Sunday, June 13, 2010

Jalan Jalan Bali (Part2)


HARI ke -2

Hari ni lepas sarapan kitarang di benarkan untuk pergi Shopping samada ke Kuta atau Ubud. Memandangkan semalam dah ke Kuta so hari ni Adi ingat nak ke Ubud. Ubu adalah tempat untuk sesiapa yg berminat utk beli barangan kraftangan dan cenderahati istimewa Bali.


Pic: Dekat Ubud! Banyak giler jualan barang kat sini!!

Nak sampai ke Ubud dari hotel, mengambil masa 1 jam juga la...bila sampai kat Ubud..suasananya ala - ala seperti Bukit Kayu Hitam kat Kedah tu....hahaha...nak beli baju ker..ukiran ker..semuanya ada. murah jugak la..kalau korang tahu menawar mesti dapat punya la...Adi takde la nak beli apa apa..just belikan t-shirt jer utk family...dan anak anak buah punya.

Agak agak dah dapat apa yang di cari , maka tiba masa untuk mencekik la....Adi terpaksa berjalan jauh sedikit untuk mencari Nasi Padang, memandangkan susah nak cari restoren halal di Ubud ni...


Pic: Pilih la mana yang nak...


Pic: Bila tengok dalam gambar ni, agak menakutkan juga apa yang Adi "cekik" ni...hahaha


Lepas makan kitarang pun bersiap sedia untuk balik dalam pukul 2ptg ( waktu di Bali sama dengan waktu di Malaysia) kerana petang nanti ada majlis makan malam untuk AMP! Yippiiii!!!!

Pic: Lokasi makan malam tahunan AMP di buat di tepi pantai! (pemandangan dari bilik Adi.)

Selalunya majlis makan malam tahunan syarikat di buat dalam hotel hotel, tetapi kali ni AMP buat makan malam di tepi pantai di hotel penginapan kitarang! Memang best la...di samping makan makan , dapat juga menikmatan kesegaran bayu laut di waktu malam...hahaha..

Pic; Dengan "orang orang kuat"AMP, Mr Sree, me, Dato Borhan, Mark Heng!!
(Team 1Malaysia)!!

Jadi tahun ni temanya agak simple sahaja iaitu "Beach party"...so tak yah pikir susah susah nak cari baju tema...hahaha....

Pic: Meja makan

Pic: with Burn, Abg Azizan (Abg Kurus-penerbit Riuh pagi Era) and me..

Memang seronok bila dapat makan malam ramai ramai kat sini, selain acara makan makan , juga ada acara cabutan bertuah dan juga persembahan band! Tapi yang paling menarik ialah persembahan bunga api!!!! Yup selama 15 Minit!!!! Perghhhhhh...macam new year lak!!! Meriah!!

Pic: Me and Kak Engku (Sinar FM) seronok layan bunga api!!


Pic: Pak Nil dengan gaya pantainya ..sambil menyaksikan bunga api!!


Pic: Bersama salah seorang idola penyampai radio Adi - Adiwati!! (THR.FM)

Majlis makan malam berakhir dalam pukul 1130mlm...semua seronok dengan makan malam kali ini....balik hotel tido la..esok nak pergi jenjalan naik cruise lak.....

4 comments:

Idin CJ said...

njalok jajan eyy..;D

ADIFASHLA said...

hahaha,,tuku kicap aieee....haha

edzlin007 said...

fuyooo 15 minit bunga api... best eh pergi bali. ada perancangan nak ke sana lagi tak abg adi?

ADIFASHLA said...

Entah..tengok la nanti dengan Tune Talk!!!