JUMAAT 18 Julai 2008
Jelajah Era bermula hari ni di Batu Pahat, Adi bertugas sampai kul 10 pagi dan terus bertolak dengan bas ke Batu Pahat. Seronok la sebab ni 1st time Adi nak pergi BP. Dalam perjalanan Cuma tidur jer la sebab Adi memang tak berapa sihat la.Aduss,..
Pic; Batu Pahat dari bilik hotel. Sampai –sampai kat hotel penginapan iaitu Hotel Katrina, terus order nasi beriani gam..memang sedap..order dalam 10 bungkus dan makan dalam hotel beramai-ramai. Actually bapa Nana Era berkerja kat sini , so dia datang ke hotel dan belanja kami makan nasi beriani tu…Elok sangat la tu, sebab kitarang pun lapar sangat , memang kosongkan perut sebab nak makan Nasi beriani..sedap gak.
Pic: Batu Pahat dari bilik hotel gak
Batu Pahat ni besar jugak la. Kira cam lembah yang di kelilingi bukit dan gunung ganang.Kira Hotel Katrina ni adalah bangunan yang tertinggi kat Batu Pahat!. Actually kami sampai kat BP dalam pukul 5ptg.so takde banyak masa untuk berehat , mandi manda kejap lepas terus bersiap ke BP Mall di mana konsert jelajah Era akan berlangsung,.perghh..kami bertolak lepas maghrib. Sesampai kat sana, dah ramai warga BP duk depan pentas dah.Yang meneriknya mereka semua berdiri..alahai kesiannya dengan adik –adik kecil yang terpaksa berdiri juga..tapi memang ramai giler..wahh!! semangat!
Pic:Kiran tgh cuak dan menghafal lirik lagu..hehee
Ok ..konsert bermula jam 830mlm ,yeah semangat la..dengan sambutan yang best kat BP..Adi , Nana dan juga Kiran beradu tenaga menyanyikan lagu opening’ Sedang Ingin Bercinta”..hahaha..kelakor!!..perghh lama tak nyanyi weii..so kitarang pun naik sheikh!! La…buat macam konsert sendiri..hahaha..boleh la..
Pic: Kristal sedang beraksi Antara artis yang buat persembahan hari ni ialah Kristal, The Lima, Adam , Bad Boyz , Misha Omar ,dan juga penyampai Era pun nyanyi sama gak..seperti Kiran, Linda Onn, Nana, Reza, Aimee dan juga Ray yang gempak berduet dengan Misha Omar..perghhh!!.Semangat ko Ray yer..hahaha..enjoy bro!!
Pic: Bersama pendengr ERA Konsert berakhir dalam jam 1030malm.yes perfect timing la.Tapi terharu jugak la sebab warga BP tunggu sampai konsert berakhir. Sayang korang!! Pastu balik hotel berehat la, sebab tak sihat .
Pic: Sebelum naik ke pentas..happy ler
Keesokkan paginya pagi – pagi lagi dah sarapan dan ajak boss Adi ambik gambar kat sebuah bilik yang cukup popular kat hotel ni..hahaha..bilik ni la pernah menggegarkan tak lama dulu..hehehe..no komen!!
Pic: Bilik yang famous!!Pukul 12 tgh hari check out dari hotel , lepas tu kami pergi makan Beriani kat sebuah restoren. Memang sedap Beriani Gam dia..huarghh!!! sedapnya!!! Makan ramai –ramai., dah kenyang terus ke PD. Sepanjang perjalanan hujan turun..tidur la dalam bas. ..Thanks kat warga BP..atas sokongan korang ok!!
Pic: Hotel Katerina
Pic: Restoren di mana kami makan nasi beriani sampai penuh.!!
Pic: Acara borak-borak sebelum makan
Pic: pose sebelum makan dari Adam, Reza dan The Lima
Pic: Gambar terseksi penyampai Era!!!
Sampai kat PD dalam jam 5ptg.sampai-sampai jerk kat hotel terus salin baju dan turun ke pantai, wahhh..main banana boat..yearghh..hehehehe…tahu tak , Kiran dan Reza memang takut nak naik benda ni. Hahaha…bila kitarang naik diarang berdua hanya senyap jer.hahaha..bila kat tgh laut banana boat tu sengaja di jatuhkan supaya kami di jatuhkan hahaha..semua mencungap la kan. Hehehe..tapi yang kelakarnya bila nak naik balik ke atas banana boat tu ada masalah besar lak..coz Pak Tamm dan Ray agak susah nak naik balik..hahahaha..macam macam stail la diarang buat untuk naik ke atas banan boat tu..kitarang tolong gak la..diarang naik..tapi kitarang lebih banyak tolong gelak la…huarghhh!!! Kelakor tengok Pak Tam ngan Ray!! Huarghh!! Masa kitarang jatuh dalam air tu, rupanya nana telah tercedera , di mana bibirnya telah pecah! Aiyooo..berdarah la pulak..risau lak..dia pun panic semacam..aiyoo…terus kitarang pulang ke pantai..sampai ke pantai bibir Nana dan lebam dah…kesian dia..dah nasib badan!!
Lepas tu kitarang lawan main bola tamper lak..heheheh..best! Team Adi lawan Team Kiran&Nana, so team Adi macam biasa akan menang punyer..huhuhu…jangan marehh!
Sebelah malam lak kitarang makan di sebuah restoren yang unik kat PD..Lupalak nama dia..tapi konsep dia ala Minang memang menarik…tapi foodnya tak sedap mana la..huhuhu..konsep jer lawa, tapi makan kurengg sikit. hehehe
Ok , Hari Ahad menjelma, tapi Adi just duduk dalam hotel sebab kurang sihat, tapipukul 5 Adi turun ke Teluk Kemang , sebab nak buat penampilan bagi Perodua, dan bagi hadiah kepadapara pengunjung. ramai sekali yang adakat Teluk Kemang masa ini. yeah!!Lepas habis sesi sampai kul 7ptg, terus Adi dan Nana balik ke hotel utk bersiap bagi konsert malam lak. Dan sebetulnya Adi dan Nana terus cabut apabila selesai menyanyi lagu "Hanya Memuji" . Balik ke KL dengan bas yang besar, tapi dalamnya cuma ada Adi, Nana dan Kiran..fuyooo!!
Pic: Hadiah dari listener ERA - The Kintel..huhuhuhu Thanks kat semua yang dtg ke Jelajah Era di PD dan juga BP! Thanks atas hadiah yg di berikan oleh Fara, sanggup dia cari pembalut hadiah bergambar "Kintel"..hehehe
Pic: Aizat, Nana dan Adi sebelum konsert PD bermula
Jangan lupa minggu depan kami akan menjelajah Penang dan Taiping! Yeah