
Jumaat 28 Jan 2011
Selepas menjual roti, kami terus kebahagian yang lain pula iaitu bahagian limau mandarin..kami kena jual limau yang ada di dalam kotak. hahaha memang meriah kat bahagian limau ini , sebab ruangnya leih besar , maka pengunjung boleh datang lebih dekat dengan kami dan takde la berasak asak macam kat bahagian roti tadi.
Selepas menjual limau mandarin , kami dibawa ke bilik rehat untuk mengerjakan solat asar dulu. Selepas berehat, kami di bawa pula kebahagian kaunter pembayaran. Kami kena melayan setiap pelanggan yang ingin membuat pembayaran. Adi berpasangan dengan Erry Putra bertugas di kaunter no 22!!
Setiap kaunter ada dua orang selebriti. Memang kecoh kat sini sebab kami berlumba lumba mencari pelanggan yang nak membayar barangan mereka.
Hahaha...lebih kurang 45 minit kami bertugas di kaunter pembayaran, maka kini kami bergerak ke pentas utama.
Di pentas utama dah ramai pengunjung yang menantikan kehadiran Hero Malaya. Juga yang diraikkan iaitu brother Bob kami pun baru sampai...oh yer...sebetulnya kami beritahu Bob Kuman ,kedatangannya ke Carrefour pada ptg ini adalah untuk dia membuat persembahan. Hahaha..dia tidak tahu bahawa majlis hari ini adalah untuk membantu dia.
Paknil menjadi pengacara majlis, sebelum itu Paknil telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Carrefour yang sudi menderma untuk kerja amal Hero Malaya pada hari ini.
Kemudian pihak Carrefour telah menganugerahkan RM60 000 untuk "gaji" kami pada petang itu!! Paknil telah mengajak kami semua Hero Malaya untuk naik ke atas pentas untuk menerima cek yang disampaikan oleh wakil pihak Carrefour iaitu Low Ngai Yuen atau suatu masa dulu pernah dikenali sebagai Yuen 3R....bekas pengacara rancangan remaja 3R!!!
Selepas menerima cek daripada Yuen. Barulah Paknil mendedahkan tujuan utama majlis Hero Malaya pada hari ini!!
"Sebetulnya majlis ini adalah untuk membantu rakan artis kami yang memerlukan bantuan...dia yang dimaksudkan ialah Bob Kuman"
Kami yang berada di atas pentas dapat melihat air muka Bob Kuman yang terkejut dengan pengumuman daripda paknil tadi! Bob telah dijemput untuk menaiki pentas dan dia duduk di atas kerusi yang disediakan untuknya. Bob tak boleh berdiri terlalu lama dan sekarang ini dia sedang menggunakan tongkat kalau berjalan. ....PakNil meneruskan agenda petang ini....
"Bob! Kami dah dengar keluhan Bob dalam twitter, maafkan kami sebab terpaksa keluarkan Bob daripada chatroom Hero Malaya di dalam Blackberry Messenger (BBM), sebab kami tak mahu Bob tahu pasal rancangan kami ini. ...oleh itu Bob! Terimalah semua hasil "gaji" kami pada hari ini , untuk merawak penyakit awak Bob!! Semoga Bob akan kembali sihat!!"....
Tanpa tertahan airmata mengalir jugak la, terasa macam kat dalam pentas Akademi Fantasia lak Bob jadi sayu dan Adi lihat, ramai pengunjung pada petang ini mengalirkan air mata disaat PakNil membuat pengumuman tadi!!!
Bob - terdiam.....Dia terharu!!! Bob memang tak menyangka sama sekali bahawa dia akan mendapat bantuan dari rakan artisnya sendiri. Hahaha...Kami rasa seronok bila dapat tolong Bob! Kata Bob wang tersebut akan digunakan untuk membeli sebuah mesin untuk bantuan pernafasannya dan juga digunakan untuk membuat pembedahan pintasa gastrik!
Selesai upacara penyampai cek kepada Bob, kami dibawa untuk makan makan pula....begitulah lebih kurang acara amal pertama dari Hero Malaya....InsyaAllah kalau diizinkan tuhan kami akan membantu mereka yang lain pula...tak semestinya artis, malah orang dewasa juga akan di bantu!! " Bila orang susah , kita tolong, bila kita senang, jangan sombong"!!
Hero Malaya ingin ucapkan, ribuan terima kasih kepada Yuen dan juga Carrefour Wangsa Maju yang menjayakan aktiviti amal ini! Ingat kalau nak shopping, pergilah ke Carrefour, kerana Carrefour = Care For You!!!HERO MALAYA adalah - Aznil Nawawi, Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adifashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.













































