Saturday, January 17, 2009

Liga Malaysia - Selangor VS N.Sembilan

Hari yang sama juga...lepas tengok badminton kat stadium Putra Bukit Jalil, Adi balik ke rumah dan bersiap sedia untuk ke stadium Shah Alam lak untuk menyaksikan perlawanan Liga Super Malaysia antara Selangor menentang N.Sembilan. Lepas Maghrib Adi keluar rumah , sebab member ambik..hahaha..malas nak pergi actually..tapi sebab ada "driver"..oklah...huhuhu...On d way ke Shah Alam, singgah dulu beli air kat stesen minyak dekat stadium.. lepas tu terus beli tiket dan juga cari makanan dulu..sebab dari tengahari tadi kat stadium Putra Adi just makan ayam goreng jer..perut lapar la..ingat nak cari berger jer..hahaha..paham - paham la..berger stadium takde la happening sgt ..tapi boleh jer la....tapi rupanya sekarang ni dah ada juga yang jual nasi....hmmm..apa lagi... beli nasi la...heehehehe..

Pic: Tempat jual nasi..

Memandangkan Adi pergi ke stadium Adi ni dengan 2 orang member dari Kedah..so diarang ajak duduk kat penyokong N.Sembilan...huhuhu..Adi tak kisah la..sebab Adi nak tengok jer...sebab ada juga penyokong Selangor yang duduk kat bahagian penyokong pihak lawan..ala sempoi jer la...hahahaha....tapi apa apa pun..makan dulu la kan..huhuhu...kitarang duduk kat atas sikit ..jauh sikit dari orang dan makan..macam berkelah lak..huhuhu..lapor beb...laporrr..

Pic; Berkelah di dalam stadium



Pic: Menu "Nasi stadium"


Pic: Geramnya tak dapat join diarang!!!!

Alhamdulillah Selangor menang bergaya dengan 3-0..Hehehe...member Adi yang menyokong N.Sembilan tu gigit jari la..hahaha..habis jer game terus balik ke rumah sebab nak tengok Arsenal main lak...cellemek..hari ni memang hari sukan bagi Adi la..tapi tengok game Arsenal tu tak lama la..sebab tertido depan TV...hmmm TV tengok Adi....Zzzzzzzzzzzz...esok nak tengok Final Badminton Terbuka Malaysia

Tuesday, January 13, 2009

Tengok Badminton Terbuka Malaysia 2009


Sabtu 10 Jan 2008

Hari ni Adi tengok kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2009 . Saja jer sebab lama tak tengok badminton secara Live ..alang - alang ada kat KL ni..so datang la..Masa Adi sampai takde la ramai sangat orang...beli tiket RM25 dan terus masuk..wahh rupanya kat dalam dah agak ramai juga..

Walau pun nampak cam kosong buat masa ni , sebab masa Adi sampai tu dalam pukul 2 ptg...tetapi semasa perlawanan yang awal ni takdela ramai sangat, sebab ramai yang datang dalam jam 3 ptg sebab nak tengok perlawanan Dato Lee Chong Wei menentang Peter Gade...perghhh..Adi pun memang nak tengok perlawanan ni la...

Pic: Dato Lee Chong Wei

Dalam perlawanan ini nampaknya kalau ikutkan skill..memang la memihak kepada Peter Gade..tetapi Dato Lee Chong Wei adalah seorang pemain yang cukup tenang dan mampu mengawal apa juga situasi serangan..hehehe...sudah pastilah kemenangan berpihak kepada Dato Lee Chong Wei..

Pic: Buat bising ..terjerit jerit sampai hilang suara!!hahaha

Memula Adi sensorang jer..haha..sekali dah masuk dalam stadium jumpa la..kawan -kawan yang kaki badminton juga..hahaha...masuk "line" diarang la..hehehe..sempoi jer...Lama jugak Adi kat dalam stadium ni..dari jam 2 ptg sampai kul 630 ptg...

Thursday, January 8, 2009

La la la laaa..ilang suara...

Pic: Senyum..senyum..huhuhu

Sekarang ni memang musim orang demam, sakit la, selsema la..tak terkecuali Adi la..adus..hari Selasa lepas , masa baru bangun tido dapat rasa sakit kat tekak..alamak, tanda - tanda awal nak selsema dan juga sakit tekak...takpe la ..makan jer gula gula untuk tekak...still semakin melarat lak..hmm..sah..kena selsema la sikti..huhuhu..memang tak selesa...suara jadi sengau dan susah nak bernafas kalau malam..huhuhu.

Ohhh..7 Jan 2009 , terjuma Dato Siti Nurhaliza yang datang ke AMP..huhu..ambil kesempatan untuk "pinjam" suara dia la..hehehe..tgh borak -borak ngan dia, tetiba phonenya berbunyi.."sekejap lagi sampai, Bie tuggu yer.." hahaha..panggilan manja Datuk K dari Dato Siti. Hahaha...ooo dia ada temujanji la..dan suaminya dok tunggu dah..alahai kesiannya...tak lama lepas tu Dato Siti berlalu pergi..meninggalkan kitarang termasuk Ray yang tersengih-sengih sebab baru tadi dapat berduet dengan Dato Siti..hahaha...Sapa yang dengar show 10-1 ERA pada hari ni (8 Jan) ..dapatlah dengar Ray nyanyi....

Pic: Dengan Roslin Hashim..yang duduk tu ialah Raja Azmi


Balik rumah dalam pukul 5ptg..mengantuk dan juga rasa cam nak demam dah..sejuk semacam...telan paracetamol dan juga vitamin C untuk elak demam makin teruk..lepas maghrib, Azhari (PR for Imran Ajmain, 6ixth Sense , etc )ajak Adi main badminton kat Damansara Height. Jauh juga tu..memula rasa berat hati nak pergi main, memandangkan badan tak berapa sedap....tapi sebab lama dah tak bersukan, so Adi SMS Azhari balik...

"Aku nak main..jap lagi aku sampai!!!!"

Mainlah,sampai kat dewan tu..rupanya ada Gigi (6ixth Sense), Azrul Cham 9Raja Lawak) dan pelakon dan juga pelawak Farouk Hussein...wahh meriah...pulun lah lagi..tgh main tetiba nampak kelibat Roslin Hashim..huhuhu..dia dtg dengan Raja Azmi..agaknya tengok kitarang main kot..tapi dia tak main la..kalau dia main..mahunya kitarang di bulinya..hahaha..maklumlah "pro"....

Lama juga la dia lepak ngan kitarang, hampir satu jam jugak..lepas tu dia chow la..hahaha...tapi Adi memang seronok la..main start jam 10 malam dan tamat jam 130pagi..haha..tak sedar masa dah lewat..sebab enjoy sangat! ....Yeahh!

Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun baru Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009

Assalamualaikum,

Adi ucapkan selamat tahun baru 1430H dan juga 2009. Nah, tahun baru ni takde la buat apa sangat. Masa sambutan kedua-dua tahun baru ni Adi duduk kat rumah jer..nak keluar, tapi mengenangkan jam kat mana - mana, so duduk jer la kat rumah..dari rumah Adi boleh nampak bunga api kat KLCC dan juga Genting.

Tahun 2008 dah berlalu..antara peristiwa yang menarik dan yang akan Adi kenang berlaku pada Adi sepanjang tahun 2008 ialah


1. Dapat anak buah yang pertama, seronok tak terkata..hehehe..dah jadi "Pak Long" dah Adi, Farah Aulia lahir pada 12 Feb 2008.Maklumlah anak buah yang pertama ..so excited sikit la..huhuhu...





Pic: Farah Aulia dah nak setahun dah!!

2. Pada 12 Feb 2008 juga hari terakhir Adi keudara bersama Xfresh FM. Setelah hampir 3 tahun lebih bersama Xfresh dan 2 tahun mengendalikan segmen "Planet Xfresh" bersama Julia, dan selepas itu "Beyoncet" . Akhirnya hari ini Adi terpaksa mengundurkan diri dari Xfresh FM. Sayang memang lah sayang, sebab Xfresh FM ni lah yang mengasah Adi untuk jadi penyampai radio..dan banyak juga kenangan yang Adi lalui masa kat Xfresh FM. Walau pun Xfresh FM ni "kecil" sahaja...tapi semangat kerja kat sini memang menyeronokkan..kitarang macam adik beradik kat sini...hmmTak ramai yang tahu Adi akan meninggalkan Xfresh..malah Adi juga tak boleh ucapkan bye bye kat pendengar setia Adi..:(...arahan orang atasan..harap pendengar "Planet Xfresh" faham..dan kenangan dengan korang memang best giler!!!


Pic: Gambar masa hari terakhir kat Xfresh FM!!


Pic: Dengan Beyoncet dan Dina yang ucapkan bye bye kat Adi pada malam last kat Xfresh FM!

3. 13 Feb 2008. Hari ni Adi menyertai keluarga ERA. yup..tawaran ini di berikan oleh pihak Era dan memang Adi teruja untuk bersama ERA dan Adi diletakkan bersama Kieran dan Nana untuk segmen Pagi@Era. Sesuatu yang berbeza tapi sesuatu yang menarik juga Adi lakukan.


Pic: Kieran, Nana dan Adi ...Pagi@Era 2008


Pic: Team ERA masa lepak kat PD!!

4. Satu hari Adi berjalan - jalan drive kereta...tiba tiba ternampak iklan kat tiang lampu..Iklan pasal rumah, Adi pergi lah ke pusat pameran rumah tersebut...entah kenapa terus minat kat rumah tu selepas melihat rumah contohnya..dan terus booking...hmm am i crazy?...satu pelaburan yang memerlukan komitmen yang agak berat untuk Adi..takper la, dari duit tu berbelanja utk entah apa-apa nanti..baik beli rumah..alhamdulillah ..ni tak sabar nak tunggu rumah siap la..tapi banyak jugak kena buat..nak cari duit lagi...untuk renovation la..


5. Seronok sangat dapat menyertai Konsert Jelajah Era keseluruh negara! Selama 5 minggu tanpa henti...penat memang la penat ..tapi best!!



6. Dapat meminjamkan suara untuk Filem "CAMP ROCK"....Adi memegang watak suara yang di bawa atau dilakonkan oleh Kevin Jonas..dari kumpulan Jonas Brother...Terima kasih Disney's Movie yang memberikan peluang ni pada Adi




7. Pertama kali dalam hidup Adi, bertugas di hari raya ..Selalunya sebelum ini Adi biasa cuti seminggu atau 2 minggu..tapi raya kali ni kena kerja..so ..sedikit sebanyak raya tahun 2008 tak berapa seronok sangat la..:P


8. Mengembara seorang diri ke Singapore..hahaha..dah lama nak cuba mengembara seorang diri ni..so pilih la Singapore dulu, sebab rasanya kat sana selamat sikit...3 hari kat sana berjalan sakan la..mana tahu future nanti boleh backpack sensorang atau dengan kawan la ke tempat yang jauh sikit.



9. Pertama kali berat badan Adi mencecah 70kg..cess dan rasa cam dah gemuk!! dulu 64kg jer..hahaha...tahap metabolisma dah jatuh dah ni..hahaha..nak kena jaga kesihatan dan pemakanan la...boss pun dah bising dah...hahaha..


10. Adik Adi yang ke-3 berkahwin pada 2 Nov 2008. Dapat adik ipar lagi..hehehe..


Untuk tahun 2009 ni...

Azam Adi nak kerja lebih baik, nak stabilkan ekonomi ..dan nak happy selalu!! tak nak dah stress stress...orang cuma tengok luaran jer..dalam hati..haha..tak siapa yang tahu..betul tak?..actually tahun 2008 adalah tahun yang agak stress bagi Adi...harap-harap tahun 2009 ni akan lebih baik la..AMIN!! Selamat tahun baru semua!!