Thursday, May 29, 2008

SELASA 27 Mei 2008

Hari ni lepas jer On Air kat ERA, Adi ada rakaman untuk rancangan baru Astro Ria iaitu BOLOS.Adi cuma jadi peserta jer... Rancangan ini hanyalah untuk hiburan semata mata.

Pic: Jaga - jaga BOLOS menjelma!!

Rancangan ini dah popular di Argentina, Jepun dan yang terbaru Indonesia...sekarang ni kat Malaysia pula dan InsyaAllah.... rakaman yang Adi buat ni merupakan episod yang pertama yang akan keudara pada 2 JUN ini..jam 6ptg dan ulangan pada 9mlm.!!! so jangan terlepas tengok rancangan baru ni..hahahha....

Rakaman untuk episod pertama ni memang mencabar , yer la sebab semuanya baru pertama kali nak buat ..so ada beberapa adegan terpaksa di ulang beberapa kali...dan juga ada masalah teknikal yang kekadang mengambil masa yang agak lama untuk di selesaikan..sepatutnya pengambaran di jangka mengambil masa 2 jam sahaja...tapi Adi dah berada di studio Wisma Ali Bawal dari jam 4ptg sampai lah jam 1230 tgh malam!...huhuhuh..lama ker tak lama?...hmmm...memang LAMA!!!


Pic: Zizan host BOLOS bersama Adi yang pakar BOLOS!!..hahahaha...


Rancangan BOLOS ini di hostkan oleh Zizan Raja Lawak, hehehe..dan lawan Adi ialah pasukan yang diwakili oleh Annahita. 1st time jumpa dia , tak sangka beliau sangat peramah dan juga sporting! Cayalah!

Pic: Annahita dan Adi...rumah merah lawan rumah biru!!


Permainannya cukup senang, peserta di khendaki berdiri di tepi kolam yang disediakan, dalam jugak la..1.5meter! Lepas tu ada dinding yang bergerak menuju peserta yang berdiri di tepi kolam .Pada dinding tersebut ada beberapa bentuk tertentu yang boleh di gunakan untuk membolosi dinding itu...kalau tak bolos ..maka peserta akan jatuh ke dalam kolam lah...hahaha...senang kan?....nope..tak senang actually ..peserta kena ikut bentuk lubang yang ada pada dinding itu untuk BOLOS dan mengelakkan dari tertolak masuk ke dalam kolam yang airnya pahit!! Yupp adala beberapa mililiter Adi tertelan air kolam tu masa terjatuh!! uweeeeerrkkkkk!!!!


Pic: Team Kintel!!Team yang paling BOLOS!! ,
(dari kiri Apan , Adifashla dan Hadi)

Setiap pasukan di wakili oleh 3 orang peserta, ada 4 pusingan semuanya, pusingan pertama melibatkan 2 orang peserta, pusingan ke 2, melibatkan 2 org peserta juga, pusingan ke tiga melibatkan 3 peserta sekali gus cuba melepasi dinding dan pusingan Mega BOLOS...di mana seorang peserta (celebriti) di khendaki berdiri di tepi kolam tanpa mengadap dinding, sorang rakan akan memberi arahan untuk cara - cara meepasi dinding BOLOS itu tanpa celebriti mengadap ke kolam..hahahhaa..dah sah sah..pusingan ini ..celebriti akan kena masuk kolam..cehhhh!!!!!

Tapi rasa cam tak adil lak,,setelah penat buat pusingan awal, team yang masuk ke dalam pusingan Mega BOLOS akan kehilangan separuh jumlah hadiah kepada team lawan kalau tak berjaya membolosi dinding BOLOS..huhuhuhuhu..


Pic: TEAM SUPER KINTEL , Atie, Zareena dan juga Sally .

Actually mas anak buat rakaman ni Adi di beritahu tgh malam sebelum rakaman nak di buat , so tak sempat nak cari kawan kawan untuk turut serta, peserta yang bersama Adi tu adalah peserta yang di sediakan oleh pihak produksi...dan nak say thanks la kat Team Super Kintel yang sudi datang ke Wisma Ali Bawal untuk memberikan sokongan kepada Adi...hahahaha...walaupun Adi jemput mereka datang last minutes di atas permintaan producer...

Pic: Macam cicakman daaaa!! ..

Cuma satu jer permintaan Adi..kalau boleh la..next time air kolam tu kasi sedap sikit.air teh ker, air milo ker, sirap bandung ker?..ok jugak...sebab mesti ada yang tertelan punyer air kolam tu pada sesiapa yang jatuh la..yang tak jatuh jangan lak mengggatal nak minum air kolam tu..hahahahahaha...So kalau korang nak tahu siapa yang menan dalam episod pertama ini, jangan lupa tengok BOLOS ok2 Jun ini di Astro RIA...InsyaAllah!!!

6 comments:

edzlin007 said...

wah adi. tak sabar nak tgk bolos ni. cam best je. apsal lak air tu pahit ek? rupa cam air swimming pool jerk. adi, awk mmg leh ganti cicakman lor, agak kurus jugak awk ni eh...

IdaDuta said...

waahh! ni rupanya bolos...xsabar hendak menontonnya...

ADIFASHLA said...

Hahaha..tengok la BOLOS tu..dalam gambar tu nampak kurus sebab adi tahan nafas..hehehehe...tak tahu la nanti cam mana dalam TV..hahahaha...air kolam tu pahit sebab ianya adalah air paip yang bercampur dengan polesterin..huargghhh!!!!sakit tekak adi ...

ADIFASHLA said...

Cicak Man?..tak mau la...kalau jadi Superman ok la...hahaha..superman yang boroi!! hahahaha

Just Nis said...

laa, cam tu rupanya bolos ni ek..

kalu ikutkan teaser yg dok tayang kat tv, ingatkan citer ala2 csi.

matilaa lari konti x hengat kann!

;p

b E e L a t H i R a said...

wahaaa...uMah biru dPt masuk mega bOLos..tP kaLah pLak..sO mEraH dPt gAK $500..sAdiS2..hUhU =))