Saturday, December 6, 2008

Selamat Pengantin Baru Adikk ku...

Pic:Pagi Sabtu...orang pergi rewang!!

SABTU 1 NOV 2008

Hari ni merupakan hari pernikahan adik no - 2 Adi -Suryani..yang bertemu jodoh dengan bakal suaminya Sahli. Actually Adi takde la nak ambik tahu sangat cam mana diarang boleh jumpa dan berkenalan..yang penting diarang suka sama suka dan saling sayang menyayangi. Hari juga orang kampung datang untuk membantu kami sekeluarga menyediakan majlis perkahwinan adik Adi tu..Orang kat sini panggil "rewang"..mesti korang pernah dengar perkataan tu.Seawal jam 730 pagi dah ada orang yang sampai nak rewang..so pagi pagi ni biasanya diarang buat sarapan dulu la..menunya simple jer..iaitu meehun dan juga kuih muih yang dah sedia di tempah.

Pic: Adi "Fabregas" and my bro....Kamal "Persie"...hahaha..

Pagi ni Adi kena hantar abah dan juga pengantin untuk ke masjid bagi upacara nikah. Masjid dan rumah Adi takde la jauh sangat...maklumlah kampung kan...ada lah beberapa orang lagi yang ikut hantar bakal pengantin ni termasukla adik lelaki Adi yang bongsu...bila kitarang sampai kat masjid baru perasan baju dan seluar kitarang sama..boria la..hahaha...jersey Arsenal dan seluar kodroi coklat..ahahaha....sempoi! Abah senyum jer la...hahaha..

Pic: Rewang memotong daging lembu

Sabil bakal pengantin bernikah jam 11pagi, kat rumah orang ramai terus rewang untuk memotong daging lembu yang telah di sembelih. Daging ni untuk di buat rendang dan ada jugak yang nak di buat sup tulang..ayooo terliur secara automatic bila teringatkan sup tulang dan rendang..huhuhu..but awas..kolesterol tinggi tu....hmmm..

Kat masjid lak masa pengantin lelaki nak bernikah..sekali IC dia tertinggal la pulak..rupanya adik pengantin lelaki yang pegang...agak kelam kabut sikit la..hahaha..agaknya excited nak kawin sampai IC tertinggal yer..alahai...hehehe..nasib baik tak lama lepas tu adik pengantin lelaki sampai dan membawa dompet...alhamdulillah dengan sekali lafaz sah dah jadi suami isteri...

Pic: Pakcik Adi sedang bertungkus lumus untuk memotong daging lembu

Lepas upacara nikah pengantin balik ke rumah untuk menjamah sedikit makanan . Manakala orang kampung terus rewang..ikut bahagian memasing la..ada yang jaga basuh pinggan, basuh cawan, masak lauk, masak nasik, tukang angkat hidang , jaga bansal(balai) dan buat air. Dulu masa Adi aktif rewang Adi sellau kena jaga bahagian angkat dulang..sebab time tu dulu muda..kuat ...hahaha..sekarang jarang dapat balik kampung..tapi kalau balik kampung kebetulan ada kenduri..pasti Adi rewang la...hehehe..

Pic: Kaum wanita rewang memotong bawang.

Kaum wanita lak, memotong bawang dan sayuran lain untuk di masak sebelah petang dan malam nanti. Oh yea..kami masak sendiri makanan utk majlis kawin ni..para rewang akan balik rumah masing masing apabila tgh hari menjelma...sebelum balik mereka akan makan masakan yang dah siap ..termasukla sup tulang yang sedap ni..huh!!!


Pic: Sup tulang yang best! Sedapnya...mcm tak cukup jer..

Sebelah petang, cuma banyak orang masak la, sebab biasanya sebelah malam nanti ramai yang akan datang..yup..dah jadi cam kebiasaan lak kat Tg Karang ni, orang datang sebelah malam. Jadi mahu tak mahu kena juga sediakan makanan..takut takut ramai yang datang malam nanti.

Pic: Kek hari jadi mak dan abah...

Actually antara sebab tarikh 1 dan 2 November di pilih ialah tarikh tersebut merupakan tarikh hari jadi mak dan abahAdi..diarang punya hari jadi sebelah menyebelah..jadi lepas maghrib kami (anak-anak) buat majlis harijadi ringkas ...tu pun kami terpaksa buat dengan cepat sebab dah ada tetamu yang datang..awal betul..hahaha..

Pic:Semoga mak ngan abah sihat dan bahagia selalu !!!

Kesian gak kat adik adik yang beriya -iya nak buat majlis harijadi ni..sekejap jer...tak sampai 5 minit..hahaha..paling cepat..sebelum abah layan tetamu yang datang..kami berikan hadiah untuk mak dan abah la...sepasang jam yang sedondon utk mereka berdua..hehehe..lepas upacara ringkas tu abah terus melayan tetamu yang datang dan mak lak terus sambung kerja-kerja kat dalam rumah la..

Pic: Tengah belek-belek hadiah dari anak-anak...hehehe..


Tengah malam lak, lepas semua orang dah balik , Adi dan adik beradik yang lain dan beberapa orang saudara dan kawan kawan yang ada..kitarang berkaraoke tak ingat alam, hahaha..sampai pukul 2pagi..lepas gian jugak la...siap jadi juri tu..hahaha..best ..best!!

AHAD 2 NOVEMBER 2008 -HARI MAJLIS PERKAHWINAN.

Pic: Di pagi majlis kahwin..

Alhamdulillah pagi ni cerah awan melindungi dari sinar matahari..memang hari ni sejuk jugak la..takde la panas sangat, nak kata mendung, tak juga, nak kata jerebu..takde la pulak..tapi suasana ok la..dulu masa adik Adi yang 1st kawin, hujan turun dengan lebatnya masa waktu pagi.

Pic: Bahagian basuh pinggan mangkuk

Pagi - pagi dah ada orang rewang dah..Adi bangun pagi - pagi dah ada yang sedang memasak kat luar rumah..rasanya diarang datang jam 5 pagi tadi kot. haha.. Adi bersiap dan terus keluar tolong apa yang patut..and sure la hari ni mesti sibuk punyer.Adi memang tak sabar nak bertemu sanak saudara hari ni ..yeah!





Pic: Suasana di balai makan!!

Pic: Sepupu -sepupu Adi!!

Takde benda lak nak citer, macam biasala kalau orang datang kenduri, makan, dan balik. tapi yang seronoknya dapat jumpa sanak saudara, kawan-kawan dan juga sepupu-sepupu yang lama tak jumpa..haha..borak sakan la..sambil makan-makan.

Pic: Pelamin pengantin.

Pengantin datang dalam pukul 1 ptg. Dengan di iringi pukulan kompang , pengantin lelaki masuk ke perkarangan rumah sambil pengantin perempuan menanti di hadapan rumah. Apabila pengantin lelaki sampai di depan rumah, atok saudara Adi telah membacakan doa selamat untuk pengantin, dan selepas itu pengantin bersanding di luar rumah dulu..untuk tatapan para hadirin.

Pic: Pasukan kompang pengantin!!


Time ni ADi jadi MC la..membebel citer pasal pengantin walaupun actually tak tahu apa-apa pun..mengarut jer la..hehehe..Kemudian pengantin masuk rumah untuk bersanding..time ni rumah dah penuh..Adi pun tak dapat nak masuk ..alahai...takper takper tunggu kejap..


Pic: Meja makan pengantin!


Pic: Pengantin sedang di tepung tawar

Akhirnya dapat masuk dalam rumah, walau pun masih ramai, tapi dapat menyelit jugak akhirnya..hehehe...Abg pengantin pun nak gak tengok pengantin bersanding kan...hehehehe

Pic: Pengantin dengan kawan - kawannya.


Pic: Selamat pengantin baru Suryani dan Sahli (SnS)


Pic: Gambar keluarga...tetap Arsenal jugak..hahaha

Adi ucapkan terima kasih pada semua yang terlibat dengan majlis kawin Pak Juraimi ni....Alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. Habis jer kenduri barulah rasa dia punyer penat..tapi tak per..seronok..bukan selalu kita buat kenduri cam ni ...sampai jumpa lagi untuk kenduri yang seterusnya..hehehe...pengantin apalagi...keesokkannya operasi membasuh periuk belanga la..hahahaha..Peace!!

6 comments:

Shukri said...

ko bila lagi adi??

mcm dh dekat je..
ahahahah

Fizah said...

alamak best la jadi nyer jadi Aulia, duduk atas pangku pak long.. :) Adi bila lagi?

Anonymous said...

emm..dh len lak muke kak yani..pape pon congrats kak yani..

PINATBATE said...

lepas ni kenduri Adi pulak yer...

ADIFASHLA said...

la la la la laaaaaa....:P

runescape gold said...

i agree your idea ! very nice blog