RABU 6 JUN 2012 Lepas kerja malam ni Adi terus bergerak ke KLCC untuk menyaksikan pertunjukan visual 3D , muzik dan juga bunga api sempena World Gas Conference 2012 kali ke 25.
World Gas Conference 2012 Kuala Lumpur
Ini pertunjukkan yang pertama kali yang pernah diadakan seperti ini di KL. Sebelum ni Adi pernah tengok pertunjukkan 3D yang di pancarkan ke dinding bangunan ni melalui Youtube. So kali ni biarlah tengok dengan mata kepala sendiri...hehehe , cuba korang tengok video kat bawah ni...
memang cantik sekali teknologi persembahan untuk pencahayaan 3D ni . Persembahan diselang seli dengan persembahan kesenian (nyanyian) dan persembahan bunga api dan juga air pancut yang menarik . Persembahan keseluruhan ini mengambil masa lebih daripada 1 jam lebih..memang puas. Korang tengok jer lah gambar gambar yang Adi sempat ambil dengan menggunakan telefon sahaja...:)
Tiba tiba tumbuh kon daripada dinding KLCC.
Colourfull dengan efek guli berwarna warni ni..
efek 3D yang paling Adi suka,
Rasanya kalau efek 3D ni di pancarkan ke bangunan yang lebih besar selain KLCC ni..mungkin lebih menarik kot...:)
Pentas utama yang ada persembahan nyanyian.
Kehadiran orang ramai pada malam ini cukup ramai. Malah ada para pelancong seronok berjoget dan lepas tu makin ramai orang tempatan yang sporting berjoget sama dengan pelancong tersebut. Ada persembahan band band jazz dan juga etnik yang pernah membuat persembahandi merata dunia.
Persembahan air pancut +cahaya+bunyi
Persembahan bunga api selama 10 minit.
Terdapat juga persembahan bunga api yang menutup persembahan keseluruhan pada malam ini. lenguh juga berdiri di satu tempat dan menikmati semua persembahan yang julung kali diadakan di KL ni ataupun di Malaysia. Best!!
SELASA 5 Jun 2012 Bulan lepas Adi dapat tawaran daripada wakil HBO untuk menggunakan suara Adi dalam filem Animasi THE SMURFS. Adi memegang watak sebagai Handy Smurf (Smurf yang rajin bertukang dan membina ). Selain Adi , pelakon pelakon utama The Smurfs yang lain ialah Aznil Hj Nawawi (Gargamel); Yusri KRU (Brainy Smurf); Lisa Surihani (Smurfette); Hafiz AF (Clumsy Smurf0; Hafizuddin Fadzil (Papa Smurf) dan ramai lagi. Dalam The Smurfs ini juga ada menampilkan beberapa orang wartawan , bloggers dan juga rakan penyampai ERA.fm yang laian iaitu Ray dan Haniff yang turut meminjamkan suara mereka.
Tayangan untuk filem The Smurf ini adalah pada hari AHAD 19 Ogos jam 8mlm bersamaan dengan hari raya pertama ler...
Adi bersama Elfira Loy (Odile)
Suara untuk watak Handy Smurf ni taklah banyak sangat digunakan dalam filem ini, jadi semasa sesi rakaman memasukkan suara tu , tugas Adi berjaya diselesaikan dalam jangka masa yang singkat jer. lagi pun sebelum ni Adi sudah beberapa kali membuat tugasan alih suara ni termasuklah untuk filem "CAMP ROCK". Lebih kurang macam nak buat rakaman komersil di radio juga, cuma kali ni ada gambar dan kena ikut pergerakkan mulut karakter filem tersebut.
Adi bersama watak utama Abg Fish (Papa Smurf)
Harap korang terhibur la bila menyaksikan THE SMURFS kelak ok..:) Terima kasih kepada HBO yang mengajak Adi untuk turut serta dalam projek ini. :)
Adi bersama krew krew ketika sesi rakaman suara The Smurfs.
Setiap hari ada satu utk sepanjang minggu...kalau nak pakai ler..hahaha
Khamis 31 Mei 2012 Hari masuk ofis ada kawan opis dari MIXfm bawak koleksi misai palsu yang dia dapat daripada Sweden katanya. Menarik sekali...macam macam style ada ..haha..sejujurnya Adi memang tak suka bela misai, sebab nanti muka nampak tua dan kalau tak di jaga akan jadi serabut sahaja...so better takayah bela misai... Kelakarlah muka Adi bila ada misai..hahaha...kalau lah dapat misai palsu ini awal..mesti ada awek yang sangkut ni....hahaha...anyway no misai for me la...no thanks..
Pagi ni ada siaran luar di KFC Shah Alam. Adi bersiaran dengan Hanif pada hari ini. Siaran luar ni berlangsung dalam pukul 8pagi sehingga 11 pagi. Kami berikan sarapan percuma kepada 50 pengunjung KFC yang datang bertemu dengan kami. Selain itu kami juga mengadakan permainan dan kuiz untuk memenangi hadiah hadiah yang menarik.
Best gak jaga kaunter...dapatlah jual 3 set KFC. hehe..
Antara pengalaman yang menarik bagi Adi ialah dapat berada di sebalik kaunter pembelian KFC. Selama ni kita jer yang jadi pembeli kan?!, tapi pada hari ni Adi dan Hanif berjaya menjual beberapa set KFC kepada pelanggan. Hehehe...lepas tu kita orang buat buat sibuk macam staf KFC yang lain apabila sudah menerima order....
mari mari beli KFC dengan kami..:)
Di sebabkan keramahan dan servis terbaik Adi dan Hanif berikan ketika bertugas di kaunter KFC, kami telah dianugerahkan dengan lencana "Best Hospitality" dan juga "Best Smile" oleh pengurus kawasan KFC yang ada bersama kami hari ini...hehehe..next time kalau pergi KFC bolehlah Adi bawak lencana ni dan show off kat staf staf KFC...hehehe...1130pagi Adi pulang ke rumah sebab nak bertolak ke Johor untuk konsert Buddyz kat sana...:) TQ KFC!!
Lencana perkhidmatan "best smile, "best hospitality" yg Adi dapat drpd boss KFC...hehe..
26 Mei 2012 : Katerina Hotel Batu Pahat 27 Mei 2012 : Dewan Majlis Perbandaran Alor Gajah Hujung minggu ni Adi menjadi host untuk Konsert Jelajah Buddyz yang berlangsung di dua lokasi iaitu di Batu Pahat dan di Alor Gajah. Antara artis artis yang terlibat ialah Amir Jahari, Zizan Raja Lawak, Lisa Surihani, Shaheizy Sam, 6ixth Sense, Najwa Latif , adik Mia Sara Zenny dan Kaka Ini adalah konsert berbayar, tak mahal pun bayar top up telco atau beli sim card dia dah dapat masuk dewan konsert dah. Lagi pun yang bestnya konsert ni di buat dalam dewan yang berhawa dingin..so agak selesa jugak la menonton konsert ini. Sorry la sbb Adi tak dapat ambil gambar banyak banyak sebab sibuk dengan kerja kan?! hahaha..Terima kasih pada pihak penganjur yang mengajak Adi dalam konsert ini. :)
Adi dengan Najwa Latif..kami sama sama kuning malam ni di Batu Pahat.
JUMAAT 25 MEI 2012 Lepas kerja hari ni terus gerak dari Astro Bukit Jalil menuju ke Kota Damansara utk menyaksikan persembahan showcase Dina Nadzir "Tribute To Men" di mana Dina menyanyikan lagu lagu dari penyanyi lelaki kegemarannya. Acara ini berlangsung di 'Tapis Rouge", Kota Damansara dengan penampilan istimewa kawan kawan Dian iaitu Ferhad, Zahid Baharudin Azri AF9 dan Sufi Sayuti (sepupu Dina dari Singapura)
Zahid sebagai artis jemputan.
Dina sedang membuat persembahan.
Sebetulnya Dina ada menjemput Adi untuk turut serta sebagai artis jemputan juga, tetapi terpaksa Adi tolak sebab kena outstation . Terima kasih Dina atas jemputan tu...tapi takper, rakan sekerja Adi iaitu Zahid pun join showcase Dina ni dengan menyanyikan sebuah lagu...yeah! Persembahan Dina memang menghiburkan dengan pilihan lagu lagu penyanyi lelaki yang boleh sing a long dengannya. Lebih menarik lagi, persembahan Dina ni diiringi dengan petikan gitar utama oleh abangnya yang sulung dan gitar bass petikan daripada adik Dina, Fir.
Selepas persembahan showcase Dina , bersama Nana, Zahid dan Aril.
Dina kata selepas 3 tahun dia menyepikan diri, tahun 2012 ni dia ingin melangkah semula dengan serius sebagai penyanyi pulak! Tapi dia masih lagi penyampai ERA.fm. Good luck Dina....
Pagi bangun awal jugak sebab nak pergi menaiki gajah masuk hutan...pengalaman yang menarik juga. Kena bayar lebih kurang RM120 untuk menyertai aktiviti ini. Pusat latihan gajah MAETANG ni terletak 45 minit daripada hotel, tak ingat lak nama pusat latihan gajah ni.
Gajah gajah memberi tunduk hormat kepada pelancong pelancong.
3 ekor gajah memulakan acara melukis mereka.
Gajah ni namanya Soda, dia dah melukis bentuk gajah di situ..
Inilah hasil lukisan lukisan gajah gajah tadi, dan semuanya di siapkan dalam jangka masa 10 minit sahaja! Hebatkan!
Sampai sampai jer , terus meyaksikan pertunjukkan gajah gajah yang membuat beberapa aksi seperti mengangkat barang, menyepak bola dan juga melukis. Lukisannya sangat cantik sekali , ada yang melukis gambar pokok dan juga ada yang melukis gambar burung dan luisan gajah itu sendiri...malah lukisan gajah gajah tersebut sangat cantik...mengalahkan lukisan budak budak sekolah rendah..kagum !! Lukisan lukisan tersebut di jual kepada para pengunjung. Ada pelancong dari negara arab ni membeli kesemua lukisan gajah gajah tersebut dengan harga RM200 setiap satu...not bad utk gajah yg melukis tu...harap gajah gajah tu pun dapat habuannya.
Lepas persembahan gajah gajah tersebut, Adi dan Dina mula menaiki seekor gajah dan kami mula melalui anak sungai dan lepas tu laluan hutan selama hampir sejam. Yang menariknya setiap 200 meter gajah tersebut berjalan, pihak pengurusan pusat latihan gajah ni menyediakan platform yang menjual tebu...tapi bukan utk pengunjung. Tetapi tebu tersebut kenalah di beli oleh pengunjung dan di berikan makan kepada gajah sebagai upah..kalau tidak gajah tersebut akan "merajuk"...sekali berhenti kena beli tebu tu yang berharga RM2...kalau 4 -5 kali berhenti ..kenalah berhabis RM10 utk makanan gajah tu...tapi takpe..untuk menggembirakan gajah gajah tu juga.
Adi dan Dina yang seronok menaiki gajah.
Inilah laluan hutan yang di gunakan oleh gajah gajah tersebut.
Gajah ni macam merajuk jer, sebab tu dia berjalan bertentangan arah...hahaha..
Ray dan Nana (penerbit Johara) terpaksa membelikan tebu utk gajah mereka sbb mereka tak berhenti di platform yang pertama , dan gajah mereka merajuk tersangat sangat!! Hahaha..
Lepas naik gajah , kami berpindah pulak menaiki kereta lembu. Menaiki kereta lembu memanglah tidak selesa sangat, nasib baik tak jauh sangat. Semasa Adi dan Dina menaiki kereta lembu, kami berkongsi dengan 2 org pelancong dari Korea Selatan yang ramah dan baik hati! hehehe...
Nasib baik ada air kelapa..sejuk sikit...cuaca terlalu panas. :(
Kami menunggang kereta lembu dalam 300 meter untuk sampai ke tempat awal masa kami mula mula menaiki gajah tadi untuk makan tengah hari. Menu yang disediakan adalah makanan Thailand yang halal dan agak pedas jugak. macam biasa Adi makan mangga dengan banyaknya. Apa yang Adi perasan, tom yam di sebelah utara Thailand ni tak sesedap tomyam yang bahagian selatan Thailand.
Rakit Buluh yang bersedia untuk membawa pelancong pelancong.
Me and Zach, terima kasih sbb belanja kitarang minuman atas rakit ni
Dina dan Ray yg seronok naik rakit!
Selepas makan tengah hari kami dibawa untuk menaiki rakit menyusuri anak sungai. Rakit ni diperbuat daripada buluh. Pada mulanya memanglah seronok, tetapi di sebabkan kami menaiki rakit buluh ni pada pukul 2ptg, maka memang panas giler la...phewwww
nasib baik semasa dalam perjalanan rakit tersebut ada orang menjual minuman di tgh tgh sungai dengan meletakkan air minuman tin dalam pelampung . haha bisnes yang unik...!! Siapa sangka ada org jual Coke kat tgh tgh sungai...hahaha...penjual tu cuma berdiri sahaja dalam sungai! Terima kasih pada Zach yang belanja kitaran semua , termasuklah pemandu rakit kami dengan air tin !! segar!!
Antara pokok yang ada di tepi sungai..cantik kan..
Selepas hampir sejam kami berakit, akhirnya kami sampai di tempat di mana bas kami sedang menunggu..Alhamdulillah boleh tahan seronok jugak pengalaman pada hari ini. Tetapi di sebabkan cuaca yg agak terik menyebabkan kami cepat penat. Nak balik ke hotel, berehat dan nak shopping malam ni, sebab esok dah nak balik dah ke KL.
Adi di Chiang Mai night market.
Adiwati dan Hani yg seronok nak shopping.
Buku nota pun dorang borong....
Buku nota yang di beli ni , boleh di buat cenderahati
Sebelah malam Adi bersama Hani (promosi AMP) dan juga Adiwati (Lite FM) pergi berjalan jalan ke Pasar Malam Chiang Mai dengan menaiki tuk tuk. Pasar malam Chiang Mai ni memang besar, dan penat juga berjalan kat sini. tapi Adi tak jumpa pun barang barang yang menarik utk di beli..cuma beli tshirt untuk keluarga sahaja. Kalau kaum wanita suka la shopping kat sini kot...hehehe.