Monday, March 29, 2010

Mari ke Taman Negara Pulau Pinang.


Salam, Pada 10-11 April ini Adi akan mengunjungi Taman Negara Pulau Pinang Mungkin ramai yang tak tahu sangat pasal Taman Negara paling muda di Malaysia..iaitu Taman Negara Pulau Pinang...sempena Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) bertempat di Dataran Taman Negara Pulau Pinang.

Yang kurang jelas..ini ada sedikit info berkenaan Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.
Info Pelawat :

Penginapan


Kemudahan penginapan tidak disediakan di dalam taman. Hanya peserta yang menyertai program pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan dibenarkan berkhemah. Disebabkan kedudukan taman adalah mendekati Bandar, maka pelawat boleh memilih penginapan yang lebih selesa di Georgetow, Batu Feringghi, dan Teluk Bahang. Ia termasuklah hotel pantai yang bertaraf lima bintang, dan hotel dan asrama yang ekonomi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Taman Negara Pulau Pinang

Jalan Hassan Abas,Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang
Pulau Pinang
Tel: (604) 881 3530/ 04-881 3500
Faks: (604) 881 2016

Antara yang menarik di sana nanti, Adi akan turut serta dalam acara melepaskan anak anak penyu ke dalam laut. Ini adalah acara yang Adi nantikan sangat sejak dari dulu...dan anda juga boleh turut serta...Jadi..kalau takde benda nak buat, jom sertai Adi dan kawan kawan PERHILITAN ke Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang pada 10 dan 11 Mei ini ok!!! Terutama yang ada berkeluarga ataupun pelajar pelajar sekolah yang berminat utk tahu lebih lanjut berkenaan Taman Negara Jumpa kat sana ok!!!!

2 comments:

Edzlin said...

Mei ke April abg adi. confused ni. acara ni percuma ke?

saya pernah pergi taman neg penang ni dulu, bila cerita dkt kawan rupanya ramai tak tahu ada tmn neg di penang.

awaputih said...

awa putih.....
pew yg mnarik taman negara?????n ckner nk sertai karnival n????