RABU 6 JUN 2012
Lepas kerja malam ni Adi terus bergerak ke KLCC untuk menyaksikan pertunjukan visual 3D , muzik dan juga bunga api sempena World Gas Conference 2012 kali ke 25.
World Gas Conference 2012 Kuala Lumpur |
Ini pertunjukkan yang pertama kali yang pernah diadakan seperti ini di KL. Sebelum ni Adi pernah tengok pertunjukkan 3D yang di pancarkan ke dinding bangunan ni melalui Youtube. So kali ni biarlah tengok dengan mata kepala sendiri...hehehe , cuba korang tengok video kat bawah ni...
memang cantik sekali teknologi persembahan untuk pencahayaan 3D ni . Persembahan diselang seli dengan persembahan kesenian (nyanyian) dan persembahan bunga api dan juga air pancut yang menarik . Persembahan keseluruhan ini mengambil masa lebih daripada 1 jam lebih..memang puas. Korang tengok jer lah gambar gambar yang Adi sempat ambil dengan menggunakan telefon sahaja...:)
Tiba tiba tumbuh kon daripada dinding KLCC. |
Colourfull dengan efek guli berwarna warni ni.. |
efek 3D yang paling Adi suka, |
Rasanya kalau efek 3D ni di pancarkan ke bangunan yang lebih besar selain KLCC ni..mungkin lebih menarik kot...:)
Pentas utama yang ada persembahan nyanyian. |
Kehadiran orang ramai pada malam ini cukup ramai. Malah ada para pelancong seronok berjoget dan lepas tu makin ramai orang tempatan yang sporting berjoget sama dengan pelancong tersebut. Ada persembahan band band jazz dan juga etnik yang pernah membuat persembahandi merata dunia.
Persembahan air pancut +cahaya+bunyi |
Persembahan bunga api selama 10 minit. |
Terdapat juga persembahan bunga api yang menutup persembahan keseluruhan pada malam ini. lenguh juga berdiri di satu tempat dan menikmati semua persembahan yang julung kali diadakan di KL ni ataupun di Malaysia. Best!!
No comments:
Post a Comment