Malam ni Adi jumpa dengan member yang sama duk kat Kolej Pendeta Zaaba , UPM(sama blok )..dulu Adi duduk kat blok Cendikiawan...tapi sekarang blok tu dah jadi blok perempuan..hahaha..so dah lama juga Adi tak jumpa diarang ni, Avon, Teloq, Ijat, Spend dan juga Sontel. Hahaha ni nama kitarang masa kat blok dulu la..masa time belajar..kitarang tak pernah panggil nama kitarang..hahaha...geli l akalau sebut nama betul..Actually Adi pun ada nama blok gak...tapi biarkan rahsia jer la..tapi kawan-kawan rapat Adi masih memanggil dengan nama itu...
Restoren ni agak tersorok sedikit, tapi memang ramai yang datang ke sini..mungkin sebab konsepnya yang santai dan lain daripada yang lain. Tetapi di sebabkan ramai orang , servisnya juga agak la lembab...tak caya ..tengok la Spend sampai terbaring menunggu order dan juga food yang dtg. Sambil sambil tu kitarang berborak la..hehehe...maklumlah lama tak jumpa.
Kitarang berkumpul sebab esok kitarang nak pergi ke rumah member kitarang, si Bepot kat PD , sebab dia kawin la..hehehe..jadi malam ni kitarang berkumpul la. sambil sambil makan.

Banyak juga makanan yang kami order...sebab lapor juga la perut...Ada tomyam, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng, cendawan goreng,kailan goreng, nasi goreng dan juga sambal serta air buah..perghhh memang penuh kalau makan ni...Yang tak bestnya cuma satu..iaitu semua masakan dah sejuk dan rasanya kurang sedap..tidak seperti masa 1st time Adi dtg ker sini...apasal lak kan?..hmmm mungkin hari ni hujung minggu dan ramai orang, maka foodnya dah masak awal dan tinggal nak hidang jer..hmmm..tapi memang kureeenggg la..
Tapi yang pelik nye diarang ni makan macam tak hingat dunia..hahaha..lapor la tu.hahaha..Alhamdulillah semuanya dapat di"selamatkan" di dalam perut kami!Yum! Yum!