Pulang dari Bali awal pagi tadi, Adi cuma berehat beberapa jam sebelum memandu seorang diri ke Gopeng , Perak untuk rakaman rancangan TV "ChipsMore Land musim ke -5! Sebelum ni Adi pernah menyaksikan rancangan rialiti kanak kanak ni kat TV3, tapi tak pernah terlintas yang satu hari nanti Adi akan jadi salah sorang hostnya....huhuhu...
Ianya bermula bila satu hari tu Adi pergi audition utk satu rancangan kanak kanak untuk Astro Ceria....audition tu dibuat kat Red Comm...sekali diarang nak juga Adi cuba untuk audition bagi ChipsMoreLand musim ke -5 ni.....
Para peserta musim ke - 5 ni di ujibakat beberapa bulan sebelum rakaman di lakukan, mereka ni terdiri daripada pelajar pelajar sekolah dari seluruh negara. Ujibakatnya di lakukan pada bulan April dan awal Mei yang lepas....jadi 12 orang peserta telah terpilih!!!Seronok bekerja dengan bebudak ni...hahaha....mendengar cerita diarang memang kelakar....so Adi pun jadi budak budak balik la...hehehe
Sepanjang 5 hari ni Adi tinggal dalam pondok yang dibuat di atas pokok...memang best! Cuma satu jer la yg tak tahan ....iaitu bila semuk mula naik..hahaha...pandai pandai la nak survive....:)
Kat sini tak payah aircond sebab bila malam memang sejuk giler ...lebih lebih lagi kalau hujan lak...perghhhh...malah dalam bilik pondok Adi kat tengah tengah terpacak pokok hutan dalam bilik....:) cool kan?!!
Dalam musim ini cabaran yang disediakan memang mencabar sekali...antaranya memanjat batuan bukit dan bergayut dengan tali, memasuki gua peninggalan komunis , dan banyak lagi..korang tengok la sendiri nanti..
Pic: Para peserta sedang mendengar taklimat..
Ada adegan kelakar, lucu, tetapi ada juga adegan "air mata" yang berlaku ....memang penuh drama kali ni...hahaha....kesian pun ada juga kat diarang ni, tapi nak buat cam mana, adat pertandingan ...ada yang menang ....ada yang kalah....hahaha....
Dalam satu hari , kami merakamkan dua episod..iaitu bermula jam 6pagi ...dan berakhir jam 8 malam. Memang agak memenatkan , tapi di sebabkan seronok melakukan aktiviti aktivit sukan ni, kekadang tak sedar masa berlalu....
Pic: Waktu makan...krew pun berehat!!!
Hari ke-3 , kitarang menjalani pengembaraan kat Kellie's Castle kat Batu Gajah, ni 1st time sampai ke sini. Selalu tengok dalam tv jer..hahaha....Kali ni peserta kena mencari barang dan juga menuruni Kellie's Castle.....fuhh agak tinggi juga....dan kat sini banyak juga "drama" yang berlaku...saksikan nanti ok!! Hehehee...Hari kedua kitarang merekamkan CML5 kat Tambun jer....Diarang terpaksa memanjat bukit dan juga menghadapi haiwan haiwan seperti ular, katak dan tikus utk mendapatkan klue mereka.
Selepas habis rakaman pada hari yang ke-3. Adi sempat meninjau bangunan bersejarah ini yang mula di bina pada tahun 1905!! Di bina oleh William Kellie Smith untuk isterinya... Bangunan ni dah di baik pulih, dan persikitarannya agak indah juga. Bila naik ke atas bumbung , lagi la cantik permandangan sekelilingnya....
Di katakan William Kellie Smith merancnag untuk meninjau di bahagian bumbung ini utk melihat keadaan ladangnya yang luas di sini...
Selain bangunan, tak jauh dari Kellie's castle terdapat sebatang pokok yang mempunyai bentuk seolah olah seekor beruang sedang bertenggek di atasnya....ada nampak tak?...
Sesi pengambaran di sini berakhir agak awal juga, dan kami ad abanyak masa utk berehat di Erath Camp nanti!!! Boleh mandi sungai lagi!!! Hahahaha...
Hari ke-4 kami menjalankan pengembaran sekitar Earth Camp di Gopeng sahaja, aktiviti sungai harus di hadapi oleh peserta...yah..Alhamdulillah semuanya berjaya di laksanakan dengan selamat sekali!!!! Walaupun air sungai agak laju alirannya!!!
Hari yang ke-5 , Kami meninggalkan Earth Camp dan menuju ke Lumut ,Perat utk acara terakhir . Jarak antara Gopeng dan Lumut ialah 80km, jadi kami kena bergerak awal utk ke lokasi. Episod ke-6 ni adalah episod kemuncak!! Siapa yang akan menang?..kenala tengok ok!!!
Pic: bersama Krew yang sentiasa mengekori Adi , John(Cameraman), Din(soundman) dan Ah Boon (Director)
Pic: Gambar kenangan dengan semua peserta ChipsMore Land 5
Kat Lumut ni memang agak panas, dan episod terakhir juga berjaya di selesaikan dengan jayanya, dan cukup manis sekali , kitarang semua bersorak kegembiraan tepi pantai bila semua adegan telah di rakamkan..yeah!! happy happy sangat!!! Walau macam manapun sedih jugak la nak berpisah dengan peserta peserta CML5 ni...sebab kitarang dah rapat..walaupn hanya 5 hari saja bersama!!! InsyaAllah kalau di beri peluang lagi, pasti Adi akan lakukan CML ni....hehehe...jangan lupa saksikan tayangannya nanti di TV3!!! ChipsMore Land musim ke-5!!!!