Monday, October 18, 2010

Haziq....dalam kenangan..:(

JUMAAT 15 OKT 2010

Ku mulakan dengan Bismillah .....


Di kala maghrib kau lahir ke bumi,
Di kala maghrib juga, kau pulang ke bumi"

Haziq lahir pada 31 Ogos 2010...di waktu Adi , beserta mak, abah dan adik lelaki Adi berbuka puasa di Bangi..dah 5 jam kami nanti kan Haziq..akhirnya kami mendapat khabar berita gembira bahawa keluarga kami makin bertambah seorang...Dengan lahirnya Haziq menceriakan lagi keluarga kami terutama untuk adik Adi , Husna ataupun panggilan timangannya Cuna dan suaminya Azmi.

Pic: Haziq baru lahir 31 Ogos 2010


Pic: Pertama kali dalam dakapan ayah!!


Pic: Pertama kali dalam dakapan ibu

Semua rasa seronok, sebab Haziq lahir pada tarikh merdeka dan tinggal 11 hari lagi nak raya. Lebih meriahlah lagi hari raya kali ini...yeaaa

Pic: Haziq dan ibu di hari raya 11 September 2010


Pic: Haziq dengan "Embah Lanang" (atuk)..mintak duit raya...

Pic: Haziq dengan "Embah Edok" sayang...(nenek)

"Sayangnya, raya tahun ni Haziq tak dapat beraya dengan ayah yang terpaksa bertugas di kala hari raya ini...Tapi takpe, rasanya raya tahun ini...duit raya yang Haziq dapat mungkin yang paling banyak kot.!!! Hehehe

Pak Long Adi dah belikan baju raya, bagi duit raya dan toys penguin kecik untuk Haziq...sebab Haziq kecik lagi..so takleh main toys besar besar...nanti dah besar macam Kak Yaya boleh la main toys yang besar besar ok!...hehehe


Pic: Tinggal kenangan....

Kata ibu Haziq, Haziq memang kuat minum susu...takpe la...cepat membesar nanti ok...Ibu Haziq berjaga siang malam untuk pastikan Haziq tak merengek rengek kehausan...sian ibu Haziq sampai tak cukup tidur....
Embah Idok (nenek ) selalu mandikan Haziq waktu pagi dan petang...sambil mandikan haziq...sambil itulah embah idok nyanyikan lagu ...ciptaan embah idok sendiri ...hehehe...so comel...

Pic: Haziq cukur jambul Sabtu 9 Okt 2010


Pic: Haziq dengan ayah!!!


Genap usia Haziq 45 hari...15 Oktober ..Jumaat....jam 1:09tgh hari .. ketika Haziq di Muar melawat neneknya sebelah ayahnya......tiba tiba.....bapa Haziq telefon Pak Long...

"Abang Adi....Haziq.....Haziq....dah tak ada....."

Pak Long kelu....
terlalu terkejut!! ..
Tak percaya apa yang Pak Long dengar....
tak tahu nak cakap apa....
tanpa disedari....air mata laju menuruni kelopak mata...
ishh ..ishh..

Pak Long duduk dalam bilik kat rumah ni...duduk mengenang Haziq....Pak Long cuma sempat jumpa Haziq 3 kali jer selama 45hari Haziq "di pinjamkan" kepada kami...


Pak Long bergegas ke Muar dengan pantas...semata mata nak jumpa Haziq buat kali terakhir.... Sampai kat Hospital Muar..dalam pukul 4 ptg...Pak Long nampak ibu Haziq...dia duduk dengan embah idok dan atok...ibu Haziq nangis saja......sampai lebam mata dia....sian ibu Haziq...pak Long cuma mampu peluk ibu Haziq...tenteramkan dia...

Pak Long tahu, ibu Haziq memang kuat....sejak kecil dia memang kuat!!!
Habis post mortem...doktor benarkan kami melihat Haziq....Pak Long tak sampai hati nak tengok muka Haziq.......tapi Pak Long gagahkan juga...sebab Pak Long nak sangat tengok muka Haziq...tapi tak lama...sebab Pak Long tak sampai hati....pak Long keluar dari bilik dimana Haziq terbaring...Pak Long tengok bunga kat luar...bunga warna merah..sama warna dengan mata Pak Long kala ini....


Ayah Haziq, atok dan embah idok dan pak imam , sama sama mandikan Haziq.....kali ni embah idok tak nyanyi macam selalu....entah la apa yang ada dalam benak embah idok....
sebelum Haziq memakai "seragam putih"...pak Long tatap wajah Haziq...Ayah Haziq menyentuh mata , pipi, hidung, dan mulut Haziq....buat kali terakhir...Ibu Haziq pulak..memberikan ciuman sepenuh kasih sayang untuk Haziq....sama la juga dengan embah idok... Kemudian, Ayah Haziq...bawa Haziq dalam dakapan..dan menuju ke destinasi terakhir ...yang memisahkan Haziq dengan kami semua..."

Pic: Ibu Haziq dan Embah Idok di pusara..

Ketika azan maghrib berkumandang....jenazah Haziq selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Jorak , Muar Johor...Alhamdulillah semuanya baik belaka.


Pic: Di sinilah Haziq bersemadi..:((



Pak Long terdengar embah edok merintih...

"kesiannya cucu embah idok....tidur kat sini seorang malam ni..."

Selamat tinggal Haziq....Ayah , Ibu, Embah Idok , atok, pak long dan ahli keluarga yang lain akan MERINDUI dan akan selalu doakan Haziq sentiasa bahagia sentiasa di sampingNYA...AMIN!!! ...AL -FATIHAH......

Pic: Haziq (31 Ogos 2010 - 15 Oktober 2010)









*Terima kasih atas ucapan takziah dan doa untuk arwah...bukan mudah untuk mengarang entri kali ini......:((







Thursday, October 14, 2010

Sumbangan dari Tunetalk!!!


Khamis 14 OKT 2010

Hari ni ada penyampaian sumbangan daripada Tunetalk kepada rumah kebajikan yang terpilih. Sumbangan ini telah mula dikumpulkan sejak bulan Ramadhan lagi, dan hasil yang terkumpul ialah sebanyak lebih kurang RM25ooo daripada pelanggan Tunetalk. Kitarang kat Era tolong mempromosikan sumbangan amal ini. Majlis telah berlangsung di ibu pejabat Tunetalk di Petaling Jaya dalam pukul 11pagi.

Sumbangan ini telah diserahkan kepada Rumah Jagaan Warga Tua Nur Ehsan yang terletak di Johor Bahru. Semoga dengan sumbangan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.



Konsert Adam Lambert Live in KL 2010


KHAMIS 14 OKT 2010

Malam ni Adi dapat tiket untuk menyaksikan Adam Lambert Live in KL...Adi dapat tiket pun dalam pukul 6 ptg! Hehehe..

Pic: Berger Stadium yang Sedap!!

Lepas kerja dalam pukul 8 malam , Adi terus ke Stadium Putra Bukit Jalil. Walaupun ada amaran tentang ada orang yang nak buat bantahan pasal konsert ini. Tapi semasa ADi sampai ke lokasi konsert dengan Nazri ( boss Era ) , memang takde apa apa la..mungkin bantahan tu dah lepas kot...tanpa berlengah kitarang terus masuk ke dalam dewan...


Pic: Bola Kuning yang besar!! Dah jadi macam taman kanak kanak lak..huhuhu


Memang dalam stadium dah penuh orang , dan suasananya cukup meriah dan bertenaga..dengan sorakan orang ramai..memang Adi harus akui ini adalah crowd yang paling best Adi pernah tengok kat KL ni...err selepas konsert Reunion AF1 kat KLCC suatu masa dulu (nak jugak!!!)....hehehehe .sebelum konsert..diarang bermain bole gergasi yang berwarna kuning...boink!! Boink!!!

Pic: Dengan Nurul...Nurul ni tengok konsert pun bergaya giler


Pic: Dengan Ean Hitz.FM


Pic: Nurul dan Ezlyn...Ezlyn datang sempoi jer..tak pakai mekap pun.

.
Lepas tu terjumpa la jugak beberapa orang artis yang datang malam ni, antaranya Nurul , Ezlynn dan ramai lagi kot!!!! Kawan kawan dari radio AMP yang lain pun ada juga seperti Aaron Pinto dari Mix FM, Ean dan Jin dari Hitz.fm pun ada jugak...hehehe...


Pic: Adam lambert mula beraksi...sorry la Adi jauh kat belakang..


Pic: Pentas simple jer...tapi lighting memang hebat...sound system...hmmm...bingit sgt..

Konsert Adam Lambert bermula jam 9 malam, pergh suara mamat ni memang power la..setiap kalau dia tarik suara dia , mesti peminat menjerit punya lah!! huhuhu...Malam ni Adam lambert mengenakan pakaian yang sopan , walaupun glamer...dia pun tak banyak bercakap..dari satu lagu..ke satu lagu dia teruskan menyanyi...hehehe


Pic: Wah ada laser la...cantik!!


Pic: Agaknya kat Jalan Pasar, ada jual tak laser ni?...hmmm


Antara yang menarik sepanjang konsert ini ialah persembahan laser yang cantik..walaupun tak banyak...tapi ianya memang menaikkan mood la...lepas ni kalau local konsert ada pasang laser laser ni memang hebat la....




Tapi Adi tak lama kat konsert ni, sebab Adi nak dengar lagu "What do u Want From Me" jer..tapi kurang menyengat pulak..sebab lagu ni dia buat dlm versi akustik pulak dan ianya agak pendek dari versi asal...hehehe....lagu tu adalah lagu yang kelima dinyanyikan oleh Adam lambert...hahaha...(coz Adi suka lagi ni jer dari Adam Lambert)....

Lepas tu keluar dan terus pergi lepak minum teh tarik ngan Nazri dan Burn kat Seri Kembangan!!!























































AMP Brand Presence 2010

Pic: Dengan Nasa THR dan Krill Sinar FM

ISNIN 11 OKT 2010

Pagi ni Adi ada presentation untuk pelanggan pelanggan AMP yang nak buat iklan kat AMP, setiap tahun kami adakan acara ini, bertujuan untuk menerangkan tentang apa yang kami buat semasa keudara, dan dapat beramah mesra dengan pelanggan pelanggan AMP...



Pic: Rakan rakan dari XFM, Lite FM dan MY FM


Seperti tahun lepas, Brand Presence kali ini juga diadakan di Hilton KL, Selain daripada Adi, ada juga beberapa penyampai radio yang lain turut serta menghadirkan diri pagi ini....jarang kitarang dapat berkumpul sama sama macam hari...hehehe...bila berjumpa, seronok la berborak...hehehe



Pic: Abg Jem!!

Kalau tak silap Adi ni dah tahun ke-4 Adi menyertai Brand Presence ni..hahaha...citer pasal show kita dalam jangkamasa 3-5minit, dah lepas tu balik la...senang jer...hehe..Ada satu sesi lagi , Adi kena buat minggu depan...

Monday, October 11, 2010

10.10.10 Part 2 - Malaysia MotoGP 2010

10 Oktober 2010

Hari ni juga Adi dapat menyaksikan MotoGP , dan Adi dapat lepak kat area paddock, jadi tak la panas sangat, sebab ruangan tertutup..makanan pun di sediakan juga, Adi di jemput oleh pihak Ducati untuk memeriahkan ruang paddock mereka bersama 100 peminat Ducati yang lain. Hahaha..Adi ni takde la Ducati lagi...tapi kalau ada rezeki nanti, teringin jugak nak pakai Ducati.....kalau dapat Ducati 1198S ataupun Ducati Streetfighter...memang tak tido malam la....sebab motor masuk bilik...hahaha...(poyo sekejap + berangan)..InsyaAllah satu hari nanti!!

Pic: Ducati Desmosedici

Lepas jer habis acara larian kat KLCC , ADi balik ke rumah kat Puchong, sampai jer kat rumah, Vince (AF1) dah call dah, katanya dah on the way ke rumah Adi untuk pergi ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk tengok MotoGP pulak...so dalam setengah jam tu, Adi bersiap la, mandi dan ambik Vince, sebab dia tak tahu rumah Adi.

Pic: Wohoooo tengok MotoGP jugak akhirnya!!

Adi tumpang kereta Vince sebab dia takde pass untuk masuk ke dalam kawasan litar nanti. Kitarang pergi dalam pukul 1130pagi dan Alhamdulillah jalan tajk jam sangat..dalam 15 minit dah sampai ke lokasi SIC. Tak jauh pun dari rumah Adi.


Seronok lak dapat parking kat dalam SIC ni, takyah jalan jauh jauh seperti yang pernah Adi kena suatu masa dulu, masa tengok F1...huhuhu...sedihh...but now ok lah...sampai sampai jer dah kedengaran bunyi moto yang sedang membuat latihan ataupun warm up...perghhh sedap bunyi motor ni weiii!!!


Pic: Mana la kunci motor ni?..nak try bunyi sikit!!

Selalu tengok kat tv macam slow jer motor motor ni kan..tapi bila tengok live...mak aii...berdesup perginya...kalau tengok macam tu jer..memang tak nampak bila motor tu lalu...laju sangat, terutama kat depan grandstand ni.

Pic: Peserta bertuah membonceng dengan Randy Mamola dan Ducati

Pic: Randy mamola beraksi dengan pembonceng bertuah

Masa Adi sampai kat paddock ni, kelihatan kat luar ada beberapa orang yang bertuah dapat membonceng motor Ducati di trek SIC ni..dan yang paling best..salah seorang yang menunggang motorsikal ni aialah Randy Mamola (perghhh giler ahh...agaknya mesti diarang mengigil masa naik motor tu dengan penunggang profesional..


Pic: Sekali pandang macam Casey Stoner...2 kali pandang..??

Kat dalam Paddock ni juga ada sebuah motorsikal Ducati Desmosedici, iaitu motor yang pernah digunakan oleh Nicky Hayden pada tahun lepas. Dengar citer versi jalanraya untuk Desmosedici ini ada sebijik kat Malaysia, harganya dalam RRM600 000....fuhhh....tak tahu la kalau ada yang beli...

Hmm apa lagi melaram la sekejap dengan Desmosedici ni...hehehe...ada gaya cam Casey Stoner tak?..hehehe


Pic: Casey Stoner tiba di paddock

Pic: Casey Stoner bersama Randy Mamola.

Cakap pasal Casey Stoner ni, dalam pukul 2 ptg dia singgah kejap dekat paddock ni bersama dengan lagenda motorsikal suatu masa dulu iaitu Randy Mamola..Casey Stoner meluangkan masa dalam 10 minit untuk peminat peminatnya di KL ni...dalam temubualnya dia berkata..

Pic: Casey Stoner sedang ditemuramah oleh Randy Mamola


"Saya kurang menggemari litar di Sepang ini, disebabkan permukaan aspal agak terjejas sedikit di sebabkan perlumbaan F1 di sini.."


Pic: Burn pun ambik gambar Casey Stoner


Pic: Peminat peminat Ducati dan Casey Stoner.

itulah antara kata kata Casey Stoner yang Adi dengar...macam tak konfident jer ...haha..Seepas itu Casey Stoner telah menyerahkan sebuah helmet "NOLAN" yang berharga USD2500..dan siap di tanda tangani utk pengunjung paddock yang bertuah , untuk peraduan kuiz berkenaan Ducati yang disediakan di dalam paddock ini....alamak..macam best jer helmet full face ni...kalaulah dapat!!!...hmmm

Pic: Casey Stoner menandatangani helmet untuk peraduan kuiz Ducati.


Pic: Wee betul semua soalan...weeee..


Pic: Mamat yang bertuah menang helmet ...geramnya!!!

Ohh kuiz tu memang agak senang untuk disertai..jawab seberapa banyak soalan dengan betul dan pantas...Adi berjaya menjawad soalan semua dengan betul dan agak pantas jugak...sebelum ada org lain yang dapat memotong masa yang Adi catatkan....hmmm melepas lah helmet ni...hahaha

Pic: Suasana dalam paddock!

Sementara menunggu pukul 4ptg untuk acara MotoGP..Kitarang melepak kat paddock ni sambil menonton perlumbaan 125cc dan juga Moto2, dimana utk kedua dua kategori ada melibatkan pelumba pelumba Malaysia.

Pic: Di tingkat atas paddock..

Bila acara MotoGP bermula, Adi telah keluar dari paddock , dan pergi ke tingkat 3, sebab kalau dalam paddock tak dengar apa apa. Kalau kat tingkat 3, memang boleh tengok dan feel bunyi MotoGP ni....hampir menyamai bunyi kereta F1....fuhhh!!!..barula syok!!

Pic: Peminat peminat Valentino Rossi memang ramai di SIC

Dari atas ni barulah dapat tengok peminat peminat Malaysia yang membanjiri litar SIC ini, boleh di katakan kebanyakkanya adalah peminat Valentino Rossi ...me too!!


Bila nampak jer kelibat Valentino Rossi jer ..mesti bergema sorakan peminat kat SIC ni...memang Rossi glamer giler kat Malaysia ni...


Dalam perlumbaan pada hari ini, Rossi telah berjaya memenanginya, bagaimana pun Rossi terpaksa menyerahkan takhta juara dunia kepada rakan sepasukannya sekarang dan musuh ketatnya musim depan...iaitu Jorge Lorenzo...Mulai tahun depan , Rossi akan menyertai pasukan Ducati...cayalah!!!

Habis perlumbaan, dapatlah cederahati daripada Ducati, antaranya beg kulit, topi dan juga jaket Ducati ...perghhhh...terima kasih...Bila nak balik jer yang rasa tak best..sebab jalan jam giler.....Adi sampai kat rumah pun dalam pukul 7ptg!! Harap harap la satu hari nanti Adi akan dapat Ducati Adi sendiri...hehehe...seronok sangat hari ini!!!!

Pic: Burn, Vince and me...ehh ...1Malaysia la...hehehe

Pic: Melaram jer la...walaupun Vince dan Burn tak pernah naik motor!! Hehehe


Pic: Desmosedici di luar garaj untuk di simpan

Pic: Kotak yang digunakan untuk menyimpan Desmosedici..

Pic: Ehem...ehem.....


P/s: Thanks to Burn yang sediakan semuanya untuk Asdi dan Vince!!! Tq ! Tq!