Thursday, July 10, 2008

The Making of Kena Kantoi

Sejak awal bulan Jun, kami dah tampilkan segmen baru di Era..iaitu Kena Kantoi@Era..Segmen kantoi ni cuma Adi dan Nana yang kena keluar dan cari mangsa. Macam mana segmen KenaKantoi ni?..senang jer..


Pic: Salah satu adegan dalam Filem...SEPET...hehehe..

1. Kami akan menyorok kat suatu tempat setelah mengenal pasti tempat nak cari mangsa. Kat sini kami menggunakan alat dengar dan juga mic untuk berkomunikasi dengan Mat Kantoi.

2. Mat kantoi lak akan menggunakan alat dengar untuk dengar arahan kami dan juga dia ada mic yang cukup sensitif untuk menangkap suara mangsa kami. Tengok keadaan la..kalau dalam tempat terbuka agak susah juga..sebab bising kan..tapi kalau dalam tempat tertutup..perghh memang best.

3. Mat Kantoi akan bercakap 100% sama dengan apa yang keluar dari mulut kami. so dia kena ikut..kalau tak dia akan kena denda..hahaha...tapi ada keadaan tertentu Mat kantoi boleh menggunakan budi bicaranya sendiri ..mungkin untuk menyelamatkan keadaan atau diri. Sebab kami tak nampak apa yang berlaku..tapi kami hanya menggunakan daya imaginasinya sahaja untuk membayangkan keadaan.


Pic: Inilah Mat Kantoi!!

So far alhamdulillah Mat kantoi selamat apabila menjalankan tugasnya. Kekadang ada jugak Mat kantoi tak nak ucapkan apa yang kami katakan..alahai..katanya sebab malu..memang jadi Mat Kantoi ni memang susah..Kena profesional dan buang malu jauh - jauh dan kena selamba..dia takleh gelak walaupun mungkin dia dengar kami gelak gelak dalam alat pendengaran dia. huhuhuhu


Pic: Kami sedia untuk beraksi mengantoikan anda!! Jaga - Jaga!!

Kesemua adegan Kena Kantoi yang kami lakukan adalah secara spontan..betul betul spontan..malahan ada kalanya bila kami parking kat satu tempat tu..terus kami kenakan mangsa..kejamkan..tapi itulah yang kami lakukan. Hahaha...dalam seminggu kami boleh merakamkan hampir 8 atau 10 adegan..huhuhu..tengok keadaan la.


Pic: Peralatan yang di gunakan untuk merakamkan Kena Kantoi @Era

Antara cabaran - cabaran buat Kena Kantoi ini ialah, kami sedang mencari cara yang terbaik untuk merakamkan suara mangsa dengan lebih jelas lagi....kekadang tu kami tak dengar suara mangsa..malah suara Mat kantoi juga..faktor peralatan dan juga keadaan cuaca juga memainkan peranan. huhuhu..sebab semuanya wireless..

Biasanya kami akan merakamkan segmen Kena Kantoi ni selepas kami tamat keudara...bayangkan dari pukul 5 pagi, lepas tu buat Kena Kantoi sampai pukul 5ptg atau 4 ptg..memang memenatkan..Tapi itulah komitmen kami untuk menghiburkan anda. Panas dan hujan lebat semua pernah kami redah masa buat Kena Kantoi ini....Jadi teruskan mendengar Pagi@Era dan segmen kena kantoi ini keudara jam 750pagi, 850pagi dan 950pg...dalam sehari kami ada 3 segmen berbeza..dan dalam seminggu ada 4 segmen yang keudara dan ianya akan diulang bergilir - gilir dalam seminggu itu..Isnin Hinga Khamis..manakala hari Jumaat lak , kami akan putarkan 1 adegan Kena Kantoi yang terbaik dalam minggu tersebut pada hari itu..Ok ..untuk makluman..boleh la pergi ke www.era.fm Ok , selamat mendengar KENA KANTOI @ERA.

3 comments:

edzlin007 said...

hahahaha....mmg mcm film sepet versi dewasa. suka dgr segmen kantoi, mmg klako abis

efa said...

mmg kjm duia skrng!

miszrLina said...

best sgt Kena Kantoi @ ERA nih!
layan on d way g keje...huhu...
pedulik la kete sebelah tu heran gelak sengsorg..ahaks