Sunday, February 12, 2012

Adifashla dan Maxis iPhone 4s : Aplikasi Maxis Customer Servis


Minggu lepas, masa Adi kat Singapura, banyak juga buat panggilan dan sms ke Malaysia. Kadang kadang terlupa pulak yang kita ni berada di negara orang, maklumlah dah terbiasa….rasa macam kat KL pulak..hehehe…. jadi kenalah pandai pandai kawal budget kita, termasuklah bil telefon. Nasib baik Maxis ada Aplikasi perkhidmatan pelanggan ataupun Maxis Customer Service App.

Semuanya memang dah tersedia dalam Iphone 4S Maxis Adi. Tapi kalau korang belum ada aplikasi ini , korang boleh dapati  secara Percuma di iTunes Store. Maxis Customer Service App ini dapat menunjukkan info tentang akaun atau pun bil semasa talian Maxis kita tak kira di mana saja kita berada. Tak payah nak buat panggilan pun, cuma gunakan aplikasi Maxis Customer Servis dan Adi boleh tahu  berapa bil yang Adi dapat masa kat Singapura tu...takyah la..hehe…senang citer…guna banyak, bayar sikit….best kan  !!  Oklah minggu depan Adi nak citer pulak pasal aplikasi khas untuk penggemar-penggemar filem, iaitu Maxis Movies App….bersambung…J

No comments: