Wednesday, August 22, 2012

Makan sihat...



Rabu 9 Mei 2012

Sejak akhir akhir ni memang Adi makan banyak salad kat rumah...tapi yang lecehnya bila bab nak beli salad tu...sebab salad kena beli yg fresh , jadi kenalah pergi ke market selalu untuk beli salad ni...kalau beli banyak terus, takut busuk nanti...sebetulnya nak pergi beli salad yang malas tu...hahaha...jarang ada masa nak pergi market. Selalunya beli kat Alamanda Putrajaya jer la.

Tak semestinya makan salad boleh kurus...hahaha..Adi makan salad sebab dia sedap...tengoklah mayonis dia banyak mana yg Adi letak...hehehe. Tapi sekurang kurangnya boleh tukar habit pemakanan kita sikit. harap harap boleh turun sikit berat badan ni. So far Adi punya BMI ialah 25.55 , jatuh dalam kategori "berat badan berlebihan" atau "Overweight"....alamak!!



JADUAL BMI 

Indeks BMI

18.5 or lessUnderweight
18.5 to 24.99Normal Weight

25 to 29.99Overweight
30 to 34.99Obesity (Class 1)
35 to 39.99Obesity (Class 2)
40 or greaterMorbid Obesity

DJ Supermarket...


Isnin 7 MEI 2012

Hari ni Adi kena jadi ala ala "DJ Supermarket" ...hahaha..bukan kat supermarket pun , tapi sebenarnya dekat Cafe Ceria di Astro Bukit Jalil. Selalunya suara Adi boleh didengari di radio ERA.fm...tapi hari ni suara Adi di dengari di seluruh bangunan Astro Bukit Jalil dan di bangunan bangunan/studio milik Astro di tempat lain. Canggih kan..hahaha...

Sebetulnya Adi di tugaskan untuk mempromosikan program dalaman untuk staf staf Astro iaitu BEYOND. Adi diberi peluang untuk membebel dan berikan hadiah hadiah selama sejam depan kawan kawan opis sendiri..hahah rasa jaggal sikit la...lol.

Bawak mak dan Abah jalan jalan ke Akuaria KLCC

Pic: Amboi...lajunya mak dan abah berjalan  nak sampai Akuaria...hehe

KHAMIS 26 April 2012

Ok, kalau semalam Adi dah bawak mak dengan abah pergi jalan jalan kat Pantai Jeram, hari ni Adi bawak mak dan abah jalan jalan ke KLCC pulak. Kiranya balik ke KL la dari Tg Karang. Hajat hati nak bawak mereka pergi Akuaria KLCC. Memandangkan hari ni hari bekerja, mestilah tak ramai orang kan?!


Pic: Anak buaya.

Tapi jangkaan Adi salah belaka, masa sampai kat kat AKUARIA dah ramai rupanya pelajar pelajar sekolah sudah bersedia untuk masuk ke AKUARIA. Ramai betul! dah macam cuti sekolah pulak..hehehe.



Bayaran masuk untuk Adi (dewasa) ialah RM35 dan warga emas pula RM25. Oklah tu. Total masuk AkuariaKLCC  hari ni RM85 utk 3 org.





Ini pertama kali mak dan abah sampai ke sini. Seronok juga tengok mak yang kagum dengan hidupan laut ni. Abah pada mulanya buat buat biasa sahaja. Tetapi bila abah ternampak penyu agar agar sedang berenang berhampiran, dia jadi excited pulak...hehehe...so tengoklah aksi aksi mak dan abah Adi kat AKUARIA KLCC ni...




Pic: mak kata "comelnya penyu ni"

Pic: Abah tiba tiba excited dapat tengok penyu! Hehehe

Pic: JAWS !!

 Pic: Mak: Ehhh ikan apa ni?..

 Pic: Besarnya ikan tuuuuuu!!! Tuuuuu!!


 Pic: nak sentuh ikan ni , kenalah masuk dalam akuarium...berani tak mak?..

 Pic: dengan JAWS lagi!! 

 Pic: Abah tengok melihat ikan Kerapu Gergasi.

 Pic: Bagusss!!!

Sempat juga kami menyaksikan upacara memberi makanan kepada hidupan Akuaria ini. Best la agaknya yer bila di kerumuni ikan ikan yang ada dalam akuarium ini. 


Pic: Tengok ikan ikan air tawar.


Pic: Lunch time dulu....

Selama satu jam setengah juga kami berada di Akuaria KLCC . Lepas tu bawak mak dengan abah makan tengahari kat salah satu restoren di KLCC. Lepas lunch kami pun bertolak balik ke Tg Karang. Seronok dapat bawak mak dan abah jalan jalan ...next time nak bawak dia orang pegi mana pulak yer? 

Pic: Peneman on the way balik Tg Karang...yummy!! Tapi abah yang habiskan!! Hahaha

Wednesday, August 15, 2012

Shell Event kat JB


 SABTU 21 April 2012

Hari ni ambik flight ke JB untuk menyertai acara yang dianjurkan oleh SHELL Helix di Danga City Mall, JB. Ini adalah untuk Promosi Global Shell Helix 'Get Your Heart Racing' . 

Sampai jer kat JB hujan turun agak lebat jugak, dan memandangkan masih awal, Adi mengajak JarJar (SkuadERA) untuk pergi bersarapan. Dia telah membawa Adi pergi menikmati "Kacang Pool" katMedan Selera Larkin,  JB. 



Ini adalah pertama kali Adi makan "Kacang Pool" di mana ianya di makan dengan roti bakar dan kacang tanah yang bercampur dengn kuah khas , bawang , lada hijau dan juga telur mata kerbau.

Nak makan kena gaul kesemua bahan bahan taadi sampai jadi macam kuah pekat, lepas tu makan dengan roti bakar tadi...cicahkan saja dalam kuah "Kacang Pool" tadi. Sedap jugak, sesuatu yang berlainan daripada sarapan yang pernah Adi makan sebelum ini.


Pic: Kacang Pool yang famous kat JB!

 Promosi Global Shell Helix 'Get Your Heart Racing' ini berlangsung daripada jam 12 tgh hari hingga 2 ptg. Jadi Adi sempat bermain permainan khas yang di sediakan di acara ini dan memberikan hadiah hadiah kepada para pengunjung dengan dibantu oleh ahli Skuad ERA JB. Lepas lunch pukul 3ptg ...terus pergi airport utk balik ke KL. Terima kasih pada Shell yang menjemput Adi untuk memeriahkan  Promosi Global Shell Helix 'Get Your Heart Racing' . 



Pic: Adi dengan Skuad ERA JB 

Greyson Chance di ERA.fm


ISNIN 16 April 2012

Im waitinggg.....im waitinggggg......chorus lagu Greyson Chance "Waiting Outside the Lines" . Malam ni penyanyi muda yg bakatnya di cungkil dr Youtube ini dan pernah berduet dengan Najwa Latiff kat AIM yang lalu datang ke ERA.fm untuk interview sempena konsertnya di KL . 


Greyson Chance memang sangat peramah dan rendah diri...masuk studio jer, dia yang dulu menyapa dan cakap hi kat Adi dan Shac time tu...harap harap dia kekal macam ni la sampai bila bila...sebab artis luar negara ni jarang sangat nak datang ke radio untuk ditemuramah. :P
Seronok jugak dapat jumpa dia. Harap harap dia sukses la....:)


Meraikan Johan yg mennag dalam ABP2011


RABU 18 April 2012

Malam ni kami meraikan kejayaan artis artis di bawah naungan Astro seperti Aaron Aziz, Johan, Zizan dan Hafiz AF dalam ABP2011 yang lalu.


Majlis berlangsung dalam suasana yang cukup "romantik" sekali di Sunway Hotel . Rasa macam dalam majlis perkahwinan pulak...hehehe... dengan lampu yang memang "redup" shj sepanjang majlis berlangsung.


Pic: Buat majlis kahwin kat sini mesti best...tapi mesti mahal punya...hehe

Tahniah pada Johan yang mendapat Anugerah pelakon Komedi Popular, Aaron Aziz (Bintang Paling popular ABP),  Zizan (Pengacara TV Popular) dan Hafiz AF (Penyanyi Lelaki Popular) untuk tahun 2011.


Pic: Bersama Johan , Nana (Penerbit JOHARA) dan DJ Rizal.

Tuesday, July 24, 2012

Showcase T.R.I.A.D di KL



AHAD 15 APRIL 2012


Minggu lepas tengok KOTAK, minggu ni pulak tengok rakaman showcase band T.R.I.A.D . Kumpulan yang di asaskan oleh Ahmad Dhani pada tahun 2010 .




Pic: Dapat bergambar ekslusif dengan T.R.I.A.D...thanks mas Dhani!! 


Adi memang peminat tegar Ahmad Dhani sejak tahun 1990an lagi ...time tu tak ramai yang kenal Dewa19 atau Ahmad Dhani itu sendiri. Hahaha....Alhamdulillah sampai sekarang masih berkesempatan bertemu dengan Ahmad Dhani dan menikmati lagu lagu ciptaannya !


Oh yer T.R.I.A.D ada mengeluarkan album terbaru yang bertajuk ISTIMEWA ...lagu lagu dalam T.R.I.A.D ni banyak lagu yang emo, tapi emo yang sedap!! Tak caya?..korang dengarlah sendiri lagu ISTIMEWA kat bawah ni....:)



Ada lagi satu lagu yang best iaitu RATU DI HATI KU....Ahmad Dhani bawak awek awek/ artis Indonesia yang cun melecun dalam video clip kat bawah ni...termasuklah Mulan Jameela...:)




Dalam showcase ni, Ahamad Dhani ada menyanyikan lagu lagu dari pada album pertama T.R.I.A.D sebelum ni dan album ISTIMEWA serta lagu lagu daripada album Dewa19 dan The ROCK! Memang rugi pada sesiapa yang tak datang menyaksikan showcase T.R.I.A.D hari tu kat Dewan Seri Putra Bukit Jalil!! Sama samalah kita tunggu tayangan showcase ini di Astro Ria nanti :)



LMFAO Live in KL

Pic: Ni lah kumpulan LMFAO......ehh bukan...ni kump BOOM BOOM CAK!!

9 April 2012


Dengan berbekalkan semangat nak bershuffling...Adi, Dina dan Ira sepakat pergi tengok konsert LMFAO kat Sunway Lagoon. 


Pic: Adi, Anne, Dina dan Ira...


Saja nak tengok gelagat peminat peminat unik LMFAO menari mengikut muzik rancak LMFAO....Kita orang duduk jauh gak lah kat belakang, tak sanggup nak meredah lautan manusia kat sini. Persembahan LMFAO memang best dengan peminat yang fanatik bershuffling...actually Adi lebih seronok tengok bebudak ni menari...perghhhh giler ah...manala diarang ni belajar....kalau Adi Dina dan Ira buat mesti diarang gelakkan...maklumlah tak reti nak buat shuffling yg fancy fancy ni...hahaha....




Pic: Orang lain  sibuk sorak sorak berkonsert...kita orang ambik gambo ler...:)


Actually sebelum tgok konsert ni , kitarang dah melantak dulu sushi kat Sunway Pyramid...so paham paham la , kalau perut penuh , lepas tu terkinja kinja....mahunya terkeluar balik sushi tu..hehehe...


Apa apa pun konsert ni menag terbaik la . Terima kasih pada Anne dari Warner Music Malaysia yang temankan kita orang nonton sama sama konsert ini...hehehe...





Pic: LMFAO...LMFAO....err ..saya nampak bumbung jer...:P

Showcase KOTAK



AHAD 8 April 2012


Ahh salah satu band rock kegemaran Adi daripada Indonesia iaitu KOTAK datang ke KL lagi membuat promosi album soundtrack mereka "Tendangan Dari Langit" .Tendangan dari Langit adalah filem Indonesia yang dilancarkan pada 2010. Album ini ada  5 buah lagu baru antaranya n lagu Tendangan dari Langit yang Cinta Jangan Pergi dan Energi yang ditulis oleh Kotak . 


Pic: Bersama Chua yang kiut miut!!



Adi dan kumpulan KOTAK memang dah lama kenal sejak album pertama mereka dulu dan Adi pernah menemubual mereka di ERA.fm . Bila dorang nak buat showcase ket KL , sudah semestinya Adi datang menonton
.
Tidak menghampakan vokal Tantri (vokalis KOTAK) tetap bertenaga seperti dulu dengan persembahan yang bertenaga.


Suker giler bila Kotak mendendangkan lagu mereka "MASIH CINTA " .....ahhhh....lagu yang ada makna pada diri Adi....yeah.







Rakaman showcase KOTAK ni berlangsung di Dewan Seri Putra,  Bukit Jalil, dan ianya akan di tayangkan di Astro tak lama lagi...maybe masa hari raya kot. Tiada lagi pengesahan bila tanyangan untuk showcase ini akan berlangsung. Tapi yang best,  nantikan juga kemunculan istimewa kumpulan Bunkface dalam showcase KOTAK  ini....




Oh yer..KOTAK sekarang tinggal bertiga sahaja iaitu Chua (Bass), Tantri (Vokal) dan Cella (Gitar) 



Pic: Boleh tak Adi join band Kotak ni...boleh tukar nama jadi KOTAK AIS! niceee!!





Pic: Sama Tantri yang sentiasa ramah dan sporting!! :D 

Interview Maher Zain



 Sabtu 7 April 2012


Jarang kena datang studio masa weekend untuk interview artis, tapi kali ni kena la buat interview dengan Maher Zain . Maher Zain datang ke Malaysia mempromosikan album terbaru dia MAHER ZAIN : Forgive Me. Dia datang kat Astro dalam pukul 11 pagi. Masa jemput dia kat kafe Astro tu , dia tgh check email dia dan FB dia .






Orangnya ramah dan sangat bersopan santun. Setiap soalan yang ditanya , sebaik baiknya dia akan fikir dulu , sebab katanya dia takut memberikan jawapan yang salah dan akan menyebabkan peminatnya keliru. Kalau dia rasa soalan tu agak kurang selesa , dia akan menanyakan kepada pengurusnya samada solan itu boleh di jawap atau tidak..


Maher Zain memang takkan jawab soalan soalan kontroversi atau pun gosip gosip berkenaan dirinya.Malah dia tak suka bila orang bertanyakan hukum hakam agama..... Yup! Maklumlah dia kan kira mcm artis nasyid jugak la...so dia lebih suka cerita pasal mesej mesej yang nak di sampaikan menerusi album terbarunya ini. 


Maher Zain tak suka bolasepak katanya, sebab dia kaki bangku. Sukan yang dia terlibat sebelum ini hanyalah taekwando...seronok jugak interview MZ ni...tergelak gelak jugak di buatnya..




BTW, terima kasih pada Maher Zain yang sudi datang untuk di temubual dalam keadaan santai...:) dan terima kasih atas pemberian album terbaru beliau..:D