..sebab time tu dulu muda..kuat ...hahaha..sekarang jarang dapat balik kampung..tapi kalau balik kampung kebetulan ada kenduri..pasti Adi rewang la...hehehe..

Pic: Kaum wanita rewang memotong bawang.

Kaum wanita lak, memotong bawang dan sayuran lain untuk di masak sebelah petang dan malam nanti. Oh yea..kami masak sendiri makanan utk majlis kawin ni..para rewang akan balik rumah masing masing apabila tgh hari menjelma...sebelum balik mereka akan makan masakan yang dah siap ..termasukla sup tulang yang sedap ni..huh!!!


Pic: Sup tulang yang best! Sedapnya...mcm tak cukup jer..

Sebelah petang, cuma banyak orang masak la, sebab biasanya sebelah malam nanti ramai yang akan datang..yup..dah jadi cam kebiasaan lak kat Tg Karang ni, orang datang sebelah malam. Jadi mahu tak mahu kena juga sediakan makanan..takut takut ramai yang datang malam nanti.

Pic: Kek hari jadi mak dan abah...

Actually antara sebab tarikh 1 dan 2 November di pilih ialah tarikh tersebut merupakan tarikh hari jadi mak dan abahAdi..diarang punya hari jadi sebelah menyebelah..jadi lepas maghrib kami (anak-anak) buat majlis harijadi ringkas ...tu pun kami terpaksa buat dengan cepat sebab dah ada tetamu yang datang..awal betul..hahaha..

Pic:Semoga mak ngan abah sihat dan bahagia selalu !!!

Kesian gak kat adik adik yang beriya -iya nak buat majlis harijadi ni..sekejap jer...tak sampai 5 minit..hahaha..paling cepat..sebelum abah layan tetamu yang datang..kami berikan hadiah untuk mak dan abah la...sepasang jam yang sedondon utk mereka berdua..hehehe..lepas upacara ringkas tu abah terus melayan tetamu yang datang dan mak lak terus sambung kerja-kerja kat dalam rumah la..

Pic: Tengah belek-belek hadiah dari anak-anak...hehehe..


Tengah malam lak, lepas semua orang dah balik , Adi dan adik beradik yang lain dan beberapa orang saudara dan kawan kawan yang ada..kitarang berkaraoke tak ingat alam, hahaha..sampai pukul 2pagi..lepas gian jugak la...siap jadi juri tu..hahaha..best ..best!!

AHAD 2 NOVEMBER 2008 -HARI MAJLIS PERKAHWINAN.

Pic: Di pagi majlis kahwin..

Alhamdulillah pagi ni cerah awan melindungi dari sinar matahari..memang hari ni sejuk jugak la..takde la panas sangat, nak kata mendung, tak juga, nak kata jerebu..takde la pulak..tapi suasana ok la..dulu masa adik Adi yang 1st kawin, hujan turun dengan lebatnya masa waktu pagi.

Pic: Bahagian basuh pinggan mangkuk

Pagi - pagi dah ada orang rewang dah..Adi bangun pagi - pagi dah ada yang sedang memasak kat luar rumah..rasanya diarang datang jam 5 pagi tadi kot. haha.. Adi bersiap dan terus keluar tolong apa yang patut..and sure la hari ni mesti sibuk punyer.Adi memang tak sabar nak bertemu sanak saudara hari ni ..yeah!





Pic: Suasana di balai makan!!

Pic: Sepupu -sepupu Adi!!

Takde benda lak nak citer, macam biasala kalau orang datang kenduri, makan, dan balik. tapi yang seronoknya dapat jumpa sanak saudara, kawan-kawan dan juga sepupu-sepupu yang lama tak jumpa..haha..borak sakan la..sambil makan-makan.

Pic: Pelamin pengantin.

Pengantin datang dalam pukul 1 ptg. Dengan di iringi pukulan kompang , pengantin lelaki masuk ke perkarangan rumah sambil pengantin perempuan menanti di hadapan rumah. Apabila pengantin lelaki sampai di depan rumah, atok saudara Adi telah membacakan doa selamat untuk pengantin, dan selepas itu pengantin bersanding di luar rumah dulu..untuk tatapan para hadirin.

Pic: Pasukan kompang pengantin!!


Time ni ADi jadi MC la..membebel citer pasal pengantin walaupun actually tak tahu apa-apa pun..mengarut jer la..hehehe..Kemudian pengantin masuk rumah untuk bersanding..time ni rumah dah penuh..Adi pun tak dapat nak masuk ..alahai...takper takper tunggu kejap..


Pic: Meja makan pengantin!


Pic: Pengantin sedang di tepung tawar

Akhirnya dapat masuk dalam rumah, walau pun masih ramai, tapi dapat menyelit jugak akhirnya..hehehe...Abg pengantin pun nak gak tengok pengantin bersanding kan...hehehehe

Pic: Pengantin dengan kawan - kawannya.


Pic: Selamat pengantin baru Suryani dan Sahli (SnS)


Pic: Gambar keluarga...tetap Arsenal jugak..hahaha

Adi ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dengan majlis kawin Pak Juraimi ni....Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Habis jer kenduri barulah rasa dia punyer penat..tapi tak per..seronok..bukan selalu kita buat kenduri cam ni ...sampai jumpa lagi untuk kenduri yang seterusnya..hehehe...pengantin apalagi...keesokkannya operasi membasuh periuk belanga la..hahahaha..Peace!!

Thursday, December 4, 2008

Selamat pengantin baru Zamri a.k.a Core-Thang!!

SABTU 29 NOV 2008

Pic: Ijat, Zamri and me..

2 Minggu sebelum tarikh hari ni, Adi dapat sms.."jemput datang ke majlis kawin aku, 30hb kat JB- Core Thang" Mak aii..terkejut dan gembira terima berita ni..sorang lagi member Adi akan kawin. Yup Zamri Ahmad atau nama glamernya dengan kitarang Core-Thang . Kitarang dulu sama-sama belajar kat UPM dan duduk kat blok yang sama kat kolej KPZ, UPM. Lepas tu kitarang tubuhkan band kitarang iaitu "PUTRA LRT" dan Core Thang ni main 2nd gitar..dan dia juga ahli band kitarang yang paling muda sekali. Lepas grad..semua bawa hauan memasing dan Core Thang ni dah jadi Cikgu kat Kudat , Sabah..mak aii..jauhnya...


Pic: Me, Core Thang dan Sontel tunggu nak dinner kat Senai.

So bila dah dapat SMS dari dia , terus Adi plan nak konvoi ke JB dengan member-member seangkatan kitarang la..untuk meraikan Core Thang ni. Memula ramai gak yang nak join..tapi bila tiba masanya nak bertolak, sorang sorang tarik diri..di sebabkan hal peribadi..hmm...sedih gak...takpelar..last-last Adi pergi bertiga jer dengan Ijat dan Sontel....hahaha...

Pic: Makan malam terakhir sebelum bergelar suami....err untuk si Zamri la...bukan Adi..huhuhu

Adi bertolak dalam jam 11 pagi dari UPM , sebab Ijat duduk kat dalam UPM...Sontel pulak datang dari Jengka Pahang. Dalam perjalanan semuanya ok..tak hujan dan tak panas sangat...Sampai ke Skudai dalam jam 230ptg. Terus check in kat hotel dan tido dulu ..sebab semalam penat main badminton..huhu...Lepas tu sebelah malam Zamri call ajak dia dan keluarga dia makan malam kat sebuah restoren berdekatan dengan Senai. Zamri belanja kitarang..hahaha...antara yang menarik ialah ada daging rusa dan juga ikan.ratah jer la..banyak sangat...ini kiranya cam bacelor party la..hahaha...thanks kat Zamri dan juga keluarganya yang sporting..Lepas dinner, Adi pergi berjalan -jalan ke Danga Bay ...selalu gi sini sebab kerja..tapi malam ni dapat juga ADi jenjalan kat sini..besar gak rupanya Danga Bay ni...siap ada Fun fair lagi..menarik...sejam juga ADi luangkan masa kat sini..lepas tu member ajak lak lepak tengok bola kat mamak kat pusat bandar JB...join la sekali..si Zamri lak gi potong rambut dia...mak aii dah tgh tgh malam pun still ada salon yg buka..bukan salon..kedai gunting biasa jer..huhuhu. Kitarang lepak sampai pukul 230 pagi gak la..sampai mamai dah..nasib baik sempat balik ke hotel...dan tido..hahaha


Pic: Time ni nak nikah ..kelajuan jantung berdegup menyamai 280km/j..hehehe

Pagi -pagi dapat call...."Ko nak ikut aku nikah tak?.." hmm ok la jugak...walaupun masih ngantuk...(actually subuh -subuh Adi dah bangun dah..dah terbiasa now...layan tv.) Bersiap lebih kurang terus cari lokasi pernikahan kat Masjid Tmn Universiti Skudai dengan bantuan GPS..alhamdulillah sampai...Upacara nikah bermula jam 10 pagi.

Yer..hari nikah sama dengan hari bersanding..berbeza sikit dengan stail nikah kat Selangor..Dimana biasanya pengantin akan bernikah sehari atau lebih awal dari majlis kenduri..tapi mungki kes si Zamri ni beza sikit..dia nikah sama dengan hari majlis kahwin..yup..ada risikonya kalau buat cam ni..tak tahu la...itu pandangan Adi..tapi Alhamdulillah majlis nikah ni berjalan lancar dan dengan 2 kali lafaz..Zamri dah jadi suami ...hahaha...selesai jer nikah ada acara macam "perjanjian lisan" dilangsung kan...memang touching la..hinggakan kedua dua mempelai menitiskan air mata...kat tempat lain takde kot stail cam ni..huhuhu..unik..

Pic: Hehehe..lepas ni Core Thang takleh nak lepak la macam masa bujang dulu..hehehe

Majlis tamat dalam pukul 11pagi..terus Adi dan kawan-kawan yang lain pulang ke hotel untuk salin baju bagi menghadiri majlis persandingan yang akan berlangsung pukul 2ptg nanti. Kiranya hari ni pengantin memang non stop la..hahaha...nikah..lepas tu terus bersiap untuk bersanding..

Pic: Bersama Raja Sehari Core Thang!!

Majlis bersanding berlangsung kat rumah pengantin perempuan kat Taman Universiti Skudai..actually masa balik ke hotel tu..hujan turun dengan lebatnya kat Skudai ni...tapi alhamdulillah masa kitarang nak ke rumah pengantin..hujan dah berhenti..yeah..jadi cuacanya memang agak nyaman juga la..lepas hujan..tak panas tak sejuk sgt..

Pic: Tepi ..tepi...pengantin nak lalu...



Pic: Senyuman raja sehari..

Menariknya masa persandingan kat sini ialah tradisi "tol"..hahaha...mas anak masuk ke perkarangan rumah pengantin perempuan ada la beberapa orang lelaki dan juga bebudak menahan pengantin lelaki...dan meminta bayar "tol" dulu...hahaha..jadi kenalah hulur sikit kat diarang..i think ..memang kelakar lah tradisi ni..hahaha..bukan sekali..tapi sampai 3 kali pengantin lelaki kena tahan supaya bayar "tol"..hahaha...kalau macam ni Adi cadangkan..baik pakai Smartag...hahaha...lebih pantas dan berkesan...yup..inilah keunikan perkahwinan di johor..

Pic: Bertukar manjadi Gabannnn!!!...ni silat pengantin namanya...


Pic: Hi menggeletar tangan bang?..Ko pun nak "tol" jugak ker?...

Selain itu ada juga persembahan silat oleh seorang budak remaja untuk pengantin ..lepas tu terus Adi makan lah..hehehe..perut pun dah lapar..habis jer makan sekali DJ Kenduri tu buat pengumuman cakap meminta Adi nyanyikan sebuah lagu untuk pengantin..alamak....segannya...huhuhu..actually Adi kalau boleh memang elakkan dari nyanyi kat majlis kawin ni...segan la..kita datang nak tengok pengantin..bukan nak nyanyi..tapi di sebabkan si Zamri ni yg desak gak..nyanyi la sebuah lagu ..Dealova...huhuhu...

Kenapa Adi ambil inisiatif untuk ke majlis kawin ni, walaupun agak jauh dan Adi agak sibuk juga actually...sebabnya satu jer...lepas ni ...lepas kawin..biasanya kawan-kawan Adi akan sibuk dengan keluarga memasing..dan kitarang mungkin tidak seperti dulu masa bujang bujang...jadi ini kiranya mungkin kali terakhir untuk sama -sama bergembira...sebab tak tahu la bila lagi dapat bertemu..walau macam mana pun ...kenangan sama-sama suatu masa dulu memang susah nak lupakan...terutama saat - saat kitarang gembira dan enjoy kat UPM dulu...Selamat pengantin baru Core Thang..moga bahagia hingga selamanya...