Friday, February 10, 2012

Lagu Parody untuk futsal ERA FM vs Twitter Jaya

Jumaat 10 Feb 2012


Esok akan ada perlawanan futsal antara Era FM menentang Twitter Jaya di The Challenger Sports Centre Petaling Jaya. Semua penyampai ERA FM akan beraksi...oh yeah!! Agaknya siapalah yang akan menang yer...hehehe...ni lagu yang Adi dan Zahid gubah sikit petang tadi ...hehehe...

Thursday, February 9, 2012

Lunch dengan Cikgu Siti Hajar

Pic: Me, Nana, Althea (anak Nana) dan Cikgu Siti Hajar

Rabu 1 Februari 2012

Memulanya Adi nak ajak Cikgu Siti Hajar (Cikgu Vokal AF1) lunch sama sama kat KLCC bulan lepas, tapi cikgu pulak sibuk sgt...jadi ingat boleh jumpa minggu lepas...cikgu pun sibuk gak...jadi cuti hari buruh ni jugak yang cikgu free...kebetulan si Nana ternampak Twitter Adi dgn cikgu Siti...so dia pun nak ikut sekali...lepas tu terus tersebar... dan Reza pun join sekali bersama Sahri dan juga Riz...ni kiranya super mini reunion AF la kononnya...hahaha...lama sangat tak jumpa cikgu Siti dan lepak sama sama dengan dia...hehehe

Pic: Chicken with Mushroom

Perjumpaan dibuat di sebuah restoren makanan Arab kat Plaza Shah Alam di Shah Alam. Adi sampai dulu sebab ikut plan pukul 12tgh hari...lepas tu baru la Nana dan yang lainnya muncul..aduh..tak puas berboradgcikgu sebab memasing bercerita dan mengenang kembali saat saat kat AF dulu...hahaha
Makanannya juga not bad kat sini..Adi makan nasi "Mandi Daging Kambing"...hmm bau kambingnya sangat kuat...mbeekkkk...hahaha

Pic: Nasi Mandi Kambing

Sayangnya Adi takleh lama..lebih kurang jam 115ptg Adi dah beransur sebab kena on air jam 2ptg...agak rushing jugak la..tapi nasib baik sempat...dengar citer diarang yang lepak sampai pukul 4ptg jugak la...aisyeh jeles la...huhuhu...takper a , next time boleh lepak lagi kot...hehehe...

Pic: Althea , Nana, Cikgu Siti, Riz, Reza, Sahri and me...


Tahniah kat Hafiz yang menang AJL26



ISNIN 30 Januari 2012


Hari ni Juara AJL26 iaitu Hafiz menerusi lagu Awan nano berkunjung ke Petang ERA...dia juga menang anugerah vokal terbaik dalam AJL26 tu...perghh kemenangan berganda...oh yer...Tahniah juga kepada M.Nasir yang buat lagu tu dan juga kawan badminton Adi iaitu Budhi yang menggunakan nama Budhi Hikayat yang menulis lirik lagu ini....tengokla video kitarang kat bawah ni yer...:)






Sunday, February 5, 2012

Adifashla bersama Maxis iPhone 4S dengan Aplikasi Maxis Roam

Dua bulan lepas Adi bertemu dengan seorang selebriti tempatan yang datang ke Studio Era untuk temuramah. Ahh rasa cemburu dengan selebriti wanita tersebut….bukan apa, sebab dia sudah memiliki iPhone 4S  yang dibelinya di London. Lebih lebih lagi selebriti itu sempat membuat demo di depan Adi dengan menggunakan aplikasi terbaru daripada iPhone 4S  iaitu SIRI. Macam best lak bila tengok selebriti tu berborak dengan SIRI...dalam hati Adi terdetik juga..bila la nak dapatkan iPhone 4S ni…




Akhirnya pada 15 Dec 2011,  Maxis secara rasminya melancarkan pelan pelan untuk memiliki iPhone 4S ini! Ahh pucuk dicita ulam mendatang, iPhone 4S  berwarna putih menjadi idaman hati! Pelan untuk memiliki iPhone 4S  ini cukup mesra pengguna, malah kita boleh memiliki iPhone 4S  32G SECARA PERCUMA untuk masa yang terhad dengan Pelan 24bulan ivalue 4 !! Wahhh bestnya!! Kita juga boleh mendapatkan iPhone 4S 16GB daripada Maxis pada harga  RM1250 dengan Pelan 24 bulan ivalue 2. Pilih saja pelan mana yang korang mahu…pasti ada yang berkenan di hati…..

 Belum puas  Adi belek belek iPhone 4S, kena pulak pergi Singapura, memang sah sah lah tak boleh nak berpisah dengan iPhone 4S  baru ni. Nasib baik la Maxis ada Aplikasi Maxis Roam dalam iPhone 4S  ni .

Apa yang best pasal aplikasi Maxis Roam ni?...haaa..meh Adi habaq sikit…Aplikasi ini boleh kita gunakan kalau kita pergi keluar negara dan memudahkan kita berhubung dengan kenalan atau keluarga kita di tanah air. Manalah tahu kot kot boss telefon ada projek nak buat kan?!..hehehe….ok! Yang menariknya, aplikasi Maxis Roam ini akan mengesan secara automatic di negara mana kita berada. …yup! Betul! 
Seterusnya ia juga akan mengesyorkan kadar caj panggilan dan data yang terbaik dan termurah andai kita menggunakan Maxis dari negara tersebut! Senangkan! Jadi takdelah kena caj yang mahal mahal kalau gunakan talian telefon dari luar negara……fuhh!! Lagi satu , Adi ni memang malas nak beli sim kad daripada syarikat telco di Singapura, yer la, lepas tu nak kena daftar lah ..leceh la kan .., buat apa?. Sedangkan kita boleh jugakan talian Maxis terus dari Singapura. Betul tak?. 

Jadi kalau korang pergi keluar negara , jangan lupa gunakan applikasi Maxis Roam yang ada kat iPhone 4S  tu! 
Ok nanti Adi sambung balik citer pasal iPhone 4S  daripada Maxis ni ok…banyak benda benda yang menarik nak cerita kat korang…tapi kalau nak puas hati korang …dapatkan iPhone 4S  korang kat Maxis Centre yang berhampiran sekarang!! ..tak pun layarilah www.maxis.com.my...... kita chi chat lagi nanti ok!! 

Saturday, February 4, 2012

Kuih Misai Naga (Dragon's Beard Candy)



Sabtu 21 Januari 2012

Nak Tahun Baru Cina hari tu jenjalan kat Midvalley, sekali terjumpa gerai yang menjual gula gula Misai Naga ni...kawan Adi yang perkenalkan Kuih (ataupun candy) Misai Naga ni sebelum ni...rasanya lebih kurang macam kuih kacang tumbuk yang warna putih tu...tapi yang ni lagi mahal la....8 biji harganya RM12 ...mahal sebab kuih ni memang susah nak cari dan cara membuatnya agak susah kot...seronok dapat tengok Cheff dia buat kuih ni depan mata.....rasanya kuih ni hanya muncul pada Tahun Baru Cina sahaja... Kiranya kuih Misai Naga ni adalah kuih tradisional masyarakat Cina la...next time kalau jumpa korang cuba la yer.

Dari Dapur MasterCheff Malaysia


Jumaat 6 Januari 2012

Ptg ni kena buat siaran luar ERA FM kat Sri Hartamas iaitu di sebuah lokasi khas untuk menikmati masakan daripada beberapa org perserta rancangan Mastercheff Malaysia . Antara peserta Mastercheff Malaysia yang ada ialah Deena, Zamir, Lina, Nik Michael, Ari Malik dan juga Ezani.

Pic: No ..no no...im not Cheff Wan...

Hari ni diarang kena memasak untuk peminat peminat mereka yang terdiri daripada mereka yang mendaftar di FB Mastercheff Malaysia dan juga pendengar pendengar ERA yang terpilih...


Antara menu yang mereka masak ialah spagetti, dan juga pencuci mulut  yang terdiri daripada kek dan juga pie...Adi berikan  salah satu menu dan cara cara nak buat Sheperd's pie  kat bawah ni....hehehe..



Mereka memasak dalam jangkamasa 2 jam jugak la, sambil diarang masak, para tetamu dapat beramah mesra dengan mereka dan dapat berborak tentang pengalaman mereka masa kat Mastercheff Malaysia.


Pic: Para pemenang yang tak sabar nak makan masakan drpd peserta MasterCheff Malaysia

Peserta peserta Mastercheff Malaysia pada ptg ini dibahagikan kepada 2 kumpulan...so ptg ni kita akan menikmati 2 rasa makanan yang sama dari team yang berbeza...best!! Team mana punya lah yang sedap nanti yer....Team 1 terdiri drpd

 Ezani, Deena dan Zamir. 

Manakala Team2 terdiri drpd 

Nik, Ary Malik dan juga Nik Michael.


Pic: Dapur memasak pada ptg ini..

Diarang memang cukup sporting melayan peminat peminat mereka dan berkongsi idea untuk menjadikan hidangan hari ni sedap dan menarik...Adi dan Zahid cuma dok mengacau jer sambil kami on air dari sini.




Pic: Zahid mengacau Ary dan juga Nik





Pic: Adi pernah bekerja dengan Lina dulu masa kat Xfresh FM!


Pic: Ezani tgh buat kek!


Pic: Zamirmemasak pie ptg ni...




Pic: Spageti masakan daripada Deena...yummy!!

Dalam pukul 6 ptg barulah makanan semua siap dan kami makan dengan berselera sekali. Paling sedap ialah spageti yang dimasak oleh Deena dan juga kek coklat yang dibuat oleh Lina...memang menarik...hehehe..tambahla jugak beberapa kali. 


Pic: hasil air tangan Ezani...



Pic: Makan time!!


Pic: Adi bersama juara MasterCheff Malaysia , Ezani dan juga Zamir 

Sebenarnya majlis hari ni adalah 2 hari lebih awal sebelum acara Finale Mastercheff Malaysia berlangsung pada hari Ahad nanti...actually diarang dah tahu dah siapa yang jadi juara, tetapi disebabkan program rakaman Mastercheff yang akhir tu belum keluar , jadi mereka terpaksa merahsiakan pemenang rancangan tersebut. 


Pic: Bergambar bersama pemenang peraduan Sepetang bersama Mastercheff Malaysia

Tapi sejujurnya Adi dah tahu dah siapa yang menang. Gerak hati Adi menyatakan Ezani memang dah menang dari cara gerak geri dan keceriannya pada petang itu, memang sah lah dia juara. Lebih lebih lagi dia datang dalam acara pada hari ini...hahaha...apa apa pun tahniah lah pada Ezani...



Memang betul pun, bila tiba hari Ahad , dan acaa finale Mastercheff berlangsung...Ezani telah dinobatkan untuk jadi juaa musim pertama Mastercheff Malaysia...tahniah wahai doktor gigi!! :0 

Friday, February 3, 2012

Hantu Sushi....



3 Jan 2012


Dina ajak makan sushi...ahhhh...kegemaran Adi ...tempat kegemaran ialah di Sushi Zenmai di The Garden Mid Valley...sushiya segar dan sedap...:) . Memang order banyak kalau Adi makan kat sini...hehehe...so next time sapa nak belanja Adi makan, belanja kat sini ok...senang, cepat dan sedap! hehehe...paling sedap bagi Adi ialah "baby octopus"...order berkali kali la....nyum nyum...




Pic: Japanese Mushroom


Pic: Baby Octopus.

Pic: Ikan Salmon

Pic:  Ni lupa lak nama dia..but isi dia daging la..:)

Friday, January 20, 2012

Musim Durian dan Pesta Durian dengan family...


Pic: Durian Pahang



SABTU 24 DEC 2011


Ahhhh..musim durian datang lagi!! Yeahhh!! Balik kampung hujung minggu ni semata mata nak belanja family makan durian..yeap...memang banyak durian yang dijual pada bulan i..kebanyakkannya datang dari Pahang.




Dalam kepala dah terpikirkan "Musang King" yang orang kata sedap sangat la...tapi harganya agak mahal sedikit berbanding dengan durian durian yang lain. 1st time jumpa "durian gajah"...hahah..macam macam la kan...Durian Pahang ni isinya nampak macam putih sikit...tetapi rasanya memang boleh tahan la...




Adi pergi beli durian ni kat Pasar Tg Karang dengan mak Adi la...mak pilih durian pahang , yang Adi lak cari durian Musang King...agak mahal juga durian Musang King ni...sekilo dalam RM32...hmm rsanya kat Puchong lagi murah kot..tapi takper la....memborong jugak la durian petang ni..hahaha...


Pic: Mak tengah pilih durian...serious giler muka...hehehe


Musang King ni memang rasanya lemak manis..dan berwarna kuning ..memang sedap la...tapi ada satu biji durian pahang yang kitarang makan ni...rasanya lebih sedap dari Musang King tu...hahaha....senang citer , makan durian ni kira nasib jugak la....tak semestinya durian yang murah tak sedap...hahaha...silap silap ada yang sedap daripada durian yang mahal....apa apa pn layan jer...jgn sampai sakit perut dan demam sudah la sebab makan durian banyak sangat...hehehe.....nikmat ooo...nikmat...




Kitarang layan durian hanya di waktu malam saja..jarang makan durian waktu siang..sebab waktu malam semua ahli keluarga dah berkumpul..kadang kadang jam 10 malam baru kitarang makan...hehehe...dah jadi cam tradisi keluarga...:). Pastu nasib la kalau sesiapa yang tak dapat tidur kan....hehehehe




Pic: D24...cantiklak durian ni...

Monday, January 16, 2012

Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH



Sabtu 17 DEC 2011


Waa akhirnya dapat juga menonton konsert dari band rock kegemaran Adi ni....Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH !!! Petang ni Adi on air sampai pukul 8mlm...tapi memang best la sbb konsert tu akan berlangsung di Mines Convention Centre kat Seri Kembangan ..kalau ikutkan cuma 5 minit jer dari Astro ni. Tapi disebabkan jem nak ke lokasi konsert...perjalanan yang sepatutnya 5 minit , telah menjadi 45 minit...hmm sabor jer la...


Pic: Peminat beratur masuk ke dewan konsert


Sampai kat lokasi , peminat masih ramai lagi yang beratur untuk membeli tiket bagi konsert ini . Perghhh memang ramai dan semuanya serba hitam....Adi sampai dengan geng geng dari Konsert Jelajah Desa Digi termasuklah Kump Sixsense, Aizat, dan  Altimet .




Pic: Banyak LCD TV disediakan untuk memudahkan menonton konsert ini.


Stage memang besar dan dewan ni memang besar dan sesuai untuk buat konsert berskala besar mcm ni. Best sgt sebab keseluruhan dalam dewan ni berhawa dingin dan berkapet. ahhhhh selesa sangat menonton persembahan Search!! Macam menonton konsert di dalam taman...




Adi naik ke ruang VIP di mana di sini disediakan minuman dan ayam goreng serta aiskrim untuk dinikmati sambil nonton konsert SEARCH ni...hahah rasa pelik lak....Adi sempat makan ais krim jer la....baik layan konsert Search!! Walaupun nama ruang ni VIP..tapi takdelah memberikan pemandangan yang cemerlang...sebab terlalu ramai orang di ruang VIP ni...maka sebahagian besarnya menonton konsert di layar dgn bunyi live dr konsert...erkkkk..apa lak tengok konsert mcm ni?...Jadi Adi turun ke bawah semula untuk menikmati konsert yang sebenarnya....hahaha




Penonton memang ramai sekali, rsanya adalah dekat 15000 orang yang datang!! Ini barulah konsert rock!! Yeah...Amy memulakan konsert dengan 4 lagu berturut turut dan barulah dia ucapkan Hi kepada semua peminat SEARCH!!


Pic: Adi sempat mengambil gambar ketika Amy Search hampir hampir tergelincir.


Memang layan habislah Konsert Fenomena 30 Tahun SEARCH ni..hahaha...bernyanyi dengan lagu lagu yang sama sama ketika membesar memang mengimbas kembali kenangan lama...masa sekolah rendah dulu, Adi pernah bergaduh dengan kawan Adi yang menyatakan "Wings lebih bagus dari SEARCH" ..hahaha ..hampir bertumbuk jugak la..hahaha...kelakar dowh bila di ingat balik..hahaha...sebab time tu Adi memang pro SEARCH la....hehehe...kalau tak silap Adi time tu baru jer darjah 2..hehehehe...darjah 2..tapi dah layan rock!! Rock lu!!!


Pic: Layan konsert sambil makan asikrim dengan Kak Sue (Perodua) dan Kak Rempit ( Digi) 


malam ni kalau tak silap Amy Search menyanyikan lebih daripada 20 buah lagu...perghh tahan betul tekak dia ni...respek la!! Di usia seperti Amy...ketahanan suara dan fizikal adlah penting...but he did it man!!





M.Nasir ada juga membuat penampilan, tapi sayangnya mic milik M.Nasir tak berapa nak kuat kot...dengar dengar citer M.Nasir tak suka sangat dengan key lagu Mat Rock yang dinyanyikan bersama dengan Amy Search...sebab katanya lagu tu keynya tinggi baginya....dengar dengar la...






Walau macam manapun peminat tetap enjoy dengan kolebrasi mereka... memang puas hati juga, konsert ini berlangsung dalam 2 jam , padat dengan lagu lagu popular dan peminat puas bernyanyi bersama sama termasuk lah Adi!!! Yeahh...ok lepas ni nak tengok konsert M.Nasir lak....Jumpa lagi SEARCH...harap harap akan muncul balik dengan album baru dan kembali bersama M.Nasir.....wohoooo!!! Adi bagi rate konsert ni 4/5 Bintang....




Pic: Lepas konsert lapor....look healthy...but its actually Maggi....hahaha

Buku...


Ternampak buku tebal ni pasal 200 tempat di dunia yang harus dijaga ....macam menarik pulak dengan gambar gambar yag menakjubkan...dan ada beberapa tempat di Malaysia juga yang tersenarai.....jadi Adi pun belilah buku ini untuk bacaan dan rujukan.


Antara tempat tempat yg perl dijaga untuk kepentingan habitat semulajadi ialah , Sepilok, Gunung Mulu, dan taman taman negara di Malaysia......bila tengok gambar gambar dalam buku ni...cantik sungguh alam ciptaan tuhan ni...subhanallah....beruntung kita hidup di bumi yg cantik ini...