Monday, June 9, 2008

Selamat Pengantin Baru Kiran

AHAD 8 JUN 2008

Pic: Kiran Love Yang....Yang Love Kiran!!!

Hari ni Kiran kahwin la kat rumah dia kat Kapar , Klang. So Adi bertolak dari Tg Karang dalam jam 11:45 pagi dan smapai ke Kapar dalam jam 1230tgh hari..masalahnya Adi terlupa nak bawa kad kawin Kiran ni..dah menggelupur cari rumah Kiran. Telefon memember semua taj tahu cam mana nak terangkan ..last last call Kiran gak ..nasib baik mamat ni nak angkat telefon lagi..kalau tak satu bandar Klang Adi tawaf..hahahaha



Sampai jer kat area rumah Kiran dalam pukul 1tgh hari gak la..rupanya Kiran dan bininya masih kat tepi jalan nak masuk ke rumah nya..laaa tak masuk lagi ker..Katanya nak bersanding jam 12 tgh hari..tu yg Adi plan nak datang lambat sikit..kasi lapang la..maklumla selebriti kahwin..mesti ramai orang punyer...hehehehe. ..Memang tak nafikan la..ramai giler org sampai takleh nak jalan masuk atau keluar! Masa Kiran datang pasangan pengantin di sambut dengan bunyi mercun dan bunga api, selain itu ada persembahan silat dan juga tarian tradisional..perghh memang meriah la..hahaha...nasib baik diarang tak suruh ADi bersilat sekali..kalau tak ...Silat Kungfu Panda pasti keluar..Yeaahaaaaa..


Pic: Adi bersama Chepot dari Jinbara..tgh jenguk jenguk nak cari tempat kosong..hahaha


Sementara nak tunggu trafik clear sikit..Adi lepak ngan angota angota Jinbara. Nasib baik la diarang ada ...ada juga teman, kalau tak mati kutu di buatnya..hahaha



Pic: Nasi oh nasi..kenapa engkau sedap?!!!


Tak tahu lah sama ada Adi lapor atau memang nasi kahwin ni sedap..Adi makan sampai tambah 2 kali..hehehe..ambil berkat !!! haha..ada juga bubur kacang ngan bubur pulut hitam..wallaweii..layan jerla..Sebab takde ruang nak jumpa Kiran..so makan jer la..hahha..actually Kiran nak minta Adi bagi tepung tawar ..tapi nak buat cam mana takleh nak gerak sebab ramai giler orang..hahaha..Antara yang datang Adi tengok ialah, Nana, Nila Kurnia, Subi, Seelan Paul, Farah fauzana, Jinbara ..itu jer la yang Adi nampak..memang meriah la..



Pic: Kintell!! meh makan sini....Weii Kiran aku nak udang yang berdiri tu...hehehe


Apa-apa pun tahniah la kat Kiran...hahaha tak dapat ambil gambar ngan dia ..ambik dari jauh jer sukup la..apa - apa pun Selamat Pengantin Baru kat Kiran dan isterinya, Yang ( aik!! lain giler muka bini Kiran ni bila di mekap..sampai tak kenal..)

3 comments:

akugafi said...

Ouhs tetamu melayu tak yah pakai baju tradisional melayu eh? Different from Brunei tuh..

ADIFASHLA said...

hmm..sebab kat sini kitarang tak lama sangat kat sesuatu majlis kahwin tu..lain lah kalau sehari suntuk ..hahaha...Adi memang tak suka pakai baju Melayu...panas la..huhuhu..setahun sekali jer pakai baju melayu...masa raya jer...hehehe

edzlin007 said...

wahhh...meriahnya majlis kieran. slamat pengantin baru... abg adi bila?hehehe. adi tak breakfast ke sampai leh tambah ni...hebat2