Saturday, October 29, 2011

Majlis Kahwin kawan Badminton - Shakir.


Pic: Geng ceria meria!!
SABTU 8 OKT 2011

Selamat pengantin baru utk rakan badminton Adi ni, iaitu Shakir dan juga isterinya, Julie. Majlis berlangsung di The Duchess Place di Ampang. Memang cantik tempatnya, sesuai untuk majlis perkahwinan la..:)

Pic: macam nak pergi awards Show!!!


Pic: Gambo beramai ramai..

Adi datang bersama dengan kawan kawan badminton yang dapat 2 meja pada hari tersebut. Shakir ni dulu mulanya adalah lawan kitarang bila kelab badminton Adi mengadakan perlawanan persahabatan dengan kelab si Shakir ni. Tapi sekarang dia dah jadi regular kat kelab badminton kitarang lak...hehehe...


Majlis berlangsung dgn santai dan menarik. Makanannya pun sedap. Lebih lebih lagi pengantin perempuan telah menyanyikan sebuah lagu khas untuk pengantin lelaki..alo lo lo looo...so sweet lah!! Hehehe....

Pic: Pie yang sedap!!

Paling kelakar semasa majlis sedang berlangsung, ketika Adi tengah makan...entah macam mana ...ada orang tersilap gesel kaki...hahaha....agaknya entah siapa la yang tergeselkan kaki Adi...bukan sekali , tetapi 3 kali....hmmm.....kali pertama terkejut gak..tapi buat buat cool jer.....kali kedua, rasa kehairanan dan tertanya tanya dalam hati pulak.....tgok muka kat meja...takdelah sesiapa yang boleh disyaki...hahaha....dalam hati Adi berkata...ni mesti tersilap gesel kaki orang ni....hahaha

But kali yang ketiga tu.......Adi terkedu jugak...hampir tersembul fillet ikan yang ada dalam mulut ni.....pasti Adi pun berkata dengan lembut tapi tegas....

"Woi!! Tu kaki aku la yang ko gesel...!!"


Pic: Sedang menutup muka dengan keropok , teknik terkini bagi mengesan penggesel kaki ku...uhuhu

Semua orang kat meja tu senyap beberapa saat....lepas tu semua berderai ketawa...hehehehe...termasuklah Adi...merah muka....hahaha....sampai sekarang tak tahu kaki siapa yang menggesel kaki ku itu...hahaha



Pic: Shakir dan Julie...doi...i need a better camera la lepas ni...

Selamat pengantin baru kepada Shakir dan juga Julie, semoga berbahagia ke anak cucu dan ke akhir hayat!!! :) Amin!! Terima kasih juga sebab jemput Adi :)


Pic: Licccccciiiiiiiinnnn!!!

Bateri kereta kong lagik!!!!


ISNIN 3 OKT 2011

Aduhhhh time time nak pergi meeting , kenapa la diduga dengan benda benda cam ni...sabor jer la.....start kereta , tapi tak nyala...alamak!!! Bateri dah kering!!!! Aduhhh!!!Nasib baik sempat sampai ke rumah dari Ipoh semalam...kalau kena kat Ipoh semalam memang terbakar kepala la...


Panik sekejap la..nak buat cam mana ni....nak meeting ni....call kawan kawan yang terdekat , semuanya sibuk kerja..aisyeh.....

Laaa....nasib baik ada internet...so online kejap cari mana mana bengkel yang terdekat dengan rumah Adi, yang boleh pasangkan bateri kat rumah...hehehe..Alhamdulillah dapat juga....okla, di charge xtra RM10 jer....tapi disebabkan orang tu buat kerja dengan cepat dan segera dtg ke rumah Adi, Adi bagi duit tips lagi kat diarang....oklah!!! hehehe...happy sangat kot! So lepas ni kalau kehabisan bateri, call jer la...mcm order pizza...hehehe

Still...tak sempat pergi meeting la....:(




Thursday, October 27, 2011

Rumah Terbuka Raya Azwan Ali lepas bulan Syawal?...

Pic: Satay yg maha sedap!!
ISNIN 3 OKT 2011

Pelik tapi benar....Azwan Ali bikin rumah terbukanya selepas bulan Syawal dah berlalu beberapa hari yang lepas....Mcm tahun tahun lepas, Adi dan Reza dapat jemputan ke rumahnya yang terletak di Keramat. Terima kasih Abg Wan sebab sudi jemput.

Pic: Juadah rumah terbuka, tapi takde nama uniknya....hehehe

Dah namanya Azwan Ali ...kalau tak meletup rumah terbukanya memang tak sah...kali ni antara yang menarik ialah siap disediakan karpet merah lagi untuk menerima kehadiran tetamu...waaaa...meriah gedebusss..vavavooommm katanya..hahaha...


Pic: Makan satay sambil bergosip!

Masa Adi sampai dalam pukul 9mlm dengan si Dina, memang ramai gak artis yang datang...kebanyakkanya pelakon la...penyanyi pun ada jugak...malah ada juga artis yang datang dengan rombongan motor motor besar lagi..perghhh bingit dgn bunyi enjin menderum!!


Pic: Ingat majlis anugerah jer ada karpet merah, rumah Azwan Ali pun ada jugak la...


Tapi yang Adi nak puji sangat sangat ialah....satay yang disediakan oleh Azwan Ali....mak aiiii..sedap gilerr..tak pernah Adi rasa satay sesedap ini....hmmm....orang yang bakar satay tu ada jer kat tepi rumah...memang fresh dan panas la....

Adi duduk di satu meja yang turut disertai oleh pelakon Sharifah Shahora dan juga beberapa wartawan yang hadir. Ahhh Adi cuma fokus pada satay..satay...dan satay...tengok , berapa kali Adi repeat!!!kebetulan pulak memang lapar giler..hehehe....
Pic: Bob tgh tunggu bukunya ditandatangani ...

Tahun ni makanan makanan yang disediakan takde pulak diletakkan nama nama khas seperti tahun lepas...cthnya tahun lepas ada "mee goreng taratai layu di tasik madu"...dan macam macam lagi la.....nama nama makanan dia kelakar giler...hahaha....bila tanya Abg Wan kenapa tak letak nama nama khas?...dia kata...."tak sempat"

hahaha.....

Oh yea..bila di tanya kenapa dia buat rumah terbuka selepas bulan syawal...katanya sebab lepas balik umrah hari tu dia sibuk dan katanya lagi...."Azwan Ali kan penuh dengan kejutan!!"...hehehe...janji kau bahagia Abg Wan!! hehehe

Pic: Dina Excited nampak duit syiling banyak banyak...

Lepas lepak makan kat luar rumah, Adi, Dina dan Reza lepak pulak kat dalam rumah Azwan Ali yang meriah . Kat dalam ni ada lagi beberapa orang pelakon yang lepak...(err kebanyakkanya Adi nampak kat tv, tapi nama tak hingat la...) Kitarang pun berborak borak sambil Azwan Ali ditemuramah oleh wartawan. Sambil borak borak tu, tetiba Dina nak pinjam duit kat Adi.....Adi tanya nak buat apa?..

Dina: Aku nak beli buku ni ha.....!!!
Adi: Uiksss ....buku ni?!!!

Adi bagi duit kat Dina and dapatlah buku tu...hahaha...buku apa lagi...buku "Selamat Tinggal Dunia Pondan"...hahahaha.....

Ohh ni la buku yang duk di heboh hebohkan tu....


Adi pun belek belek buku yang ditulis oleh AzwanAli ...apa yang best sangat?....belek punya belek....pastu banyak lak gambar gambar zaman Azwan Ali meletup kat Muzik Muzik dulu....dan gambar gambar artis Malaysia yang muda muda belia....(sekarang dah kertu la..) hehehhe. Macam best lak buku ni...hahaha... pastu Adi bisik kat Dina....

Adi: Pssttt , Dina, duit balance tadi, ko belikan buku tu satu lagi yer...utk aku....
Dina: Wahhhh....beli jugak...


Pic: Pose lepas kenyang makan satay....tahan nafas....kepit....hehehe

Hahaha, dapat lah jugak buku SJDP tu yg berharga RM25 , siap tandatangan lagi....hehe..support la rakan artis! Korang pun beli la kalau betul betul minat Azwan Ali ni.....kenali dia dari sejak zaman dia mula mula terkenal dulu.....zaman Adi kecik kecik laaaa.

Pic: Gambar kenang kenangan..

Apa-apa pun nak ucapkan terima kasih kepada Azwan Ali yang ajak Adi and geng yang lain beraya kat rumah...dah beberapa tahun dijemput....insyaAllah tahun depan jgn lupa jemput lagi yer Abg Wan!...hehehehe......pukul 11 mlm kitarang pun beramsur dengan perut yang gendut sebab penuh dengan satay!!!! Alhamdulillah!!!

Pic: I love this photo!!!


Milo Camp di Ipoh Perak


Ahad 2 Okt 2011

Adi menyertai Milo Camp yang berlangsung di Ipoh Perak. Adi drive dari KL ke sana...Acara ini menampilkan 3 sukan iaitu bolasepak, Bolajaring dan Bola keranjang. Acara ini berlangsung di sebuah kampung .

Adi datang untuk memeberikan hadiah hadiah sambil membuat permainan yang mudah dan menyeronokkan...hehehe...

Acara yang Adi lakukan adalah membaling bola masuk ke jaring basketball tetapi dengan badan membelakangi tiang gol...hehehe..basically tak nampaklah kat mana jaring basketball tu...kira nasib la...

Satu lagi ialah sepakan penalti bolasepak tapi dengan menggunakan tumit kaki sambil membelakangi gol...hehehe...seronok gak la tengok aksi budak budak ni yang tak henti henti nak mencuba....excited nak dapat hadiah percuma....:)


Monday, October 24, 2011

Rumah Terbuka Raya ERA 2011

Pic: Kita makan dulu...hehe

AHAD 24 Sept 2011

Rumah terbuka Era berlangsung di Satay Station di Ampang dengan anggaran tetamu lebih kurang 300 orang yang menerima jemputan dan juga pemenang peraduan Riuh Raya Erathon.

Adi sampai awal satu jam sebelum acara sebenar berlangsung...dalam pukul 12 dah sampai dan makan satay dulu kat belakang pentas...hehehe....habis lah juga satu hidangan satay!! Yum Yum!!

Pic: Satay yang segar dan panas...sedap dimakan....trust me!!!

Pic: Kambing panggang!


Pic: kek Era yang diberikan oleh pendengar Era , Kak Lela

Para tetamu ada yang dah sampai awal juga, semangat sungguh, seronok kitarang menerima kehadiran pendengar Era yang sporting pada hari itu. Sambil makan makan , kami dihiburkan dengan persembahan ghazal dan juga nyanyian daripada penyampai penyampai Era dan juga artis jemputan.


Di majlis rumah terbuka Era ini juga turut dipersembahkan video ketika kami berkunjung ke rumah pendengar pendengar ERA ketika Jelajah Riuh Raya Erathon.....tengoklah video kat bawah ni!! :)


Pic: Video terima kasih atas kejayaan Riuh Raya Erathon :)


Pic: Aril

Antara artis yang ada ialah Aril , Hafiz, Hazama, Akim, Nera dan Adira. Mereka semua menyanyikan lagu popular masing masing dan juga lagu lagu raya yang mereka dah rakamkan dengan penyampai penyampai ERA.

Pic: Me with Hafiz

Pic: Dina, Hazama dan Adira



Pic: Akim

Pic: Dina sempat lagi berduet spontan lagu ghazal...org Johor la katakan...hehehe




Malangnya hari ni , PakNil tak dapat datang sebab dia sibuk dengan latihan untuk teater "The Secret Life Of Nora" yang akan dipentaskan tak lama lagi.







Lepas makan , sebahagian daripada kami pun lepak lepak dan juga berjoget lambak beramai ramai...memang best lah...hahahaha.....dengan lagu lagu tradisional yang di persembahkan.





Pic: Geng geng EMC dan PDRM Seremban.

Majlis Rumah Terbuka Ea ini juga menerima kehadiran rombongan motorsikal besar daripada EMC ( pasukan pengiring ketika jelajah Riuh Raya Erathon) dan juga daripada pasukan PDRM Seremban yang singgah sebentar ke majlis kami pada hari ini!











Saksikan gambar gambar pendengar ERA yang datang kemajlis kami dan menikmati hidangan yang disediakan. Hampir pukul 5ptg kami pun mula beredar dan juga sebelum balik kitarang pun bergambar sakan lah!! Hehehehe....

Pic: Team Skuad ERA


Terima kasih yang datang! InsyaAllah tahun depan kita jumpa lagi di Rumah Terbuka Era ok!!

Pic: Bas Era yang kebetulan lalu depan majlis kami!!hehehe