Wednesday, September 12, 2012

Bekerja dengan KFC di Shah Alam.



SABTU 26 Mei 2012

Pagi ni ada siaran luar di KFC Shah Alam. Adi bersiaran dengan Hanif pada hari ini. Siaran luar ni berlangsung dalam pukul 8pagi sehingga 11 pagi. Kami berikan sarapan percuma  kepada 50 pengunjung KFC yang datang bertemu dengan kami. Selain itu kami juga mengadakan permainan dan kuiz untuk memenangi hadiah hadiah yang menarik.

Best gak jaga kaunter...dapatlah jual 3 set KFC. hehe..

Antara pengalaman yang menarik bagi Adi ialah dapat berada di sebalik kaunter pembelian KFC. Selama ni kita jer yang jadi pembeli kan?!, tapi pada hari ni Adi dan Hanif berjaya menjual beberapa set KFC kepada pelanggan. Hehehe...lepas tu kita orang buat buat sibuk macam staf KFC yang lain apabila sudah menerima order....

mari mari beli KFC dengan kami..:)

Di sebabkan keramahan dan servis terbaik Adi dan Hanif berikan ketika bertugas di kaunter KFC, kami telah dianugerahkan dengan lencana "Best Hospitality" dan juga "Best Smile" oleh pengurus kawasan KFC yang ada bersama kami hari ini...hehehe..next time kalau pergi KFC bolehlah Adi bawak lencana ni dan show off kat staf staf KFC...hehehe...1130pagi Adi pulang ke rumah sebab nak bertolak ke Johor untuk konsert Buddyz kat sana...:) TQ KFC!!

Lencana perkhidmatan "best smile, "best hospitality" yg Adi dapat drpd boss KFC...hehe..

No comments: