Sunday, June 29, 2008

Makan Malam di bangi dengan kengkawan lama

SABTU 28 JUN 2008

Malam ni Adi jumpa dengan member yang sama duk kat Kolej Pendeta Zaaba , UPM(sama blok )..dulu Adi duduk kat blok Cendikiawan...tapi sekarang blok tu dah jadi blok perempuan..hahaha..so dah lama juga Adi tak jumpa diarang ni, Avon, Teloq, Ijat, Spend dan juga Sontel. Hahaha ni nama kitarang masa kat blok dulu la..masa time belajar..kitarang tak pernah panggil nama kitarang..hahaha...geli l akalau sebut nama betul..Actually Adi pun ada nama blok gak...tapi biarkan rahsia jer la..tapi kawan-kawan rapat Adi masih memanggil dengan nama itu...

Pic: Spend dah tertido sementara tunggu food datang..huhuhu

Restoren ni agak tersorok sedikit, tapi memang ramai yang datang ke sini..mungkin sebab konsepnya yang santai dan lain daripada yang lain. Tetapi di sebabkan ramai orang , servisnya juga agak la lembab...tak caya ..tengok la Spend sampai terbaring menunggu order dan juga food yang dtg. Sambil sambil tu kitarang berborak la..hehehe...maklumlah lama tak jumpa.

Pic: Teloq si tokey stesyen minyak!!

Kitarang berkumpul sebab esok kitarang nak pergi ke rumah member kitarang, si Bepot kat PD , sebab dia kawin la..hehehe..jadi malam ni kitarang berkumpul la. sambil sambil makan.


Banyak juga makanan yang kami order...sebab lapor juga la perut...Ada tomyam, ikan siakap 3 rasa, sotong goreng, cendawan goreng,kailan goreng, nasi goreng dan juga sambal serta air buah..perghhh memang penuh kalau makan ni...Yang tak bestnya cuma satu..iaitu semua masakan dah sejuk dan rasanya kurang sedap..tidak seperti masa 1st time Adi dtg ker sini...apasal lak kan?..hmmm mungkin hari ni hujung minggu dan ramai orang, maka foodnya dah masak awal dan tinggal nak hidang jer..hmmm..tapi memang kureeenggg la..

Pic: Makan jangan tak makan!!


Pic: Sontel dan Teloq tersenyum sebab dapat makan banyak!!

Tapi yang pelik nye diarang ni makan macam tak hingat dunia..hahaha..lapor la tu.hahaha..Alhamdulillah semuanya dapat di"selamatkan" di dalam perut kami!Yum! Yum!

Celebrity Flea Market

SABTU 28 JUN 2008

Hari ni Adi buat persembahan kat Celebrity Flea MArket kat Melawati Urban 1. Adi buat persembahan yang pertama sebab nak cepat dan ada hal ptg nanti.

Pic: Nyanyi sama - sama yer..sporting adik adik ni..

Ini kali kedua Adi datang ke sini untuk buat persembahan, hahaha..so rasa seronok pun dan takde la rasa cam stress nak buat show kat sini sebab dah tahu cam mana keadaan kat sini. Jarang Adi buat persembahan seawal 12tgh hari. So bangun pagi awal juga la sebab nak bangunkan suara. hahaha..


Pic: Rosma pun ada la..dia tolong Adi jadi pelakon ..

Nasib baik hari ni takde la panas sangat. Sampai jer kat Urban1 ni dah ramai keluarga yang hadir sebab ada peraduan mewarna oleh kanak - kanak..kira cam hari keluarga juga la kat sini. Hahaha...so takde la masalah nak nyanyi nanti..hahaha..mangsa dah ada..(bebudak kecik sebagai props)..huhuhu

Pic: Rosma bersanding dengan "Khai"


Nasib baik hari ni takde la panas sangat. Sampai jer kat Urban1 ni dah ramai keluarga yang hadir sebab ada peraduan mewarna oleh kanak - kanak..kira cam hari keluarga juga la kat sini. Hahaha...so takde la masalah nak nyanyi nanti..hahaha..mangsa dah ada..(bebudak kecik sebagai props)..huhuhu

Pic: Lega tugas dah selesai!!

Lama dah tak nyanyi bila dapat buat persembahan cam ni sekali sekala memang memuaskan hati..hahhaa..apa- apa pun thanks kat Julia yang jemput Adi buat show kat sini..ok ..jumpa lagi di masa depan!

Pic: bersama Juan Danza yg turut buka gerai kat sini...hahaha

Pic: Iha dari Kemaman

Adi nak say thanks gak kat Iha yang sanggup turun semata-mata nak jumpa Adi..dan juga merakamkan aksi Adi..terima kasih buatkan Adi video ini..Iha adalah student Mass Production dari UITM....hehehe..thanks Iha...


video

Thursday, June 26, 2008

CELEBRITY FLEA MARKET

Jangan lupa hari Sabtu ni 28 Jun 2008 , Adi akan buat persembahan secara terbuka dan percuma kepada semua sempena Celebrity Flea Market yang akan berlangsung di Melawati Urban 1. RSelain Adi , ada beberapa rakan artis turut serta dalam persembahan ini..Tempat ni masih baru dekat area Melawati dekat Zoo negara sana..kalau sesiapa tak tahu lokasinya ..bolehlah klik gambar dia atas untuk besarkannya. Adi akan membuat persembahan dalam pukul 1230 tgh. Jadi sesiapa yang free this Saturday ,dan yang asyik tanya bila Adi nak nyanyi lagi.. jemputlah datang ok! Jumpa kat sana!!!!

Thursday, June 19, 2008

Ouchh sakit!!

Rabu 18 Jun 2008

Dah lama rasanya tak cedera terus di sebabkan main bola..dulu kalau main bola padang memang tak heran kalau luka luka atau terkoyak kulit. Hari ni Adi dan team Futsal Era telah menentang team PWTC yang berlangsung di HTO De Futsal Subang USJ. Hallamak...tengah adi lari kencang sekali tersangkut kaki ..terus melayang ke atas jaring tepi dan badan adi tergeser dengan jaring tu dan lepas jatuh ke lantai lak..kebetulan ada penonton yang berada di tepi padang...kepala Adi lak kena lutut penonton tu...wallaweii...hilang ingatan jugalah dalam beberapa saat...sampai terbaring diam..hahaha

Pic: ouuichhh!!!..sakit oooo!!


Lepas tu bukan Adi keluar padang..Adi teruskan main sebab tak rasa sakit sangat.tetapi rupanya bila dah keluar padang barulah tahu pedih dan sakitnya..alamak darah keluar lah kat siku...mak aiii..besarnya luka...adoii..dah lama tak luka cam ni..Pastu cari antibakteria , sapukan kat luka tu..pedihnya takyah citer lah yer..huhuhu..


lepas balut ..sambung balik lawan..hahaha...nasib baikla ERa FC menang dengan 18-15 dan Adi menjaringkan 5 gol malam itu..yeahhh..berbaloi la dengan luka yang kena ni..hahaha...rupanya bila dah balik rumah ..badan Adi pun calar balar rupanya...aiyooo...bila nak mandi..hahaha...azabnya takleh citer la....angkat jer la tangan tinggi tinggi...hahaha....moral of the story..jangan melayangkan badan anda ke jaring padang kalau anda bermain futsal..kalau tak..inilah akibatnya...Adussss!!! mau sebulan nak baik ni...!!!

Tuesday, June 17, 2008

Laporan dari Berita Harian

Selasa 17 Jun 2008

Hai semua..ini adalah laporan dari akhbar Berita Harian hari ini, hope korang akan teruskan sokongan tapi Adi nak mengalu- alukan komen dari korang semua untuk meningkatkan mutu persembahan Era. Please letak komen anda di ruangan komen kat bawah artikel ni ok..Thanks..selamat membaca....


Radio Era masih kekal nombor satu

Oleh Farihad Shalla Mahmud


KEKAL DI ATAS: Era pasang strategi baru untuk menarik kembali pendengar yang sudah beralih arah.

Jumlah pendengar merosot dari 5.1 juta kepada 4.7 juta kerana persaingan yang semakin sengit

KEPUTUSAN rasmi sudah pun dikeluarkan dan tidak dapat dinafikan gelaran stesen radio nombor satu masih lagi menjadi milik stesen Era. Namun begitu, walaupun masih kekal di kedudukan teratas, apa yang mengejutkan jumlah pendengarnya semakin merosot.

Jika sebelum ini Era begitu mewah dengan jumlah pendengar yang pernah mencecah angka lebih 6 juta, kini jumlah itu semakin hari semakin berkurangan. Buktinya, sejurus selepas kajian dikeluarkan Kajian Media Nielsen (NMR) pada 2 Jun lalu, radio Era hanya mampu berbangga dengan jumlah pendengar sebanyak 4.7 juta berbanding 5.1 juta tahun lalu.


Mengulas perkara itu, Pengurus Program Era, Rostam Said berkata biarpun jumlah penurunan itu adalah sesuatu yang cukup membimbangkan buat Era, namun mereka akur kerana ia jelas menggambarkan persaingan sengit dalam industri radio ketika ini.


“Saya akui, memang kami tak berapa gembira dengan keputusan itu. Tapi kami melihatnya dari sudut positif. Selepas sepuluh tahun menguasai industri radio, kita terpaksa akur dengan faktor persaingan. Kami tetap berpuas hati dengan pencapaian kami setakat ini cuma kami kena lebihkan lagi usaha untuk mendapatkan kembali pendengar kami yang hilang itu,” jelas Rostam kepada Hip ketika ditemui di pejabatnya di Astro, Seri Kembangan baru-baru ini.

Dijolok pertanyaan apakah kemerosotan jumlah pendengar itu berpunca daripada kontroversi yang membabitkan ramai penyampai stesen terbabit, Rostam menafikan kesahihan perkara itu.

“Saya tidak melihat perkara itu sedemikian rupa. Pada saya, kemunculan banyak stesen radio sejak kebelakangan ini menyebabkan bilangan pendengar kami berkurangan. Pendengar kita tidaklah sebanyak mana tetapi itulah juga jumlah yang hendak dikongsikan.

“Justeru, bagi memantapkan lagi Era, apa yang perlu kami tumpukan nanti adalah untuk memantapkan lagi isi kandungan program kami sambil terus mengekalkan program berkualiti yang mereka ada serta menambahkan lagi peraduan yang lebih menarik,” tegasnya.

Tambah Rostam lagi, setakat ini mereka juga berpuas hati dengan prestasi penyampai mereka serta tidak akan melakukan sebarang rombakan.

“Apa yang boleh saya katakan, kemerosotan ini juga tidak berpunca daripada mereka (penyampai). Saya puas hati dengan pencapaian dan persembahan mereka. Seperti yang ditegaskan, perubahan hanya akan dilakukan lebih kepada isi kandungan kerana itu adalah tarikan utama buat pendengar.

“Mungkin ada yang berpendapat kami buat kesilapan besar apabila membuat rombakan besar-besaran tahun lalu dengan menukar waktu slot serta meletakkan selebriti sebagai penyampai. Tapi sebenarnya tidak.

“Saya sendiri berpuas hati dengan penyampai sedia ada. Mungkin ada segelintir yang kurang menjadi tetapi secara keseluruhan mereka berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya sambil memberikan contoh segmen Pagi di Era dan slot kelolaan Aznil sebagai antara pilihan pendengar Era.

Walaupun menyedari perubahan yang mereka lakukan itu mampu mengundang risiko, Rostam menegaskan mereka rela menanggungnya asalkan stesen berkenaan tidak terus statik dan membosankan.

“Saya akui tidak semua perubahan dapat diterima terutama apabila ada yang tidak bersetuju kami membuat rombakan slot penyampai kerana kononnya mereka sudah sebati dengan waktu penyampai terbabit ke udara.

“Tapi mahu atau tidak, perubahan perlu kerana kalau tak berani membuat perubahan, kita tidak akan ke mana-mana. Dulu kita pernah menukar Halim Othman dari slot pagi ke jam 10 hingga 2 petang. Masa tu memang ada peminat yang hantar e-mel dan merungut meminta Halim ditukarkan kembali kepada waktu asal.

“Begitupun, lama-kelamaan mereka boleh menerimanya. Jadi saya percaya, pendengar pasti boleh menerima perubahan slot ini secara perlahan-lahan,” katanya penuh yakin.

Rostam juga ingin memperbetulkan salah tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan dia bersikap pilih kasih dalam menentukan jenis lagu yang akan disiarkan. Tegasnya, untuk kesekian kalinya, setiap lagu yang disiarkan perlulah menepati konsep Era itu sendiri.

“Saya sudah banyak kali diasak dengan dakwaan mengamalkan diskriminasi dalam memutarkan lagu di Era tapi sebenarnya tidak. Memang betul setiap lagu yang akan disiarkan perlu saya tapis tetapi ia bukan tugas saya seorang.

“Ada kala saya terlebih dulu memperdengarkan lagu di peringkat dalaman dan meminta pandangan mereka mengenainya. Tapi lazimnya, penilaian saya tidak pernah silap. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan tugas itu, terus terang, saya tidak boleh bersikap main-main atau sambil lewa.

“Kalau ada yang mengatakan saya bersikap pilih kasih dan memilih lagu berdasarkan cita rasa saya, mereka sebenarnya salah. Lagu yang dipilih berdasarkan cita rasa saya hanya berlaku ketika saya mengendalikan segmen Rock@Era. Ya, yang itu saya memang putarkan semua lagu kegemaran saya,” tutur Rostam sambil mengharapkan mereka memahami tugas yang diamanahkan kepadanya itu.

FAKTA: Era

  • Buat tahun kesembilan berturut-turut, ERA mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio nombor satu di Malaysia. Rancangan awal paginya, Pagi @ ERA bersama Kieran, Nana & Adi masih menjadi rancangan awal pagi nombor satu di kalangan pendengar berumur 25+ dan 25-49 tahun.

  • Mempunyai dua penyampai baru iaitu Aimee dan Ray.

  • Tiada sebarang rombakan membabitkan penyampai Era buat masa ini.

  • Jumlah pendengar pernah mencecah 6 juta. Bagaimanapun, jumlah itu semakin berkurangan menjadi 4.7 juta untuk tempoh sehingga pertengahan tahun ini.

  • Frekuensi Era boleh didengari di Kuala Lumpur (103.3FM), Johor Bharu/Singapura (104.5FM), Kota Bharu, Kelantan (103.3FM), Langkawi (90.7FM),Melaka (90.3FM), Negeri Sembilan (103.6FM), Kuantan, Pahang (98.0FM), Kuching, Sarawak (96.1FM), Ipoh, Perak (103.7 FM), Pulau Pinang (103.6FM), Kota Kinabalu, Sabah (102.4FM), Taiping, Perak (95.2FM),Tapah (102.0FM) dan Kuala Terengganu, Terengganu(102.8FM).
  • Thursday, June 12, 2008

    Makan Malam Bersama Adi

    RABU 11 JUN 2008





    Akhirnya majlis makan malam bersama penghantar sms yang menghantar sms untuk makan malam bersama Adi telah berjaya juga di lakukan pada malam ini. Seramai 5 orang pemenang telah di pilih.


    Pic: 2 pemenang paling awal , Azlina dan Denny

    Majlis makan malam ini berlangsung di TGI Fridays kat Pavilion KL. Setelah beberapa kali di tunda akhirnya selamat juga majlis ni. Di sebabkan jadual Adi yang agak sibuk sekarang ni. Sepatutnya malam ni Era ada perlawanan Futsal, tetapi disebabkan salah komunikasi maka Adi tak dapat main , tetapi di ganti dengan majlis ini. Hehehehehe


    Pic: Pemenang SMS Makan Malam bersama Adi ..Denny dan Hafizi.


    Terharu juga bila ramai yang menghantar sms untuk makan malam bersama Adi . Beribu ribu juga lah SMS yang masuk . Terima kasih lah pada korang semua. Tapi tulah, yang berjaya hanya 5 orang sahaja. Tak pe nanti kita buat "kenduri bersama Adi"..hehehehe...

    Pic: Zareena , Azlina dan juga Adi...tgh sabor tunggu makanan.


    Thanks la kat Azlina yang dari Sg Buloh sanggup stay untuk makan malam bersama Adi, Denny dari Cheras yang baru habis kerja, Hafizi yang sanggup ambik cuti untuk makan malam ini..perghhh dan Zareena yang sanggup naik Monorel dari Sogo yang sanggup datang ke majlis ini walaupun last minit di beritahu...huhuhu....mari makan!!

    Pic: Makanan yang Adi order...namanya Mushroom Chicken Mushroom!


    Pic: Sedap giler aiskrim ni....macam nak tapow jer...sedap sebab ada kacang dalam nya..

    Disebabkan banyak sangat makanan, so kami tak makan la sangat , tapi banyak borak..hehehe..memula semua malu malu...tapi lepas kena sakat sekor sekor..barulah nak gelak gelak..hehehehe...Paling malu sekali si Hafizi la..hehehe..apa bro..takyah malu malu la,..hahaha


    Pic: Upacara makan makan sambil Zareena tunggu sms dari yang tersayang...hahaha kantoi!!



    Borak punyer - borak ..rupanya dah nak tutup kedai la pulak..aiyooo..cepatnya masa berlalu. Nak buat cam mana..kalau lunch ok gak boleh borak lama lama sikit.hahaha..


    Pic: Bersama krew TGI FRIDAYS


    Pic: Sampai bertemu lagi!!

    Well thanks kat semua yang menjayakan majlis ini dari mula sampai akhir, terima kasih kat semua yang menghantar sms untuk malan malam bersama Adi. Dan juga kepada semua pemenang yang hadir malam itu, di harapkan terhibur dan gembira dapat makan malam bersama Adi. InsyaAllah pelbagai acara lain akan di aturkan ok! Tunggu!!!!

    Monday, June 9, 2008

    Selamat Pengantin Baru Kiran

    AHAD 8 JUN 2008

    Pic: Kiran Love Yang....Yang Love Kiran!!!

    Hari ni Kiran kahwin la kat rumah dia kat Kapar , Klang. So Adi bertolak dari Tg Karang dalam jam 11:45 pagi dan smapai ke Kapar dalam jam 1230tgh hari..masalahnya Adi terlupa nak bawa kad kawin Kiran ni..dah menggelupur cari rumah Kiran. Telefon memember semua taj tahu cam mana nak terangkan ..last last call Kiran gak ..nasib baik mamat ni nak angkat telefon lagi..kalau tak satu bandar Klang Adi tawaf..hahahaha



    Sampai jer kat area rumah Kiran dalam pukul 1tgh hari gak la..rupanya Kiran dan bininya masih kat tepi jalan nak masuk ke rumah nya..laaa tak masuk lagi ker..Katanya nak bersanding jam 12 tgh hari..tu yg Adi plan nak datang lambat sikit..kasi lapang la..maklumla selebriti kahwin..mesti ramai orang punyer...hehehehe. ..Memang tak nafikan la..ramai giler org sampai takleh nak jalan masuk atau keluar! Masa Kiran datang pasangan pengantin di sambut dengan bunyi mercun dan bunga api, selain itu ada persembahan silat dan juga tarian tradisional..perghh memang meriah la..hahaha...nasib baik diarang tak suruh ADi bersilat sekali..kalau tak ...Silat Kungfu Panda pasti keluar..Yeaahaaaaa..


    Pic: Adi bersama Chepot dari Jinbara..tgh jenguk jenguk nak cari tempat kosong..hahaha


    Sementara nak tunggu trafik clear sikit..Adi lepak ngan angota angota Jinbara. Nasib baik la diarang ada ...ada juga teman, kalau tak mati kutu di buatnya..hahaha



    Pic: Nasi oh nasi..kenapa engkau sedap?!!!


    Tak tahu lah sama ada Adi lapor atau memang nasi kahwin ni sedap..Adi makan sampai tambah 2 kali..hehehe..ambil berkat !!! haha..ada juga bubur kacang ngan bubur pulut hitam..wallaweii..layan jerla..Sebab takde ruang nak jumpa Kiran..so makan jer la..hahha..actually Kiran nak minta Adi bagi tepung tawar ..tapi nak buat cam mana takleh nak gerak sebab ramai giler orang..hahaha..Antara yang datang Adi tengok ialah, Nana, Nila Kurnia, Subi, Seelan Paul, Farah fauzana, Jinbara ..itu jer la yang Adi nampak..memang meriah la..



    Pic: Kintell!! meh makan sini....Weii Kiran aku nak udang yang berdiri tu...hehehe


    Apa-apa pun tahniah la kat Kiran...hahaha tak dapat ambil gambar ngan dia ..ambik dari jauh jer sukup la..apa - apa pun Selamat Pengantin Baru kat Kiran dan isterinya, Yang ( aik!! lain giler muka bini Kiran ni bila di mekap..sampai tak kenal..)

    Sunday, June 8, 2008

    Hari keluarga Adi...

    Sabtu 7 Jun 2008

    Lama tak buat hari keluarga ni..sepatutnya keluarga besar Adi akan buat majlis ni sebulan sekali. Tapi cuma kali ni sambung balik..kali ni majlis hari keluarga bulana ini di buat kat rumah keluarga pakcik Adi kat Sg Nibong , Sabak Bernam. Seronok juga la dapat bertemu dengan keluarga yang lain.

    So kalau kali ni buat kat rumahpakcik Adi, so next time , InsyaAllah bulan depan akan buat kat rumah Adi lak..so bergilir gilir lah. Agenda utamanya ialah merapatkan hubungan keluarga kami dan juga selain itu antara tentatifnya adalah sembahyang berjemaah bersama-sama , membaca Yassin dan juga bertahlil serta makan bersama sama.



    Pic: Aulia (anak buah Adi) bersama nenek saudaranya.



    Pic: Makan Time!!


    Lepas sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah,tiba masa makan malam, memang sedap la..walaupun makannya simple sahaja, tetapi dapat makan ramai ramai..ianya jadi sedap sangat! yeah!! Ada nasi ada pulut..yum yum..sedap!!!

    Pic: Sebelum makan ,upacara borak borak mengambil alih. hahaha..





    Pic: Adi , Nol dan Amin!

    Ok inilah sepupu rapat Adi dari kecil..hahaha..dalam keluarga besar ni, kami lah yang paling nakal dulu dan lasak..mandi parit, jalan jalan tengah hari, masuk kebun, pergi mancing kat pantai dan banyak lagi benda benda nakal masa kecil yang kami buat. Sekarang Nol dah jadi cikgu kat Johor , manakala Amin dah buat bisness kereta sendiri. Sesekali jumpa kitarang gelak sendirik la bila kenang masa kecil kecil dulu..huarghhh!!! Banyak sangat kenangan manis yang tak dapat di lupakan!


    Pic: Upacara makan - makan!



    Pic: Makan sampai licin...err tulang tu takleh telan..kalau boleh..dah lama juga Adi bedal!! hahahhaa

    Majlis ni tamat dalam pukul 12 tgh malam..hahaha...