Tuesday, January 25, 2011

Petikan Mstar Online berkenaan HERO MALAYA


PETALING JAYA: Pengacara Aznil Nawawi bersama lebih 20 selebriti tanah air yang menggelar diri sebagai Hero Malaya akan mengadakan aktiviti amal pertama mereka pada Jumaat ini di pasar raya Carrefour Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Menurut Aznil, aktiviti amal tersebut bertujuan membuat kutipan derma yang akan disalurkan ke sebuah badan kebajikan yang dipilih.

“Aktiviti ini yang pertama kami lakukan selepas kumpulan Hero Malaya ini ditubuhkan. Pada asalnya ia sekadar mahu berkongsi pandangan dan pendapat sehinggalah timbul idea membuat kutipan amal ini.

“Selepas saya usulkan ia disambut baik oleh semua ahli yang ada sehinggalah menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh masa yang singkat ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Kumpulan yang ditubuhkan pada awal Januari lalu melalui laman sembang maya, Blackberry Massenger (BBM) ini akan bekerja sebagai petugas pasar raya Carrefour dan hasil pendapatan mereka nanti akan diserahkan terus ke badan kebajikan tersebut.

“Mulai pukul 3 petang pada Jumaat ini, 20 Hero Malaya akan bekerja melayan pelanggan Carrefour. Kami bekerja secara berkumpulan di beberapa bahagian pasar raya, termasuk bahagian kaunter pembayaran.

“Manakala orang ramai yang datang untuk memberi sokongan boleh menyumbang dengan membeli barangan yang kami sediakan,” ujarnya yang mendapat tajaan penuh dari Carrefour.

Tambah Aznil, misi utama Hero Malaya yang ditubuhkan ini adalah sebagai kumpulan selebriti yang aktif untuk kegiatan kebajikan.

Malah menurutnya jika ia mendapat lebih banyak sokongan ia mungkin didaftarkan sebagai sebuah persatuan atau badan bukan kerajaan.

“Saya memang berazam untuk banyak buat kebajikan tahun ini, namun jika untuk melakukannya seorang diri mungkin sukar. Alhamdulillah ia mendapat sambutan dari selebriti lain.

“Saya mendapat maklum balas yang agak memberangsangkan sehinggakan ada peminat yang turut ingin sertai kami, kalau sokongan berterusan kami akan berusaha untuk mendaftarkannya sebagai sebuah pertubuhan kebajikan atau Badan Bukan Kerajaan,” katanya.

Pic: Poskad yang anda boleh miliki.

Antara selebriti yang terlibat ialah Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adi Fashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.


P/s : Kawan kawan dijemput datang untuk memeriahkan majlis ok!! Pada 28 Jan 2011 mulai jam 3ptg sampai 8mlm. :)







2 comments:

Edzlin said...

Dapat beri sokongan dari jauh aja. di kedah skrg. chaiyok2 abg adi #HeroMalaya hehe

Rusma Gadis Ungu said...

hai Abg Adi....
Wah...!!!!bagus tu.Diharap teruskanlah usaha nih...kalau boleh bykkan lagi acara seperti nih. Bangga gile Rusma bile terdgr brite ni..Insyaalah kalu tiada aral melintang Rusma memberi sokongan kpd sume yg terlibat k!kalu x pon memberi semangat dan sokongan dar jauh jerk k!! lupa pulak. Tahniahlah kepada penganjur dan semua yg terlibat k!!!