Sunday, May 4, 2008

Episod Akhir Fulus Mania......


Rabu 30 April 2008

Hari ini merupakan hari yang terakhir untuk Fulus Mania setelah 3 musim bersama bersiaran di Astro Ria dan di @15..yup satu program yang memberikan Adi banyak keyakinan untuk tampil Live di kaca TV..

Pic: Bersama Pengacara dan krew Fulus Mania
( Dari Kiri: Adifashla , Farish, Gee, Rosma, Burn , Wadi (Penerbit), Amy dan Dira


Rasanya dah lebih daripada 100 episod yang Adi dah buat sepanjang buat Durian Runtuh @ Fulus Mania ni...Dan yang pastinya Adi berbangga juga la sebab Adi adalah hos yang pertama keudara dulu...hehehe..dan kekal sampai sekarang bersama Farish...

Pic: Ketika Episod Gong Xi Fa Cai

Banyak kenangan pahit dan manis masa buat program ini..Antaranya menggantikan pengacara lain yang tak datang, headphone tak berfungsi..malahan Live secara tiba-tiba pun ada...hahaha
tgh susun susun prop tetiba LIVE...hahahaha..nasib baik boleh cover baeeekkk punyeeerrr(buat cam dafi)..

Pic: Host FM ketika Episod yang terakhir bersama Penasihat FM.
(Dari kiri: Farish, Burn, Adifashla, Dira, Ebi dan Kak Kartina.)

Tapi yang paling mendebarkan ialah semasa menggantikan pengacara yang lain , yang tak datang..dan Adi kebetulan berada di ofis masa tu..kesian penerbit menggelabah...terpaksalah Adi berlari turun ke Studio kerana Live dalam jangka masa 7 minit sahaja....bayangkan..Adi sampai kestudio terus tonyoh bedak ...mekap man dan standby dah kat studio..dan baju lak?..hehhee..baju yang Adi pakai time tu la..memang selebet la..hahaha..tapi ok la...masa siap pakai head phone dan mic..tinggal 20 saat jer...5 saat nak LIve baru betul betul Adi berdiri depan kamera..hahahaha.....LIVE!!!! dengan tercungap cungap!! keluarkan soalan dan besarkan gambarnya di kaca TV..dan time ni ADi ambik kesempatan untuk touch up sambil membebel menjual soalan...hahahaha....itulah salah satu pengalaman yang takkan Adi lupakan...


Pic: Fulus Mania dalam Kenangan!!!Host bersama Jojoe (penulis skrip!) baju hitam kat tengah tu

Apa - apa pun thanks kat semua yang terlibat dari mula sampai la ke episod yang terakhir ini..hehehe..InsyaAllah kalau ada rezeki dan rancangan lain dan ada tawaran..pasti Adi akan kembali.....sampai jumpa lagi FULUS MANIA!!!!Jari Jadi Juara!!!

3 comments:

** SaLLy ** said...

alaa..dh takde kt fulus mania ke?
**nanges sambil tgk gambar burger adi**..tak jadi lak nanges tp jadi lapar..huhuhuhu...

all d best 4 u kapten..we always support u..

ADIFASHLA said...

bergerrrr!!! nangis tak dapat makan berger tuuu!!!

Anonymous said...

Looks like you are an expert in this field, you really got some great points there, thanks.

- Robson