Thursday, May 29, 2008

SELASA 27 Mei 2008

Hari ni lepas jer On Air kat ERA, Adi ada rakaman untuk rancangan baru Astro Ria iaitu BOLOS.Adi cuma jadi peserta jer... Rancangan ini hanyalah untuk hiburan semata mata.

Pic: Jaga - jaga BOLOS menjelma!!

Rancangan ini dah popular di Argentina, Jepun dan yang terbaru Indonesia...sekarang ni kat Malaysia pula dan InsyaAllah.... rakaman yang Adi buat ni merupakan episod yang pertama yang akan keudara pada 2 JUN ini..jam 6ptg dan ulangan pada 9mlm.!!! so jangan terlepas tengok rancangan baru ni..hahahha....

Rakaman untuk episod pertama ni memang mencabar , yer la sebab semuanya baru pertama kali nak buat ..so ada beberapa adegan terpaksa di ulang beberapa kali...dan juga ada masalah teknikal yang kekadang mengambil masa yang agak lama untuk di selesaikan..sepatutnya pengambaran di jangka mengambil masa 2 jam sahaja...tapi Adi dah berada di studio Wisma Ali Bawal dari jam 4ptg sampai lah jam 1230 tgh malam!...huhuhuh..lama ker tak lama?...hmmm...memang LAMA!!!


Pic: Zizan host BOLOS bersama Adi yang pakar BOLOS!!..hahahaha...


Rancangan BOLOS ini di hostkan oleh Zizan Raja Lawak, hehehe..dan lawan Adi ialah pasukan yang diwakili oleh Annahita. 1st time jumpa dia , tak sangka beliau sangat peramah dan juga sporting! Cayalah!

Pic: Annahita dan Adi...rumah merah lawan rumah biru!!


Permainannya cukup senang, peserta di khendaki berdiri di tepi kolam yang disediakan, dalam jugak la..1.5meter! Lepas tu ada dinding yang bergerak menuju peserta yang berdiri di tepi kolam .Pada dinding tersebut ada beberapa bentuk tertentu yang boleh di gunakan untuk membolosi dinding itu...kalau tak bolos ..maka peserta akan jatuh ke dalam kolam lah...hahaha...senang kan?....nope..tak senang actually ..peserta kena ikut bentuk lubang yang ada pada dinding itu untuk BOLOS dan mengelakkan dari tertolak masuk ke dalam kolam yang airnya pahit!! Yupp adala beberapa mililiter Adi tertelan air kolam tu masa terjatuh!! uweeeeerrkkkkk!!!!


Pic: Team Kintel!!Team yang paling BOLOS!! ,
(dari kiri Apan , Adifashla dan Hadi)

Setiap pasukan di wakili oleh 3 orang peserta, ada 4 pusingan semuanya, pusingan pertama melibatkan 2 orang peserta, pusingan ke 2, melibatkan 2 org peserta juga, pusingan ke tiga melibatkan 3 peserta sekali gus cuba melepasi dinding dan pusingan Mega BOLOS...di mana seorang peserta (celebriti) di khendaki berdiri di tepi kolam tanpa mengadap dinding, sorang rakan akan memberi arahan untuk cara - cara meepasi dinding BOLOS itu tanpa celebriti mengadap ke kolam..hahahhaa..dah sah sah..pusingan ini ..celebriti akan kena masuk kolam..cehhhh!!!!!

Tapi rasa cam tak adil lak,,setelah penat buat pusingan awal, team yang masuk ke dalam pusingan Mega BOLOS akan kehilangan separuh jumlah hadiah kepada team lawan kalau tak berjaya membolosi dinding BOLOS..huhuhuhuhu..


Pic: TEAM SUPER KINTEL , Atie, Zareena dan juga Sally .

Actually mas anak buat rakaman ni Adi di beritahu tgh malam sebelum rakaman nak di buat , so tak sempat nak cari kawan kawan untuk turut serta, peserta yang bersama Adi tu adalah peserta yang di sediakan oleh pihak produksi...dan nak say thanks la kat Team Super Kintel yang sudi datang ke Wisma Ali Bawal untuk memberikan sokongan kepada Adi...hahahaha...walaupun Adi jemput mereka datang last minutes di atas permintaan producer...

Pic: Macam cicakman daaaa!! ..

Cuma satu jer permintaan Adi..kalau boleh la..next time air kolam tu kasi sedap sikit.air teh ker, air milo ker, sirap bandung ker?..ok jugak...sebab mesti ada yang tertelan punyer air kolam tu pada sesiapa yang jatuh la..yang tak jatuh jangan lak mengggatal nak minum air kolam tu..hahahahahaha...So kalau korang nak tahu siapa yang menan dalam episod pertama ini, jangan lupa tengok BOLOS ok2 Jun ini di Astro RIA...InsyaAllah!!!

Monday, May 19, 2008

AMP Company Trip - Bangkok 2008

Khamis 15 Mei 2008.

Hari ni merupakan hari untuk lawatan ke Bangkok sempena company Trip untuk semua staff AMP .Yahoooooooo!!!!



Pic: Selamat Datang Ke Suvarnabhumi Airport.


Adi dah beberapa kali ke Thailand, ..tapi ni baru 1st time nak ke Bangkok..Berkumpul kat Astro dalam pukul 5pg sebab flight akan berlepas dalam pukul 9pg la...sampai ke Bangkok dalam pukul 10pg waktu Bangkok...Bangkok adalah satu jam di belakang KL. perjalanan ambil masa 2 jam.


Pic: Kat dalam airport yang banyak hasil seni..menarik sekali.


Actually Adi tak jangkakan apa - apa..cuma bila sampai jer.. rasa Bangkok ni macam KL jer..huhuu..lebih kurang..Airport baru ni pun macam KLIA jer..tapi ianya lebih panjang..jauh juga menapak apa bila sampai kat terminal untuk ke bahagian bagasi..rasanya adalah berjalan dekat 1km..huhuhuhu..penat ..


Pic: Manalah beg ku ini.....ni kalau letak potato kat gelungsur ni..mau terpotong..


Airport ni memang cantik , tapi mungkin sebab baru ada beberapa bahagian yang belum bercat lagi..ataupun memang mereka biarkan tak payah cat..so kurang menarik la...hmmm nampak buruk la kalau tak cat. Lepas tu sistem bagasi kat sini ni kurang cekap sikit..agak lama juga kami tunggu bagasi nak keluar..yang menariknya ruang gelongsor untuk bagasi kat sini di perbuat dari besi nipis atau aliminium...hmmm gerun ..boleh buat potong sayur la..huhuhu..kalau letak jari silap silap terluka jari..kat KLIA..gelongsornya di perbuat dari getah..so tak merbahaya..



Pic:Sabor..saboor tunggu beg...pose maut dulu...hehehehe..



Pic: lamanya tunggu beg..sampai boleh mengelamun tengok papan gelongsor ni...


Hampir 1/2 jam jugalah menunggu bagasi ni..alahai lembabnya..dah la mengantuk giler..hahaha..akhirnya beg yg di tunggu selamat sampai..hehehehehe


Pic: Dengan awek Thai yang mengalungkan kalung selamat datang!!


Terus keluar dari bilik ketibaan..dan kami di sambut dengan kalungan bunga dari awek Thai!!..wahh excited weii...terubat la jugak selepas menunggu agak lama dalam airport tadi..hehehehe..nasib baik la...


Pic: Kitarang seronok sebab dapat bunga..hehehe...Adi, Jimmy dan Nasa.


Pic: Bersama Linda Onn




Airport Suvarnabhumi ni agak menarik dan besar jugak apabila berada di bahagian luarnya..macam kat stesyen angkasa lepas lak......hehehhe..lapangan terbang ni baru berusia 2 tahun kalau tak silap Adi.


Pic: Stesyen Angkasa Lepas Suvarnabhumi...hehehe...airport jer la..



Pic: Adi dan smek yang kemaruk bergambar dengan gadis Thai..heheheh..blah la smek..kaco jer...hehehehe!


Wallaweii..sebelum naik bas..nampak lagi gadis gadis Thai dengan pakaian tradisional mereka ..huuhuhu..apa lagi berebut la ambil gambar..hehehe...tulah pasal si Smek ni mengacau Adi jer..haduss...nak cepat punyer pasal..so takpe la..huhuhuhu


Pic: Semua teruja sebab naik bas ker?....atau?...

Lepas naik bas, ingatkan boleh la bergerak..rupanya kena tunggu jugak sebab ada 2org hilang..haaa?!!! Hilang?!!...yer..adusss..anak sapalak tertinggal ni...jadi kitarang tunggu la sampai hampir sejam jugak..duk dalam bas..aiyooo...penat menunggu jer....lepas tu Adi duduk depan lak...jumpa lak microfon..hehehe..apalagi belasah la buat konsert unplugged kat dalam bas...la la la la laaaaaa..Sawadeekap!!..Made In Thailand!!


Pic: Teruja tengok Adi nyanyi lagu Thai ke?!!..hehehe.."Sawadeekap...terima lah lagu yang ke 15 dari Adi!!.


Nak gi ke hotel dari airport agak jauh juga..ambil masa 1 jam lagi..tu kalau tak jem la kata pemandu pelancong kami..tapi nasib baik time ni ..time org bekerja..so jalan takde la jam..hehehehe..


Pic: Jalan masuk ke kawasan hotel


Nama hotel kitarang ialah Hotel Garden Queen Imperial ...sebab ianya berada di dalam kawasan taman bunga Queen Imperial. Jalan nak masuk kecil jer..tapi hotelnya boleh tahan la jugak besarnya...hehehehe...

Sampai sampai jer kat Hotel ada sambutan yang cukup meriah..siap ada tarian lak..di sebabkan ADi duk sibuk bergambar kat papan tanda yang menyambut kami ini..maka terlepas lak sesi tarian alu-aluan tu..hahaha..so takde gambar la..aisyehh!!


Pic: ABC cara Thai....

Masa kitarang sampai hotel dah dalam pukul 1ptg..memang sesuai lah untuk makan tengahari.apa lagi, makan tak ingat la..sekali teringin lak nak makan ABC..ABC diarang lain sikit..diarang tak gunakan ais yang di kisar halus..tapi mereka gunakan ais yang di pecahkan dan agak kasar sikit.Takpela..isinya lebih kurang sama tapi diarang ada letak jelly kelapa..hmmm memang sedap !!. Lepas makan kami tak boleh naik ke hotel, alamak kena buat sesi ala-ala motivasi sikit la..ok lah bukan apa sangat pun, just main beberapa permaianan .kiranya ni team building la..hehehe..adala dalam 2 jam jugak kami meluangkan masa..naik ke hotel lebih kurang jam 5ptg ..dah penat sangat dah..huhuhuhu


Pic: Bilik penginapan

Alhamdulillah, dapat juga berehat..biliknya cantik dan kemas..memang sesuai la tido...hehehe. hotel ni diketegorikan 4 bintang.




Pemandangan di luar hotel lak..sama macam kat KL lak..hehhe..tak jauh beza , dengan bangunan kecil antara bangunan besar, terasa macam kat jalan Pudu..hehehe..

Tapi Bangkok takdela sepanas KL masa time ni..jerebu pun ada la jugak. matahari pun takde la nampak sangat , redup semacam jer..agaknya mungkin jerebu punya pasal kot.

Adi berehat (tido) sampai lah nak maghrib, lepas tu mandi bersiap nak jalan jalan sekitar kawasan hotel. Nak ajak juga kawan yang lain , tapi memasing macam dah ada tujuan memasing. So Adi pun jenjalan lah sensorang..takut takut gak..tapi sebab nak tengok sangat suasana malam di Bangkok , so Adi pun jalan sensorang. Dekat dengan area hotel ni memang banyak rumah urut urut tradisional thai dan juga Spa..so kalau nak mengendurkan urat-urat tu memang banyak la pilihan...Adi nak juga buat reflexology..tapi bukan lah time ni..time ni jenjalan dulu...


Pic: Alamak besarnya gajah...fuyoo gajah dalam bandar la weii..

Tengah duk melayan pemandangan , tetiba Adi nampak ada benda besar kat depan..Ya Ampun gajah rupanya..selalu tengok dalam kandang, tapi gajah ni di biarkan lepas dengan penjaganya.Aduhh...takut juga adalah..sebab mengenangkan tak lama dulu ada kes gajah mengamuk di Thailand dan gajah tersebut terpaksa di tembak ..akibat gajah tersebut terlalu stress dan juga kepenatan..rasa kesian lak kat gajah ni..nak buat cam mana..dengan cara tu jer la mungkin tuan dia boleh bagi makan..Tengah leka tengok gajah, tetiba ada mamat ni cakap Thai dengan Adi...mak aii..manalah Adi faham...pastu dia cakap Inggeris sikit bila Adi tak faham..ada ke minta 20Bath untuk ambik gambar gajah tu....cehhh..banyak cantek!! adi terus blah jer la...cuak tu cuak gak..mana tau kalau dia gangster ker kan..huhuhuhu...

Jauh juga Adi berjalan , hampir 5km jugak la jalan kaki, tengok pemandangan bangkok dan panorama Bangkok yang pelbagai..nak gak cari shopping complek..akhirnya jumpa juga la..hehehePic: Emporium Shopping Complex

Shopping complex pertama yang Adi jumpa iaitu Emporium ..ok lah takde la besar sangat. Kira dalam nya ala - ala seperti Berjaya Times Square...tapi yang ni kecil jer la..banyak kedai yang menjual barangan berjenama mewah la..even butik LV , Gucci, Versace pun ada kat dalam ni. Adi cuma beli T shirt jer kat sini. Kira mahal la jugak barang barang yang ada kat sini...relax dulu..jangan habiskan duit dulu..huhuhuhu...

Pic: Cantik la..letak kat rumah muat tak?..huhuhu

Pic: Sajer jer ambik gambar perhiasan dalam Emporium ni, cantik kan?!!..huhuhu

Lepas keluar dari Emporium, terus sambung jalan jalan lagi, tapi lepas Adi rasa dah makin jauh dan dah tak jumpa apa-apa yang menarik..balik la ke hotel..alamak..nak jalan balik yang malas ni..hahahaha..

Pic: Kolam Utama Hotel

Pic: Hotel Penginapan dari Taman Queen Imperial

JUMAAT 16 Mei 2008


Pagi ni aktiviti bebas dilakukan, Adi dan juga member yang lain bercadang nak jalan jalan kat Bangkok ni, dengan menaiki BTS. BTS ni sama cam LRT kat KL ni. Lagi pun stesyen BTS tak jauh dari hotel. Jadi kenalah naik BTS dari Stesyen Phrom Phong menuju ke Stesyen Siam

Pic: Stesyen BTS Phrom Phong


Pic: Alamak cam mana nak beli tiket ni?..


Hehehe, masa nak naik BTS kena tengok orang lain beli tiket..sebab tak faham sistem ni la..jadi kebetulan lak ada kaunter tiket..so Adi decide nak beli dari tiket kaunter sebab ada pegawai yang brtugas..Adi bagi 30Bath kat pegawai tu..duit kertas...lepas tu dia bagi Adi 30Bath dalam bentuk syiling lak...aikk..!! apasal lak ni kan?..takkan tiket tu free lak...rupanya dia tukarkan duit syiling tu jer..dan suruh Adi beli tiket kat mesin tiket juga..aik!! macam tu lak gayanya..hahaha..ambil masa gak la nak beli tiket...

Pic: Wahh Nana pun ada juga stesyen BTS sendirik..kaya ko Nana oiii!!


Sampai ke stesyen BTS Siam terus turun menuju ke Siam Central..Ni shopping complex gak yang terletak antara Siam Paragon dan juga MBK. Siam Central ni satu bangunan dengan Siam Tower

Pic: Apa motif ku ambil gambar di sini?!!!

Pic: Didalam Siam Central

Pic: Ruang membeli belah Siam Central

Pic:Wahhh ada AF5 kat sini...tapi kena beli baju dulu..hehehe..kalau nak jumpa AF5..

Tengah usha-usha dalam Siam Central sekali ternampak poster atas tu..hahahhaa...rupanya kat Thailand sekarang tengah ada Akademi Fantasia musim ke 5..hahahahahaha...wahh still ada lagi ke AF kat Thailand ni..Sebuah butik baju ni (Jenama EPC) mungkin salah satu penaja untuk AF5 Thailand la....so masa Adi ambil gambar gambar pasal AF5 Thailand kat butik ni, Adi ada perasan ada beberapa pekerja yang senyum senyum lak..hehehe..mesti diarang ingat Adi ni peminat setia AF5 diarang tu...hehehehehe..

Pic: Awek awek AF5 Thailand..eh mana Mila?..huhuhuhu

Pic: Jejaka - jejaka AF5 Thailand

Lepas pusing pusing kat Siam Central terus cari sky bridge pergi ke MBK.Kira MBK ni agak fames jugak la kat Bangkok ni..MBK ni kira macam Sungai Wang macam kat KL.Sebab kat sini macam- macam boleh di cari khabarnya. masa kat jejantas baru nampak suasana kat Bangkok ni..warna warni la...sebab teksi dia yang pelbagai warna..

Pic: Di hadapan MBK

Pic: Warna warni Bangkok! Teksi dia memang happening !!warna dia jer..kekadang tak pakai meter gak!

Pic: Makan time...bersama Azhar dan juga Mr Hor ( Engineering)


Memang betulah, memang rambang mata sikit kat dalam MBK ni, barang dia pun boleh tahan murah juga la dan banyak pilihan dari pakaian sampailah ke kedai spare part kereta.huhuhuh..Kebetulan Adi nampak kedai spare part kereta..apa lagi shopping sakan la..samapai pokai!! Beli barang kereta jer...hahahaha

Pic: Ada Astro kat Bangkok?..hehehehe...sambil usung barang..huhuhu


Pic: Siam Paragon

Pic: Sawasdeekappp! Kap Kun Kappp!!

Lepas 2 jam kat MBK terus ke Siam Paragon, di mana Shopping complex ni adalah yang terbaru dan jadi tarikan utama orang yang banyak duit nak shopping kat sini. Di sebabkan Adi dah pokai time ni, so tak beli apa-apa la kat sini.lagi pun ianya sama jer cam kat One Utama. err..One Utama lagi besar la!! for sure la.

Pic: Siam Paragon dari Luar

Pic: Di Lobi Siam Paragon, sambil usung barang! poyo gilerr..

Pic: Alamak !! Ada MOS BURGER la,,,,walla weii...beli ..beli!! sedapnya!!


Kiranya separuh hari juga Adi berada di 3 lokasi pusat membeli belah ni..balik ke hotel dalam pukul 3ptg. Esok kalau ada masa Adi datang lagi la..hehehe...balik hotel , makan dan terus turun untuk berenang sebelum naik dan bersiap untuk pergi makan malam kat Sungai Chao Phraya..yes !! malam atas kapal!!Yahooo


Di sebabkan tempat untuk menaiki cruise ni agak jauh ..ambil masa 1 jam juga nak pergi..maka kami bertolak awal..takut tertinggal kapal la pulak.Kami bertolak dari hotel dengan 4 buah bas bertolak dalam jam 545ptg..dan kena berada di jeti sebelum pukul 7ptg. sebab cruise akan bermula jam 8mlm.


Pic:Pemandangan Bangkok dari dalam Bas



Pic:Pemandangan Bangkok dari dalam Bas

Dalam perjalanan dalam bas, dapatlah melihat bandaraya Bangkok dengan lebih jelas..banyak kuil kuil yang terdapat di Bangkok ini, dan rekabentuknya memang cantik.Ngam kami sampai ke jeti dalam pukul 7otg..wahh semua orang teruja nak makan di atas cruise yang akan mudik ke sungai Chyo Phraya..


Pic: Bukan Cruise ini yang kami akan naik...mak aii ramainya orang tapi jaket keselamatan ada ker tu?


Pic: Cantik nyer kapal ni..tai ini bukan kapal kami..kapal ni tak muat ni...huhuhuhu

Pemandangan di sini memang cantik dan air sungai nyer juaga agak bersih..hmmm memang di jaga..pemandangan bangunan bangunan dan juga hotelhotel di tebing sungai amat cantik sekali, terutama bila time time senja ni..walla weii..tetiba lak rasa romantik...huhuhuhuhu


Pic: Inilah kapal kami ..besar dan panjang...yahooo...


Alamak..tak tahu nama bangunan ni..sapa tahu?...


Menarik juga apabila makan di atas cruise ini. tapi kami tak mentusuri sepanjang sungai ini..hanya buat pusingan apabila dah belayar dalam 5 km..pusing pusing la dalam radius tersebut. Nampak lah beberapa bangunan dan kuil yang menarik seperti Kuil Wat Arun

Pic: Kuil Wat Arun

Makan malam ni cukup meninggalkan kenangan yang indah , sebab tgh kami menikmati malam di atas kapal ini , tetiba pengacara menyuruh kami semua memandang ke langit...Adi tengok la..takde benda apa-apa pun..tetapi tiba tiba...wah!!! bunga api!! cayalah!!! best giler la..ada bunga apai..memang garand giler la malam ni!! cayalah AMP!! ..Persembahan bunga apai berlangsung selama 5 minit..walaupun sebentar tapi terharu dengan usaha AMp untuk membuatkan perjalanan ke Bangkok ini menjadi bermakna sekali!..Syabas AMP!!


Kami pulang ke Hotel dalam pukul 10 malam dan ada yang mengambil kesempatan untuk singgah sebentar ke Pasar Malam Pat Pong....Tapi Adi lak memilih untuk balik ke hotel, sebab dah tak larat nak berjalan..hehehehe..


SABTU 17 Mei 2008

Hari ke -3 berada di Bangkok, Hari ni kami di bawa ke sebuah pasar terbuka yang terkenaldi sini..iaitu pasar Chatuchak .Pasar ni memang jadi tumpuan ramai sebab banyak barang anda boleh dapat kat sini. Chatuchak di katakan antara pasar hujung minggu yang terbesar di dunia.


Pic: Di hadapan pasar terbuka..Chatuchak

Kami sampai dalam pukul 10 pagi..kira pasar ni baru nak buka. memang baru nak buka pun. .kawasan untuk pasar terbuka ni memang besar la..lebih besar kot dari kawasan Tamana Teknologi Malaysia..huhuhuhu...Adi pun tak tahu nak cari apa kat sini...


Pic: Pose ..jangan tak pose!!

Di sebabkan tak tahu nak beli apa,so Adi tengok tengok jer la..beli la beberapa cenderahati kecil jer..Harus di ingat , di sebabkan pasar n adalah pasar terbuka, maka panasnya memang tak hingat la!!! Maklumlah dalam satu hari pasar ini menerima sehingga 200 000 org pengunjung pada hujung minggu.

Pic: Mana nak cari EXIT ni?..hmmm..kanan yer..hmmm

Kalau tak biasa datang sini boleh sesat..tapi takpe..pasar ini di bahagi kan dengan beberapa zon yang di wakili dengan pelbagai warna. tak pun tengok sign board la..huhuh..kalau tak tahu baca sign board..takpe cari la Abg Polis yang pakai baju ketat tu tanyakan arah..Kalau dia tak tahu cakap Inggeris , hmmm kena belasah la cari jalan keluar sendiri...pasar ni memang besar


Pic: Tersenyum sakan apabila menemui tempat yang agak lapang dan tak panas sangat! huhuhuhu


Pic: Kelapa Mawar yang di bakar ..mau cuba?..


Pic: Hmmm rasanya macam air kelapa la....dah memang kelapa..apa laaa..

Dari pakaian sampailah kemakanan ..sampailah ke haiwan..pun ada juga di jual..cuma Adi tak jumpa lak kedai jual spare part kereta..hahaha...takkan lah nak jual kat pasar kan?..huhuhuhu...manalah tahu kalau rezeki..siapa yang tahu..betul tak?..tapi dah banyak kali Adi pusing memang tak jumpa.

Oh come onnnn..please!!! aiyaaaa...kenapa la tokey jual haiwan ni bengong sangat..bukan apa, Adi kesian giler tengok arnab ni kena kurung dalam sangkar kecik ni..nak pusing badan pun susah agaknya..memang lah nak jual..tapi patut-patut la letak kat sangkar besar ke atau dalam bekas besar ker..suppaya arnab tu bebas sedikit..alahai...cubala kalau kita kena kurung cam ni..mahunya menangis selalu!!Siap ada yang pakaikan baju lagi..huhuhu..wish can help u my frens... :(

Pic: Hamster pun ada juga..oklah ni..sangkar pun besar ..barulah selesa..


Pic:Alahai comei nya anak kucing ni..alaaaa busyukk-busyuk!!

Selain itu juga ada ppuppy dan anak kucing yang dijual. comel giler anak kucing tu..dan amat murah. Kalau kat malaysia kita nak beli kucing siam ni ..mahu dalam RM800 hingga beribu kan..tapi kat pasar ni anak kucing ini di jual dengan harga Bath 2000 jer atau RM200 jer..murah giler...tapi tulah takleh la beli, sebab takleh bawak balik KL..Ingat senang nak bawak balik KL..some more kucing ni mungkin takde sijil beranak nyer..so takleh la nak beli..kalau beli pun nanti kat KLIA kena kuarantin dulu..alahai lecehh...

Pic: Ni antara benda benda pelik yang Adi jumpa....serammm!!


Pic: Begini la keadaan didalm Chatukchak dengan lorong yang agak kecil.


Pic: Bunga pun ada jual..istimewa untuk mat bunga!!


Pic: Lampu perhiasan yang menarik

Pic: Lampu ni berharga RM10 jer kat sini ..tapi kalau jual kat KL jadi RM100...huhuhuhu


Pic: Di stesyen BTS Mo Chit..

Disebabkan hari semakin panas dan suasana kat dalam Chaktukchak makin sesak, maka Adi bercadang nak pergi balik ke MBK untuk beli barang barang lain, lagi pun selesa sikit. So Adi dan member member pergi ke MBK dengan menaiki BTS dari stesyen BTS Mo Chit


Pic: Dalam BTS, nampak macam lapang takde orang..hehehe...memang la sebab Mao Chit adalah stesyen yang pertama.



Pic: Stesyen Radio G-MM Media.



Pic: Era..rentak muzik terkini....opss silap tag line!



Pic: Sebuah konti radio dan seorang penyampai radio



Pic: Wallaweii guna sistem yang sama la..cool..so Adi boleh kerja kat sini la!!


Sampai Kat Siam Square dari Chatukchak shopping jap kat dalam Siam Central..sekali terjumpa sebuah konti yang beroperasi dalam shopping complex ni..wallaweii..cool giler ahh. Tapi takde DJyang bertugas..tapi sistemnya tgh ON. HmmAdi duk usha - usha jugak la kan..hahaha..kerana sistem yang di gunakan sama juga dengan apa yang ada di konti Era.fm..hahhaa..so boleh kerja kat sini la..cuma tak pandai cakap Siam la..hehehe..


Balik ke Hotel dalam pukul 3ptg dan bersiap sedia untuk Malam Gala AMP..di mana kami di khendaki memakai pakaian yang meniru artis masa lalu...hahahaha..Malam Gala AMP ini adalah untuk menghargai para petugas yang selama ini yang berkerja keras untuk AMP..kiranya malam penghargaan AMP kepada pekerja nya la...temanya ialah BACK FROM THE PAST...macam macam ikon yang muncul malam ini..antaranya..

Pic: Gene Simmon of KISS


Pic: KRU bersama Ali G


Pic: Yasser Araffat dan Tunku Abd Rahman.


Pic: Boss AMP a.k.a John Lennon


Pic: Kenny Roger...hehehe..versi mudanyer..


Pic: The Spartian

Pic: The Matrix


Pic: Jedi of Star Wars



Pic: Amy Winehouse...huhuhu....tatoo lukis pakai celak jer...huhuhuu..cool


Pic: Adi ERA as a Adi Xfresh..Back to The Past la kan?!!...hehehe..

Pic: Adi dan juga Mahatma Ghandi...cool

Malam Gala AMP tamat dalam pukul 1 pagi. Tapi memang puas hati dengan gelagat memasing yang memperagakan fesyen ikon mereka..Adi lak?..hmm actually Adi takde nak buat persiapan, so masa Malam Gala tu Adi cuma pretend jadi Tom Cruise...hahahah...sebab nak selamatkan diri..sebab sesiapa yang tak pakai pakaian ikon ni akan kena denda iaitu makan belalang goreng atau cili padi...huhuhuhu.


AHAD 18 Mei 2008

Setelah 4 hari at Bangkok, akhirnya dapat balik ke KL semula..yahoo..bukan apa..sebab dah rindu nak makan makanan dengan selesa , sebab kat Bangkok ni, malah kat airport ni memang susah nak cari makanan halal. Terpaksa la berpuasa dan hanya makan coklat jer...kebanyakkan masa..nak merasa tom yam..alahai tak dapat la kat Bangkok ni.


Pic:Ye ye nak balik!! ye yeeeeee...

Check out dari Hote dalam pukul 12tgh hari, terus ke airport Suvernabhumi, huhuhu..mungkin di sebabkan semua kepenatan sebab Malalm Gala semalam, semua yang ada kat atas bas tertido sampai la kat airport..hahaha..termasukla Adi..penat weii



Pic: Airport Suvernabhumi (ruang pemeriksaan emigresen)



Pic: Macam kat dalam terowong yang besar..


Pic: Ruangan membeli belah di dalam airport

Pic:Selamat tinggal Bangkok!! sampai jumpa lagi!!

Pic: Airport SuvarnaBhumi ...sebelum take off...jumpa lagi Bangkok


Pic: Indahnya ciptaan tuhan...mengelamun Adi di saat ini..hehehe..


Kami sampai ke KL dalam pukul 9 malam...itu sahaja catatan Adi untuk kali ini..InsyaAllah kalau ada rezeki Adi akan berkunjung lagi ke sini..Tapi tak tahu la bila...syukur alhamdulillah selamat kembali ke KL dan kerja balik!!!!!! waaaa!!!!!!!!