Monday, October 18, 2010

Haziq....dalam kenangan..:(

JUMAAT 15 OKT 2010

Ku mulakan dengan Bismillah .....


Di kala maghrib kau lahir ke bumi,
Di kala maghrib juga, kau pulang ke bumi"

Haziq lahir pada 31 Ogos 2010...di waktu Adi , beserta mak, abah dan adik lelaki Adi berbuka puasa di Bangi..dah 5 jam kami nanti kan Haziq..akhirnya kami mendapat khabar berita gembira bahawa keluarga kami makin bertambah seorang...Dengan lahirnya Haziq menceriakan lagi keluarga kami terutama untuk adik Adi , Husna ataupun panggilan timangannya Cuna dan suaminya Azmi.

Pic: Haziq baru lahir 31 Ogos 2010


Pic: Pertama kali dalam dakapan ayah!!


Pic: Pertama kali dalam dakapan ibu

Semua rasa seronok, sebab Haziq lahir pada tarikh merdeka dan tinggal 11 hari lagi nak raya. Lebih meriahlah lagi hari raya kali ini...yeaaa

Pic: Haziq dan ibu di hari raya 11 September 2010


Pic: Haziq dengan "Embah Lanang" (atuk)..mintak duit raya...

Pic: Haziq dengan "Embah Edok" sayang...(nenek)

"Sayangnya, raya tahun ni Haziq tak dapat beraya dengan ayah yang terpaksa bertugas di kala hari raya ini...Tapi takpe, rasanya raya tahun ini...duit raya yang Haziq dapat mungkin yang paling banyak kot.!!! Hehehe

Pak Long Adi dah belikan baju raya, bagi duit raya dan toys penguin kecik untuk Haziq...sebab Haziq kecik lagi..so takleh main toys besar besar...nanti dah besar macam Kak Yaya boleh la main toys yang besar besar ok!...hehehe


Pic: Tinggal kenangan....

Kata ibu Haziq, Haziq memang kuat minum susu...takpe la...cepat membesar nanti ok...Ibu Haziq berjaga siang malam untuk pastikan Haziq tak merengek rengek kehausan...sian ibu Haziq sampai tak cukup tidur....
Embah Idok (nenek ) selalu mandikan Haziq waktu pagi dan petang...sambil mandikan haziq...sambil itulah embah idok nyanyikan lagu ...ciptaan embah idok sendiri ...hehehe...so comel...

Pic: Haziq cukur jambul Sabtu 9 Okt 2010


Pic: Haziq dengan ayah!!!


Genap usia Haziq 45 hari...15 Oktober ..Jumaat....jam 1:09tgh hari .. ketika Haziq di Muar melawat neneknya sebelah ayahnya......tiba tiba.....bapa Haziq telefon Pak Long...

"Abang Adi....Haziq.....Haziq....dah tak ada....."

Pak Long kelu....
terlalu terkejut!! ..
Tak percaya apa yang Pak Long dengar....
tak tahu nak cakap apa....
tanpa disedari....air mata laju menuruni kelopak mata...
ishh ..ishh..

Pak Long duduk dalam bilik kat rumah ni...duduk mengenang Haziq....Pak Long cuma sempat jumpa Haziq 3 kali jer selama 45hari Haziq "di pinjamkan" kepada kami...


Pak Long bergegas ke Muar dengan pantas...semata mata nak jumpa Haziq buat kali terakhir.... Sampai kat Hospital Muar..dalam pukul 4 ptg...Pak Long nampak ibu Haziq...dia duduk dengan embah idok dan atok...ibu Haziq nangis saja......sampai lebam mata dia....sian ibu Haziq...pak Long cuma mampu peluk ibu Haziq...tenteramkan dia...

Pak Long tahu, ibu Haziq memang kuat....sejak kecil dia memang kuat!!!
Habis post mortem...doktor benarkan kami melihat Haziq....Pak Long tak sampai hati nak tengok muka Haziq.......tapi Pak Long gagahkan juga...sebab Pak Long nak sangat tengok muka Haziq...tapi tak lama...sebab Pak Long tak sampai hati....pak Long keluar dari bilik dimana Haziq terbaring...Pak Long tengok bunga kat luar...bunga warna merah..sama warna dengan mata Pak Long kala ini....


Ayah Haziq, atok dan embah idok dan pak imam , sama sama mandikan Haziq.....kali ni embah idok tak nyanyi macam selalu....entah la apa yang ada dalam benak embah idok....
sebelum Haziq memakai "seragam putih"...pak Long tatap wajah Haziq...Ayah Haziq menyentuh mata , pipi, hidung, dan mulut Haziq....buat kali terakhir...Ibu Haziq pulak..memberikan ciuman sepenuh kasih sayang untuk Haziq....sama la juga dengan embah idok... Kemudian, Ayah Haziq...bawa Haziq dalam dakapan..dan menuju ke destinasi terakhir ...yang memisahkan Haziq dengan kami semua..."

Pic: Ibu Haziq dan Embah Idok di pusara..

Ketika azan maghrib berkumandang....jenazah Haziq selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Jorak , Muar Johor...Alhamdulillah semuanya baik belaka.


Pic: Di sinilah Haziq bersemadi..:((



Pak Long terdengar embah edok merintih...

"kesiannya cucu embah idok....tidur kat sini seorang malam ni..."

Selamat tinggal Haziq....Ayah , Ibu, Embah Idok , atok, pak long dan ahli keluarga yang lain akan MERINDUI dan akan selalu doakan Haziq sentiasa bahagia sentiasa di sampingNYA...AMIN!!! ...AL -FATIHAH......

Pic: Haziq (31 Ogos 2010 - 15 Oktober 2010)









*Terima kasih atas ucapan takziah dan doa untuk arwah...bukan mudah untuk mengarang entri kali ini......:((







11 comments:

ROSLIZAH said...

Salam Takziah buat Dek Husna Juraimi& Suami Tak lupa juga utk.Mas Adifashla sekeluarga. Redha&Rela kepergian Haziq. Semoga Haziq Ditempatkan dikalangan Umat Islam yg.Soleh.AlFatihah Ikhlas dari Kak Roslizah,Mlk.

azyyati said...

Salam takziah buat Cuna & suami tak lupa takziah juga utk adi sekeluarga . Semoga Haziq tenang di sana dan menunggu kedua ibu bapa nyer di syurga. Sampaikan salam takziah dr adik saya azimah @ kak jim kepada cuna (adik saya sahabat cuna di KUIS dulu). Al-fatihah ikhlas dr kami sekeluarga.

nyonyacyber said...

Adi.. takziah dari kak nya sekeluarga.. terpandang wajah sicomel.. menitis air mata ini... tp Allah lebih sayangkannya.. alfatihah utk arwah..

PINATBATE said...

Alfatihah.
tiada kata hanya airmata..

cikmay said...

Salam abg adi.

Saya sangat terharu bila baca entry abg kali ni.
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
semoga seluruh keluarga arwah adik haziq tabah melalui ujian ini.

al-fatihah...

edzlin007 said...

Salam Takziah. Al-Fatihah buat arwah adik haziq.

cekkeya said...

Al-fatihah. Moga Husna&Suami tabah dengan dugaan nih. Harap semua keluarga Adi tabah juga dengan ujian ini.

Amear92 said...

Takziah untuk keluarga..
Sedih, nak nangis baca entry nie.. Al-Fatihah..

peace_bbj88 said...

Salam abg adi .. salam takziah ..
walaupon x kenal ngn baby nie .. tapi entry nie menyebab kan air mata saya menitis ...
Salam takziah pada keluarga baby ..
Moga baby tenang disana ..
Al - Fatihah ...

YanaNuar said...

Salam Takziah dari YanaNuar sefamily.. buat Adi sekeluarga.. sedih sangat baca n3 ni.. mungkin ada hikmah disebalik semua yg terjadi.. moga baby tenang di sana =D

*chun hyang* said...

Salam takziah tok ahli keluarga haziq.smoge rohnye dicucuri rahmat dan semoge ahli keluarga haziq tabah menerima dugaan.

Arwah haziq nie skit per yer abg adi?