Friday, December 30, 2011

Ira ERA Kahwin..

 


AHAD 11 DEC 2011


Adi kena jadi pengacara untuk majlis perkahwinan kawan kerja Adi yang juga penyampai radio ERA iaitu Ira Mohd Amin . Majlis berlangsung di sebuah dewan di Ulu Kelang. Ira berkahwin dengan Shazril ..dan mereka berkenalan sejak zaman sekolah lagi...malah dia pernah clash dengan Shazril selama 2-3 tahun....mungkin sebab jodoh....akhirnya mereka bersatu juga di jinjang pelamin....sweet bunyinya kan...korang layanlah video pasal diarang kat bawah ni...video ni memang cute la...




Pic: Me with Fara Fauzana..

Adi berpasangan dengan Farah Fauzana menjadi emcee majlis perkahwinan ini dan kami sepakat memakai baju serba putih. Actually Fara dah buat rehearsal semalam...tapi memandangkan Adi ada konsert Jelajah Desa Digi kat Tg Karang, so tak dapatlah datang rehearsal..Nasib baik Faraa baik hati tolong bgtahu apa yang perlu dilakukan ketika majlis sedang berlangsung...such a pro!! Tq Fafau!! :)



Majlis ni boleh dikatakan simple tapi cute!! yeah ! Yang bestnya ayahanda Ira telah menyediakan banyak pantun dan skrip yang tersedia..memudahkan kerja Adi dan Farah...hehhee...tq Uncle!!  Ramai yang memuji majlis perkahwinan Ira ni  (kembang hidung dia kalau dia baca blog ni) hehehe....Sayangnya cuma Adi seorang jer penyampai Era yang hadir untuk majlis resepsi hari ni..penyampai yang lain berada di luar KL sebab ada komitmen yang telah dipersetujui lebih awal...



Tapi kawan kawan sekerja yang lain memang ramai yang datang...hehehe..best!! Apa apa pun tahniah kat Ira dan Shazril...semoga kekal ke akhir hayat korang ok!! Cute couple!!!




Pic: Bergambar beramai ramai dengan kengkawan rapat!







P/s: aku?........hmmmm

1 comment:

Edzlin said...

Semoga Abg Adi pun bertemu jodoh juga. cute sangat video tu. esk2 bila abg adi kahwin, buat video camtu juga tau :D